Asbab

• Gee Lion • 14:00:00 • 20 Sembang
Ketika dirinya diikat dengan sehasta tali, usahkan bergerak; bersuara berlebihan pun dia tidak berani. Bermain dengan kuasa menumpaskan dirinya yang sekadar pencabuk biasa. Sehingga dia tawar hati, enggan berpaling lagi.


Dia melihat manusia itu agak lebih dari diagih, bahkan manusia itu sendiri tidak menyedari bahawa ketika kokoknya berderai-derai, ekornya pulak terpalit tahi. Apakan daya, dia sudah tidak mampu untuk berkompromi dengan hipokrasi. Jika kiranya langit hendak menimpa bumi, masih mampukah hanya bisa ditahan menggunakan jari? Dia membuat keputusan untuk berhenti dan menyusuri kembali jejak-jejak masa lalu demi bermuhasabah diri.

Biarlah gergaji itu tidak lagi bermata dua, asalkan kini dia mampu hidup bahagia. Dia yakin, pengakhiran sebuah cerita, hanyalah asbab bagi satu episod baru bermula.

  1. Dia melihat manusia itu agak lebih dari diagih... apamaksudnya ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak lebih daripada agih
      maksud: Bercakap lebih banyak daripada bekerja.

      gitu..

      Delete
  2. dengan berakhirnya saya membaca entri ini, sedarlah saya bahawa saya x byk penghetahuan tentang sastera ahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. membaca menambahkan pengetahuan.
      gitu... ^_^

      Delete
  3. Hai dik, Rinduu. Mish me? heheheh

    Asbab adakah brmaksud sebab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama menghilang? Ke mana pergi? Heheh

      Asbab maknanya lebih daripada 'sebab'. Perlukan penjelasan yg lebih lanjut utk memahaminya.

      Delete
  4. hidup memaksa kita menerima karenah dan sikap manusia yg pelbagai ... klu x mampu nak berhadapan , tinggalkan saja ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, tinggalkan saja.
      Hidup ini terlalu pendek utk memuaskan hati semua orang.

      Delete
  5. Benar. Pengakhiran sebuah cerita untuk permulaan plot seterusnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm hidup tak pernah ada pengakhiran, gitu?
      Kecuali mati, itupun hanya tamat di dunia saja.

      Delete
  6. Dalam maksud entri ni...
    Apa2 pun, carilah jalan yang terbaik untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah.. terima kasih kak fidah ^_^

      Delete
  7. deep hahaha.
    skodeng Df ye. rindu df tak? hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. skodeng laaa.. nak check df ni wujud lagi ke tak.. haha.. lama menghilang ingatkan dah tak mau blogging dah? rindu? rindu tu ape? ahaakssss... ^_^

      Delete
  8. dalam maknanya ni. moga Gee baik-baik saja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. Andaikan saja ini kisah silam yg kadang2 ingin diingatkan kembali.

      Delete
  9. jangan pandang belakang..teruskan aje melangkah
    mr F kan ada =)

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...