Maafkan Dia

• Gee Lion • 00:03:00 • 71 Sembang
Jemilah merenung bersahaja riak wajah rakannya itu sewaktu mengatur buku. Dia tahu riak itu menandakan rakannya sedang berdepan dengan masalah. Tapi kelakuannya begitu kelam-kabut menambahkan lagi kesesakan di hati Jemilah. Dia mula mengira-ngira untuk bersuara namun dipotong dahulu oleh rakannya.

" Mesti kau dah dengar tentang cerita aku tu kan, Milah?"

Jemilah menarik nafas panjang.

" Aku rasa kau patut bagi peluang kedua pada dia.." Segera ingatan Jemilah terbayang pada wajah kecil molek milik Rania, memang benar Rania melakukan kesilapan tapi sebagai seorang teman yang telah lama berkawan wajar sekali peluang kedua diberikan pada dia.


" Sometimes, there's no second chance Milah. It's now or never! Aku rasa kau pun tahu perihal ini. Kalau dia orang lain takpe lagi, dia kawan aku Milah, sahabat aku yang aku percaya bulat-bulat!"

Agak tinggi nada suara Nabila di situ. Jemilah masih menjawab dengan tenang.

" Semua orang deserve second change Nabila. Kalau bukan kita kawan dia yang bagi dia peluang, siapa lagi? "

Kelihatan Nabila menonjolkan wajah yang kurang puas hati pada reaksi Jemilah. Jemilah mendekati Nabila seraya berkata, " Kita.. Masing-masing insan berdosa Nabila.. Kita masing-masing dah pernah buat dosa. Aku tak berada di tempat kau, jadi aku tak tahu apa yang kau rasa..

Tapi kalau kau nak dosa kau diampunkan, kau mulakanlah dengan memaafkan kesalahan orang lain..
"

Nada tegas Nabila seakan terkesima mendengar bujukan lembut dari Jemilah. Dia kembali merenung buku di tangannya, sedang fikirannya kini menerawang jauh..

  1. Sha boleh maafkan orang, tapi bukan bila flesh and blood yang mengaibkan sha... rasa macam satu kesalahan memaafkan diorang yang tak pernah rasa nak mintak maaf dengan sha.. bukan sekali, bukan dua kali... malah berkali2....

    pada insan seagama yang lain, insyaAllah, dengan rela hati maafkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu yg terdekat itulah yg selalu akan melukakan.. Tapi akhirnya juga akan membahagiakan.. Mungkin buat masa ini, itu adalah ujian utk Sha..

      Samalah kita, inshaAllah.. :')

      Delete
  2. Betul tu. 2nd chance supaya die bole baiki kesalahan dia pd kita. maaf bermaafan kn amalan mulia :)
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  3. Manusia tak pernah lepas dari melakukan kesilapan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita lah juga manusia itukan kak Fidah..

      Delete
  4. Persahabatan baik saling nasihat-menasihat seperti Nabila dan Jemila
    Betul bukan mudah memaafkan tapi menjadi mudah andai ada penasihat terbaik seperti dua sahabat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika berteman dgn si penjual minyak wangi, nak tak nak pasti akan terpercik sedikit baunya.. ^_^

      Delete
  5. sambungan plisss.. seronok lak baca.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segmen Spontan tiada sambungan cik Na. Cuma babak yg tiba-tiba terbayang di fikiran..

      Delete
  6. Setuju..... sapa lagi nak bagi peluang kedua kalau bukan kita .....Manusia tu tidak sempurna, tak mustahil kita jugak akan melakukan kesilapan dan kita mungkin akan memerlukan peluang kedua, ketiga dan kempat jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi lumrah juga manusia ini sifatnya pelupa.
      Bila diberi kemaafan akan diulang lagi olehnya..
      Sampai berkali-kali tak insaf lagi.
      Mungkin itu yg ditakutkan oleh Nabila..

      Delete
  7. benarlah kita bukan insan sempurna sering juga berdosa...

    ReplyDelete
  8. akak pernah berada di dalam situasi ni
    untuk mengatakan maaf tu mudah, tapi melupakan tu yang susah
    sampai sekarang tak boleh lupa walau mulut dah mengatakan maaf
    hina pula rasa diri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ulangi komen saya dari entri selepas entri ini..

      maaf itu perkara yg sangat subjektif.
      bukan kata kita tidak memaafkan dia bila mana kita masih ingat segala perilakunya yg melukakan hati kita..
      cuma mungkin, kita hanya ingin berjaga-jaga
      takut nanti jika alpa dan terlupa, bisa terulang kesilapan yg serupa..
      hina? kita semua hambanya yg hina kan kak yana.. :')

      Delete
  9. tetapi, sesungguhnya memaafkan itu sukar untuk dilakukan lebih2 lagi, luka itu masih lagi berdarah... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin bukan sekarang,
      mungkin esok.
      mungkin lusa.
      mungkin.

      Delete
  10. peluang kedua boleh, yang ketiga tu tak boleh ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. there's a reason why people call it as SECOND chance.

      Delete
  11. Replies
    1. Bak kata siapa entah, kemaafan adalah anugerah dendam yang terindah..
      Wah gitu.

      hai cik qila, lama tak nampak ^_^

      Delete
  12. memaafkan org itu kewajipan kita . cuma bila dah terasa hati , blh menjauhkan diri tapi jgn membenci ... kita manusia tak sempurna ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia akan menjauhkan diri kerana ingin menjaga hati,
      yang tiada siapa ingin menjaganya..

      biarkan aku menjaga perasaan ini hooo..
      menjaga segenap cinta yg telah kau beri...
      macam tu lah lebih kurang bunyi lagu dia..
      hohoho..

      Delete
  13. dan nescaya ketenangan akan mulai menjengah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah.. jika dia bisa melelapkan mata..

      Delete
  14. nak memaafkan mungkin mudah.. nak melupakan tu yang susah sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesaat yg kurang dan sesaat yg lebih..
      endingnya, sama saja..

      Delete
  15. pendapat peribadi - setiap orang memang layak utk dapat second chance... tapi cuma tu saja... dua kali... kita pun bukan Nabi yg ada kesabaran yg tinggi... dua kali cukup... kalau sampai dia kenakan kita lebih dari tu... tu bagaikan isyarat bahawa dia bukan lah kawan kita... berpindahlah ke kawan lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai en.Najib,
      welkam to da blog. ^_^

      setuju dgn pendapat tersebut.
      lagipun, adalah lebih baik menjaga hati sendiri kan.
      kalau marah and berdendam nanti, kita juga yg berdosa.
      jadi lebih baik membawa haluan sendiri lepas kena banyak kali.

      Delete
  16. yes..semua orang deserve second chance..

    ReplyDelete
  17. jenjalan kesini baca pasal jemilah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai cik Jie,
      thanks ye.. inshaAllah akan menjengah cik Jie sekejap lagi ^_^

      Delete
  18. bukannya mudah untuk memaafkan seseorang, apatahlagi orang yang kita percaya, harapkan dan sayangi....
    perkara ini pernah berlaku pada MET. Sakitnya hati.....setelah 10 tahun berlalu, MET pun maafkanlah dia, terasa hati tenang dan lapang....
    sesungguhnya, kemaafan adalah dendam yang terindah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kata-kata itulah.. kata-kata yg menghantui dia sekarang..
      Mungkin dia takut akan terluka lagi.
      Mungkin dia takut dia tidak ikhlas.
      Entah, dia tak pasti apa yg dia rasa MET.

      10 tahun itu tempoh yg agak lama kan.. mungkin, dia juga memerlukan masa selama 10 tahun.. huhu.. (':

      Delete
  19. Ada orang.. Dah bagi berchances chances (word apekah?) peluang,
    Tapi, still tak mahu berubah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang orang macam tu..
      Orang atau nama lainnya manusia..
      Memang selalu terleka..
      Macam kita..

      Delete
  20. sebesar mana pun kesalahan seseorang kepada kita, maafkanlah kerana kita juga bukan insan yang sempurna kan Gee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu cik Puteri.
      Bak kata Jemilah, jika ingin dimaafkan; mulakanlah dgn memaafkan orang lain...
      Hurmm...

      Delete
  21. wuu. scha pernah rasa bagi 2 kali chance kt kawan. nasib baik tak sampai 3 kali chance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. that's why we called it as SECOND chance.

      Delete
  22. kadang2 agak susah nak memaafkan. mulut mmg sng cakap. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf perkataan yg senang diungkap dan ditulis.
      Penghayatannya itu lebih penting.
      Di sinilah, faktor masa memainkan peranannya..

      Delete
  23. Kata-kata yang ini "Tapi kalau kau nak dosa kau diampunkan, kau mulakanlah dengan memaafkan kesalahan orang lain.." menyentap ruang ingatan Nurul.. dan fikiran Nurul pun turut menerawang jauhhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan jauh sangat.. kang tak jumpa jalan balik *pangkal jalan* kan susah..
      Hehehe.. ^_^

      Delete
  24. ahhh :9 kena dgn situasi df sekarang ni. kawan menyepi kan diri. ditanya banyak kali tak jawab dan balas. hmm sedihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dia busy.. atau sekadar ingin menjaga hati semua pihak..

      Delete
  25. pernah selalu dengar pasal kisah macam ni. termasuklah experience saya sendiri. tapi bila berdepan dengan situasi ni sendiri, rasa terluka... mungkin second chance akan diberi but it takes time. second chance tetap akan kita bagi sebab manusia memang x sempurna. hati terluka x mampu nak diubati kali kedua or beberapa kali dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah selalu terluka mungkin dah tiba masa utk bawa haluan sendiri.
      kadang-2 hati yg selalu disakiti menyebabkan luka dendam yg tak mampu dirawat di kemudian hari. jadi lebih baik belajar utk melepaskan dia pergi, daripada terus simpan jadi barah dalam hati.

      Delete
  26. memang agak sukar utk memaafkan orang tetapi jika disimpan lagi sakit rasanya baik lepaskan sahaja perasaan marah itu...maaf kan lah

    ReplyDelete
  27. salam kenal n follow sini gee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      thanks sudi singgah sini..
      inshaAllah bakal menyusul ke blog cik sal sebentar lagi..
      salam kenal ^_^

      Delete
  28. memaafkan adalah lebih baik. walaupon susa. tp ia dah ckup menenangkan hati kita :)

    ReplyDelete
  29. maaf tu mungkin senang nak buat, tapi nak lupa tu yang payah. mesti ada terkesan jugak kat dalam hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati juga memerlukan masa.. masa utk menerima segalanya..

      Delete
  30. Setuju dengan Cik Fafa..ucap kata-kata maaf tu myb boleh tapi nk melupakan tu susah skit..sebab skali terluka parut tu masih ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudahlah ada parut, bila terkena berdarah pagi.. memang takkan sembuh lah parut tu kan.. huhu..

      Delete
  31. Penceritaan yang diolah dengan baik. Saya kagum dengan bakat kak gee. Kalaulah saya mampu bercerita sebegini. Kena berguru r pasni. Hehe.

    Saya ok je nak maafkan orang, tapi lepas maaf tu jgn harap saya nak percaya dia balik sbb luka lama susah mau sembuh ma. Hehe. Tapi saya boleh je move on dgn syarat kawan biasa2 saja lah. Dah cari pasal tetiba nak kamceng balik macam susah kot.

    ReplyDelete
  32. Kekdg di mulut je ckp maaf, dlm hati seolah² dinding yg telah dipaku.paku dah tiada, tapi kesan masih ada..

    ReplyDelete
  33. Tapi memang berat kan kalau kita nak maafkan seseorang yg dah buat salah yg sgt perit mndalam... huhuhu...

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...