Kerja rumah isteri atau suami?

• Gee Lion • 08:00:00 • 39 Sembang

Sebenarnya ini kali pertama aku tahu yang bab-bab penyediaan ni rupanya tanggungjawab sang suami. Melihatkan komen-komen di facebook memang boleh buat senyum ni lebar sampai ke telinga. Tak kisahlah semua orang ada pandangan sendiri, kan kan kan. Siap ada yang ugut; kalau sang suami tambah lagi satu cawangan jangan nak merungut pula. Tak cukup dengan tu, ada pula yang mengata anak dara zaman sekarang banyak yang tak pandai masak. Anak dara dulu a.k.a mak-mak dorang juga yang lebih berkualiti. Gitu.

Yang buat aku terfikir adalah mengenai perbezaan zaman dan keadaan. Zaman sekarang isteri siap kerja untuk cari nafkah membantu keluarga. Takkanlah isteri juga yang kena berpenat-penat selepas balik kerja untuk memasak, mengemas, membasuh itu dan ini, padahal lelaki sampai rumah tahu makan dan tidur saja?

Kena terima hakikat, benda ni sekarang dah jadi tanggungjawab BERSAMA.

Kalau isteri boleh redha dan ikhlas bekerja untuk tolong bantu pendapatan suami walhal bukan tanggungjawab wajib isteri untuk cari nafkah bersama, kenapa suami tak boleh tolong isteri dalam kerja rumah tangga?

Tangan sendiri berat tapi ada hati nak tambah lagi satu cawangan. Adil ke macam tu?

Aku teringat satu kes, setahun yang lepas. Benda ni berlaku sendiri dalam keluarga aku. Suami isteri; kedua-duanya bekerja. Cuma bezanya, suami bangun pagi bersiap-siap dia seorang je. Yang si isteri bangun pagi, siapkan sarapan, siapkan diri sendiri dan siapkan anak-anak untuk hantar ke rumah pengasuh. Balik kerja sang suami makan dan tidur. Si isteri pula balik ambil anak, selepas itu perlu memasak sambil membasuh baju dan mengemas rumah. Bila anak merengek meragam, kelam kelibut dia sorang je terkejar-kejar dalam rumah tu. Sebelum tidur, gosok baju sang suami untuk pergi kerja esok harinya. Kalau diikutkan, sebenarnya kerja si isteri tak pernah habis. Itu belum kerja atas katil lagi tu.

Hati seorang wanita, hanya mampu menangis, menangis, menangis dan menangis. Sakitnya penatnya, tak pernah merungut. Khuatir dianggap berdosa. Tapi bila tak tahan datang pada aku bercerita. Aku yang mendengar rasa nak pergi bunuh lelaki tu sendiri.

Jadi tolong jangan cakap kerja rumah tanggungjawab isteri semata. Aku cepuk sorang-sorang kang. Keadaan dan zaman sudah jauh berbeza. Itupun tak reti nak faham lagi ke? Tengok isteri korang betul-betul. Penat dia, sakit dia.. Korang takde idea bagaimana letih dan penatnya isteri korang rasa.



Gambar sokongan. Nak dalil, firman dan hadis, sila buka kitab.
Sini bukan tempat ustazah jadi-jadian.

p/s : Sapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya.. Yum yum yum.. sedapnya.....

  1. benar tu gee... zaman dh jauh berbeza daripada dulu... hidup bersama ni perlu ada sikap timbang rasa n tolak ansur baru lh perjalanan hidup lancar sempurna

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai para suami sekarang yg memahami, alhamdulillah.. cuma ada yg segelintir tu; sedih..

      Delete
  2. Itulah pentingnya tahu tanggungjawab dunia dan akhirat bagi setiap pasangan. Bahagia kena dikecapi bersama. Org dulu rata-rata isteri tak kerja tak sama sekarang, oleh itu kena sama-sama menggalas dan tahu batasan. Kakak kalau penat abang akan tahu beli bungkus aje (contohnya). Mendobi cadar/langsir hantar kedai dah kata dua-dua kerja kan memudahkan - kalau satu pihak aje mudah baik kena berbincang semula. Islam beri garis panduan cantik. Ikutlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu lain, sekarang lain. Betul tu. Alhamdulillah bukan semua para suami macam tu; yg kita kasihankan pada para isteri yg dapat suami yg bersikap semua kerja perempuan. Takde muafakat dlm rumah tangga. Macam hidup sorang-sorang je. Itu yg sedih.

      Delete
  3. Replies
    1. haah betul2. bila dah berumahtangga ni, kena saling membantu la sbnrnye kan. barula indah je setiap hari hehe

      Delete
    2. itulah haaa yg kita nak orang sana faham.. tapi dorang faham ke? huhu

      Delete
  4. Yes sgt betul apa yg cik Gee kata, bila isteri redha bantu suami cari duit, ianya sptutnya jd tggjawab bsama.. Ppuan ni kalau suda kawin, keja xpena siap n xpandai habis .. lagi2 kalau dah ada anak .. Tapi best jg sbnrnya ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kadang2 buat saya keliru. Samada itu memang tanggungjawab isteri atau disebabkan ia adat yg melekat dlm masyarakat; kita kena gunakan perkataaan "tanggungjawab bersama" utk membuatkan para suami menolong isteri. Hurm.. Iye, best memang best. Kena caranya, alam perkahwinan adalah yg terbaik berlaku dlm hidup seseorang. =D

      Delete
  5. yup.. dlm Islam mmg gitu.. kalau ikut adat pulak mmg pompuan je yg kene buat keje.. tp itu dulu la sbb dulu laki je yg cari nafkah.. skrg pompuan pon dah keje.. so sesamelah buat kerja rumah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. as simple as that kan, tapi susahnya bagi sesetengah yg lain utk faham.

      Delete
  6. Kerja rumah kena buat bersama. Takkanlah kita nak buat semua. Penatt. Dengn kerja lagi. Yang lelaki dimanjakan sangat sehingga taknak bawak pinggan kotor ke sinki. Hmm. Bukan suruh basuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. yg part basuh pinggan kat sinki tu memang liat sikit.. teringat iklan Glo kat TV.. semua cabut, dgn anak2 sekali menyorok sebab taknak mak cuci pinggan... didikan dari kecil, mungkin?

      Delete
  7. berat sama dipikul ringan sama dijinjing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsepnya begitulah.. baru makmur rumah tangga.. kan kan.

      Delete
  8. yes memang betul tentang ni but. if jika suami suruh atau perintahkan si isteri utk melakukan semua tu. isteri kena turut. TAPi consider sikit. sedangkan Rasulullah SAW pun tolong isteri Baginda buat kerja rumah.


    btw tentang ghost ? ghost hunt kah?? ke lain? tokyo ghoul bestt yooo. plus dgn jigoku shoujo. hell girl tu. bestt . serius. tambah pula dgn ghost hunt . ghost hunt bestt tapi no season 2. kena baca manga dia. layan lah pulak yg sport kak. jaahahahahaha nak nak yg saya syor tuu. conan saya tak bukak anime. saya layan komik. tapi nk tunggu agak pehh hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam status di atas berbunyi; "..isteri membuat kerja rumah atas dasar kesopanan & menyenangkan hati suami utk redha suami kerana redha Allah ada pada redha suami.." cuma entri saya ini ditujukan kepada lelaki yg kurang pertimbangannya sehingga semua kerja rumah isteri yg perlu uruskan. kasihan.. :( Betul tu, sedangkan Rasulullah pun membantu isterinya inikan pula kita orang yg biasa-biasa saja..

      Ghost Hunt tu lah yg kak gee layan, syiok bangat. Tapi tulah, ending dia macam tak best. Dah lah takde season 2, dlm erti kata lain anime ni macam tergantung. Nak kata menyesal layan, lebih kuranglah. Huhu..

      Kesimpulannya, cerita yg Df syorkan adalah : Tokyo Ghoul, Jigoku Shoujo, Hell Girl
      Hohoho.. bolehlah tonton kat animehere.com

      Kak gee memang tak layan komik Df, berpinar mata kak gee sebab kak gee tak ngethi baca dia punya sequence. Keliru!

      Delete
  9. betul tu, sbnrnya apa yang perempuan buat bekerja + menguruskan hal rumah, itu cuma meringankan beban suami je. Padahal tu sbnrnya tanggungjawab si suami!

    jgn asyik tunding jari pada perempuan sajaa... ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun bukan semua lelaki macam tu, tapi ada yg bersikap macam tu buat semua nama lelaki jadi busukkkk kan...

      Delete
  10. Sama2 kena buat kerja rumah sepatutnya...

    ReplyDelete
  11. Hidup memang kena saling bantu membantu..Lebih lagi kalau kedua duanya bekerja. Kalau suami malas nak bantu, sila carikan pembantu rumah...hoho

    ReplyDelete
  12. Hidup memang kena saling bantu membantu..Lebih lagi kalau kedua duanya bekerja. Kalau suami malas nak bantu, sila carikan pembantu rumah...hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam pernah dengar ayat pembantu rumah tu.. abes kalau suami tak mampu macam mane tu kak? hihi.. =D

      Delete
  13. Sekarang ni, dua-dua pun kena kongsi tanggungjawab kalau nak rumah tangga aman bahagia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu cik Farah.. lets hope the guys prefer that way too.. =D

      Delete
  14. ada baca benda ni kat fesbuk. hihi

    ReplyDelete
  15. Ringaan cma d jinjing berat cma d pikul gitu hhehe

    ReplyDelete
  16. how about this.. toleransi... zaman sekarang, si isteri pun bekerja.. lain la zaman dulu.. perempuan kebanyakkannya tak bekerja. jadi, boleh tumpukan perhatian kepada kerja2 suri rumah.. kalau dah pergi kerja kena buat kerja, balik rumah jaga makan pakai suami dan anak2, waktu rehat pun mungkin masa tido yang ntah cukup ke tidak.. lelaki pun main peranan la sama.. tolong ringankan beban sekali.. you want a maid or a wife?

    terpanjang pulak komen iolls.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang tapi berisi tapi.. i loike it.. and setuju je dgn point2 cik zizie.. harap2 sape lelaki yg baca pun menerima saranan kaum wanita mcm kita ni yek.. =D

      Delete
  17. tetiba terfikir. diri sendiri nanti mcm mane la agaknya eh.
    tapi kan, takyah la fikir panjang2.. nanti suruh bace entri ni je lah kalau dah byk songeh. hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan fikir lagi.. eh.. hehe..

      Delete
  18. alhamdulillah akak dikurniakan seorang suami yang memahami
    cukup sempurna jika dibanding orang lain
    lega dia sangat memahami, walau orang lain hanya tahu bcakap

    yang penting ego tu kena kasi turun sikit...tak kira isteri or suami
    tak akan hilang bisa ular menyusur akar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Allah memberikan kebahagiaan buat hambaNya dari jalan yg kita tak sangka kan kak Yana :')

      Delete
  19. mmg pun Kak Gee.. mmg sbenarnya weightage bnyk ke lelaki.. tp masyarakat kita n culture kita ni yg buat nmpk prempuan yg kena sediakan mcm2 n buat kerja mcm2.. mmgla lagi bnyk pahala dpt kalo gitu tp x wajib pun.

    atas dasar nak taat kat suami la si isteri susah payah.. tp brapa ramai yg hargai ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih pula baca apa yg cik CT taip. Sebab, situasi begitu dah ada depan mata kak gee sendiri dan jawapannya bukanlah perkara yg membahagiakan.. Marilah kita sama2 berhuhuhuhu.. :'(

      Delete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...