Malu

• Gee Lion • 21:00:00 • 41 Sembang
Dia ingin pergi bukannya apa. Dia rasa dirinya sudah tak diperlukan di sini. Dalam suasana yang kacau bilau adakalanya dia lupa dari mana datangnya rezeki yang digenggamnya kini. Dia menjadi manusia alpa, leka dan ingkar pada Tuhannya.

Dia berasa tewas pada mainan perasaan yang bergolak sepanjang masa. Bukannya dia tidak menolak, sudah puas ditepis tapi masih malah bertambah kukuh raungan negatifnya. Masakan tidak, dengan hanya secebis amalan di dada bisakah menongkah hasutan syaitan yang makin galak bermaharajalela?


Dia malu kerana dia gagal melawan sang iblis yang berterusan melakukan serangan. Sedang dia tahu benar selok belok tubuhnya sendiri. Masakan hati sendiri tak dapat ditawan? Mengapa harus dibiarkan ditebak habis-habisan oleh si syaitan?

Biarkan.. waktu terpuruk ini menjadi gelanggang refleksi buat dirinya sendiri.

  1. huishhhh ni deep sgt nih nak hadam nih.
    hurmm tp tu la ssh gak kdg nk tawan hati sendiri.
    tambah plak bila syaitan sibok dok hasut haissh~

    ReplyDelete
  2. meh la jemput join1st GA ana ye hehe
    http://ana-mizu.blogspot.com/2014/11/nah-1st-giveaway-by-anamizu.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab hati kita bukan kita yg pegang.. :'(
      inshaAllah bakal dijoin jika tiada kekangan masa mengapdate.. huhu...

      Delete
  3. Hebat bahasa sastera kamu.

    Btw muhasabah diri tu penting ;)
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  4. Penggunaan ayat yang cantik.. nak komen pun tak tahu macam mana hahaa.. boleh tak mcm tu? :P
    Datang menyinggah ke sini.. salam kenal :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal TT,
      Terima kasih sudi datang ke blog usang sy ni..
      InshaAllah bakal membalas kunjungan sebentar lagi..
      Takpelah tak tahu nak komen nak buat acaner kan..
      Hehe.. ^_^

      Delete
    2. haha.. samalah kita. ayat kak Gee terlalu puitis. susah nak komen...

      Delete
    3. kan? sama la kite.. kadang nak comment sampai tekan icon delete je. mcm xkene je ayat. hoho

      Delete
    4. Cik Amy J,
      Namanya penulisan dalam pembuangan ketabiatan.
      Kah kah kah..

      Cik Nadyya,
      Jalan selamat adalah bertanya pada saya dlm ruangan komen.
      Mungkin saya akan terangkan, mungkin?

      Delete
  5. Menghalang datangnya syaitan kadang tidak dalam kemampuan, tapi dgn berdoa, insyaAllah Allah lindungi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah IM, doa itu adalah senjata katanya.. =)

      Delete
  6. terasa diri ni sama pula dengan diri dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ironinya, dia itu wujud dalam diri setiap kita..

      Delete
  7. Allahu. Mmg susah nak menahan godaan sang iblis kan Gee? wuwuwu

    Isyak jom gee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, benarin cik scha..
      InshaAllah kita sama2 berdoa menghalang niat jahat setan tu.. huhu..
      Jom2.. dah jam 12 tengah malam. Solat taubat dulu na sebelum tidoq.. hehe.. :')

      Delete
  8. Jangan terpengaruh dengan bisikan syaitan...

    ReplyDelete
  9. Kadang2 malu datang tiba2. tanpa sebarang faktor yang nyata.
    Lari, pergi dan menjauh.
    Jom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mampukah kaki itu diatur utk berlari sedang malu menggigilkan kepala lututnya?
      Hurm...

      Mungkin.
      Jom.

      p/s: nak ke mane?

      Delete
  10. deep,
    selalu akur dengan iblis ni... seronok dia berdekah ketawa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakan daya,
      iman di dada secebis cuma.

      Delete
  11. Nyah kau dari sini sang Iblis.....huhu.... Hanya secebis iman didada insyaallah mampu melawan godaan syaitan yg di rejam.....Allahu akbar!!! eh?....hihi

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. alam fantasi telah lama meninggalkan saya yg hidup dalam kekejaman realistik..

      Delete
  13. Kenapa kak punya bahasa hebak sangat hmmmmmmm

    ReplyDelete
  14. Jeh eh keluar topik plakhiks.

    Hm setan. Nyah kau dr sini heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehebatan dalam kebuangan ketabiatan..
      hak3..

      Delete
  15. memang agak sukar nak dihadam tapi alhamdulillah maksudnye faham. kita sedar tapi kita buat jugak.. dalam tak nak tapi buat jugak ikut hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut hati, mati.
      ikut rasa, binasa.
      ikut iman.. sekecil kuman..

      Delete
  16. Syaitan takkan berputus asa mengajak anak Adam buat kemungkaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang itu sudah menjadi janjinya semenjak Adam diciptakan lagi
      Kerana enggan menerima kelebihan Adam berbanding dirinya..

      Delete
  17. bila fikiran negatif bermaharajalela dalam hati, memang macam ni jadinya. rasa diri sangat useless sometimes... but what to do...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil masa utk bertenang, asingkan diri dari semua orang.
      mulakan dgn solat bersendirian di tengah malam..
      inshaAllah sikit demi sikit fikiran negatif akan menghilang.. ^_^

      Delete
  18. Replies
    1. juga pada diri sendiri dan orang lain..

      Delete
  19. Sangat mendalam maksudnya..kena baca banyak kali baru paham...lambat loading btul Cik Mimie ni T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe,
      saya faham perasaan cik Mimie..
      Hehe..

      Delete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...