Ikhlas

• Gee Lion • 08:30:00 • 51 Sembang
Pernah berkata dalam sabda bahawa sifat ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di batuan dalam malam yang kelam. Kita takkan mampu melihatnya melainkan jika diperhalusi betul-betul kanta mata kita. Atau mungkin pada ketika itu, di tangan ini ada lampu suluh bisa diarah cahayanya ke mana jua.

Dalam hidup ini, sifat itu adalah satu mandatori. Tanpanya, apa pun yang kita buat mungkin pahala cuma sekecil biji sawi. Masih ingatkah pada kisah seorang pelacur Yahudi, diberi minum air pada sang anjing yang kehausan sehingga segala dosanya diampuni? Iye, itulah berkat sifat Ikhlas yang tersemat dalam diri.


Kadang kala apa yang kita dapat dalam hidup ini, bukanlah apa yang kita inginkan. Kadang kala kita lupa bahawa Allah turunkan ujian untuk menguji setinggi mananya ikhlasnya kita. Tidakkah terasa begitu canggung pada nilai sebuah doa andai akhirnya rungutan juga yang engkau berikan?

Iya, dengan masa segalanya berkemungkinan. Moga masa itu menyebelahimu, selagi mana daunmu di Luh Mahfuz masih belum ditakdirkan untuk gugur kekeringan.

  1. ikhlas di mulut itu kacang, tapi ikhlas di hati? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya yg empunya diri ada jawapannya..

      Delete
  2. Berikhlas dgn semua perkara yg kita lakukan. InsyaAllah ;)
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah ada ganjarannya.. cuma lambat atau cepat sahaja (:

      Delete
  3. Kadang kala apa yang kita dapat dalam hidup ini, bukanlah apa yang kita inginkan,..tetapi itulah sebaik-baik anugerah yg Allah kurniakan buat kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita merancang, Allah juga merancang.. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang.. ^_^

      Delete
    2. Betul, Gee. Yang penting kalau kita benar-benar ikhlas dengan apa yang berlaku atas diri kita, kita tidak akan berasa sakit.

      Delete
  4. hebat betul la ayat kak gee ni. hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. ilham dari Dia.. :')

      Delete
  5. ujian dan keikhlasan...berlari seiringan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin itu perkara pokok dlm hidup kita.

      Delete
  6. tapi yang ikhlas dan sembunyi itu yang paling susah nak kita buat kan hurmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika ikhlas, sembunyi atau tidak bukan persoalannya.
      sudah tentu juga sukar utk berlaku ikhlas dan dlm masa yg sama sembunyi..

      persoalannya, kecoh bagai nak rak tapi rupanya tidak ikhlas.
      opsss..

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih TK..
      saya pun ikhlas membalas kunjungan sebentar lagi.. ^_^

      Delete
  8. sedang berusaha memperbaiki diri untuk kurangkan merungut & mengeluh.. :)

    awk dtg kelantan ke? mehla jenguk2 kita.. hikkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah.. saya pun.. istiqamah memang susah... tapi memperbaiki, inshaAllah.. =)

      yups, ada urusan kerja sikit.. pergi pagi Isnin, balik petang Selasa.. fuh penat..
      hujan 24 jam.. nak kerja pun jadi maleh.. hehehe..

      chic na kat Kelantan tu kat na? saya pergi area Bachok and KB.. sempat singgah Pasar Siti Khadijah je jalan2 before fly balik.. ^_^

      Delete
  9. betullah tu kan
    keihklasan tu perlu dalam kehidupan ni
    ALLAH bagi ujian sebab sayang dekat kita =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan ujian juga dapat menempatkan kita dalam kelas yg tersendiri. sama ada kelas atas atau kelas bawah?

      jeng jeng jeng..

      Delete
  10. keiklasan itu walau x kelihatan namun terserlah kemurniannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana itulah disebut sebagai keikhlasan.. ^_^

      Delete
  11. Best je akak baca Gee... ayat mu begitu puitis.. nnt ajar la akak tulis begini, heeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. nak ajar guana tu kak emme? bukak kelas ke? hehe.. ^_^

      Delete
  12. Akulah orang itu barangkali...
    Yang sering merungut & merungut.
    Ampunkan aku, Ya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin itu sifat hamba yg lemah.. dan sememangnya kita adalah hambanya yg lemah.. yg penting, istiqamah dlm membaiki diri kan kak shikin.. huhu..

      Delete
  13. Replies
    1. Hanya cik Fafa dapat menjawabnya.. Haha.. ^_^

      Delete
    2. haha. takpa dah dapat jawapan dah. ^_^

      Delete
  14. tu la pnh dgr psl kisah seorang pelacur Yahudi yg beri anjng minum tu. betapa ikhlasnya dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Kalau kita belum tentu. Bahkan stigma anjing itu begitu melekat di kepala..

      Delete
  15. cantiknye purple pinky gittew blog Gee!
    cantik! cantik! cantik! nak jugak cecantik gini huwawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. petaknya tetap sama rasa.. Hehe..

      Delete
  16. ikhlas itu datang jauh dari sudut hati...kadang kala kita sendiri tidak sedar sama ada kita ikhlas atau tidak melakukan sesuatu perkara itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadangkala memang saya tak sedar.. Hanya bila difikirkan semula, buat saya tertanya-tanya tentang niat sebenar..

      Delete
  17. Ikhlas patutnya tak perlu diluah
    Tapi bila tak diluah buat orang fikir salah
    Hanya Tuhan yang mampu nilai ikhlas kita
    Bukan manusia yang hanya menuding jari mencari salah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seharusnya tidak diluahkan, bahkan kadang melakukan satu pekerjaan tidak pernah terlintas apa-apa sekalipun. Sehingga kita sendiri sedar, bila orang berkata tentangnya. Masih tak dapat menangkap maksud mereka.

      Delete
  18. ikhlas tu, ALLAH je tahu kan. macam orang lain buat something kat kita, biarlah kita bersangka baik. maybe dia memang suka menolong orang. bukan sebab ada udang di sebalik batu... tapi susah nak jumpa orang yang benar2 ikhlas dah. xtahulah... terlalu takut maybe..

    ReplyDelete
  19. Gee...wah penuh maksud tersirat ni ...

    Semoga ibadah yg kita lakukan ini semuanya ikhlas kerana Allah. Namanya pun manusia ada kalanya kita tersasar jauh dari landasan tapi Insyallah moga Allah terima taubat kita....

    ReplyDelete
  20. Keikhlasan, hanya Allah yang tahu..istiqamah-istiqamah-istiqamah..huhu..

    ReplyDelete
  21. Ikhlaskan hati dalam apa juga yg kita lakukan...nampak senang..tapi sebenarnya susah

    ReplyDelete
  22. Mengungkap ikhlas mudah tp setinggi mana nilai ikhlas hanya Allah yang tahu. Tak nampak di mata manusia, tinggi di pandangan Allah ;)

    ReplyDelete
  23. Kata orang seikhlas hati itu kadang2 si pembuat itu sendiri tak perasan akan keikhlasan hati nya itu... :D

    ReplyDelete
  24. jika ikhlas dalam semua hal baru tidak terasa sakit di hati :-)

    ReplyDelete
  25. insyaAllah, buat apa-apa pun mesti ikhlas :)

    ReplyDelete
  26. ikhlas itu tersimpan dan lahir dari hati...
    hanya kita dan ALLAH yg tau..

    ReplyDelete
  27. sebenarnya , apa pun yg kita lakukan perlulah ikhlas kerana Allah . bkn krn sesuatu , bkn krn nak membalas jasa , bkn krn nak membantu atau sebagainya ...

    ReplyDelete
  28. ikhlas memberi kita kekuatan sama ada teruskan niat atau berhenti tengah jalan. :')

    ReplyDelete
  29. apapun yg penting apa yg kita lakukan kena ikhlas !

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...