Malu

Dia ingin pergi bukannya apa. Dia rasa dirinya sudah tak diperlukan di sini. Dalam suasana yang kacau bilau adakalanya dia lupa dari mana datangnya rezeki yang digenggamnya kini. Dia menjadi manusia alpa, leka dan ingkar pada Tuhannya.

Dia berasa tewas pada mainan perasaan yang bergolak sepanjang masa. Bukannya dia tidak menolak, sudah puas ditepis tapi masih malah bertambah kukuh raungan negatifnya. Masakan tidak, dengan hanya secebis amalan di dada bisakah menongkah hasutan syaitan yang makin galak bermaharajalela?


Dia malu kerana dia gagal melawan sang iblis yang berterusan melakukan serangan. Sedang dia tahu benar selok belok tubuhnya sendiri. Masakan hati sendiri tak dapat ditawan? Mengapa harus dibiarkan ditebak habis-habisan oleh si syaitan?

Biarkan.. waktu terpuruk ini menjadi gelanggang refleksi buat dirinya sendiri.

41 comments:

anamizu said...

huishhhh ni deep sgt nih nak hadam nih.
hurmm tp tu la ssh gak kdg nk tawan hati sendiri.
tambah plak bila syaitan sibok dok hasut haissh~

anamizu said...

meh la jemput join1st GA ana ye hehe
http://ana-mizu.blogspot.com/2014/11/nah-1st-giveaway-by-anamizu.html

Cik Balqis said...

Hebat bahasa sastera kamu.

Btw muhasabah diri tu penting ;)
Belog Miss Balqis

Time Traveller said...

Penggunaan ayat yang cantik.. nak komen pun tak tahu macam mana hahaa.. boleh tak mcm tu? :P
Datang menyinggah ke sini.. salam kenal :D

Invisible Me said...

Menghalang datangnya syaitan kadang tidak dalam kemampuan, tapi dgn berdoa, insyaAllah Allah lindungi.

Yana Yani said...

terasa diri ni sama pula dengan diri dia

Scha Nazri said...

Allahu. Mmg susah nak menahan godaan sang iblis kan Gee? wuwuwu

Isyak jom gee :)

Fidah Shah said...

Jangan terpengaruh dengan bisikan syaitan...

Unknown said...

Kadang2 malu datang tiba2. tanpa sebarang faktor yang nyata.
Lari, pergi dan menjauh.
Jom.

Gee Lion said...

sebab hati kita bukan kita yg pegang.. :'(
inshaAllah bakal dijoin jika tiada kekangan masa mengapdate.. huhu...

Gee Lion said...

yups, thanks cik balqis.. ^_^

Gee Lion said...

salam kenal TT,
Terima kasih sudi datang ke blog usang sy ni..
InshaAllah bakal membalas kunjungan sebentar lagi..
Takpelah tak tahu nak komen nak buat acaner kan..
Hehe.. ^_^

Gee Lion said...

InshaAllah IM, doa itu adalah senjata katanya.. =)

Gee Lion said...

Ironinya, dia itu wujud dalam diri setiap kita..

Gee Lion said...

Ye, benarin cik scha..
InshaAllah kita sama2 berdoa menghalang niat jahat setan tu.. huhu..
Jom2.. dah jam 12 tengah malam. Solat taubat dulu na sebelum tidoq.. hehe.. :')

Gee Lion said...

InshaAllah kak fidah..
Masyeh.. ^_^

Gee Lion said...

Mampukah kaki itu diatur utk berlari sedang malu menggigilkan kepala lututnya?
Hurm...

Mungkin.
Jom.

p/s: nak ke mane?

Tunsha Ayunie said...

deep,
selalu akur dengan iblis ni... seronok dia berdekah ketawa ...

OKje said...

Nyah kau dari sini sang Iblis.....huhu.... Hanya secebis iman didada insyaallah mampu melawan godaan syaitan yg di rejam.....Allahu akbar!!! eh?....hihi

Unknown said...

jom pegi narnia :P

Aqilah Azmi said...

Kenapa kak punya bahasa hebak sangat hmmmmmmm

Aqilah Azmi said...

Jeh eh keluar topik plakhiks.

Hm setan. Nyah kau dr sini heee

Anonymous said...

memang agak sukar nak dihadam tapi alhamdulillah maksudnye faham. kita sedar tapi kita buat jugak.. dalam tak nak tapi buat jugak ikut hati..

drshikinzainal @ ekin said...

Syaitan takkan berputus asa mengajak anak Adam buat kemungkaran.

Amelia said...

haha.. samalah kita. ayat kak Gee terlalu puitis. susah nak komen...

Amelia said...

bila fikiran negatif bermaharajalela dalam hati, memang macam ni jadinya. rasa diri sangat useless sometimes... but what to do...

Cik Fafa said...

dunia penuh dengan godaan.

SalbiahM said...

malu dengan Tuhan, kan?

Cik nadya said...

kan? sama la kite.. kadang nak comment sampai tekan icon delete je. mcm xkene je ayat. hoho

Gee Lion said...

Cik Amy J,
Namanya penulisan dalam pembuangan ketabiatan.
Kah kah kah..

Cik Nadyya,
Jalan selamat adalah bertanya pada saya dlm ruangan komen.
Mungkin saya akan terangkan, mungkin?

Gee Lion said...

apakan daya,
iman di dada secebis cuma.

Gee Lion said...

Amboi akak,
Itu demo ke, emo?
Hak3..

Gee Lion said...

alam fantasi telah lama meninggalkan saya yg hidup dalam kekejaman realistik..

Gee Lion said...

kehebatan dalam kebuangan ketabiatan..
hak3..

Gee Lion said...

ikut hati, mati.
ikut rasa, binasa.
ikut iman.. sekecil kuman..

Gee Lion said...

juga pada diri sendiri dan orang lain..

Gee Lion said...

itulah tujuan dunia diciptakan..

Gee Lion said...

Memang itu sudah menjadi janjinya semenjak Adam diciptakan lagi
Kerana enggan menerima kelebihan Adam berbanding dirinya..

Gee Lion said...

ambil masa utk bertenang, asingkan diri dari semua orang.
mulakan dgn solat bersendirian di tengah malam..
inshaAllah sikit demi sikit fikiran negatif akan menghilang.. ^_^

Cik Mimie said...

Sangat mendalam maksudnya..kena baca banyak kali baru paham...lambat loading btul Cik Mimie ni T_T

Gee Lion said...

Takpe,
saya faham perasaan cik Mimie..
Hehe..