Ketika dirinya diikat dengan sehasta tali, usahkan bergerak; bersuara berlebihan pun dia tidak berani. Bermain dengan kuasa menumpaskan dirinya yang sekadar pencabuk biasa. Sehingga dia tawar hati, enggan berpaling lagi.
Dia melihat manusia itu agak lebih dari diagih, bahkan manusia itu sendiri tidak menyedari bahawa ketika kokoknya berderai-derai, ekornya pulak terpalit tahi. Apakan daya, dia sudah tidak mampu untuk berkompromi dengan hipokrasi. Jika kiranya langit hendak menimpa bumi, masih mampukah hanya bisa ditahan menggunakan jari? Dia membuat keputusan untuk berhenti dan menyusuri kembali jejak-jejak masa lalu demi bermuhasabah diri.
Biarlah gergaji itu tidak lagi bermata dua, asalkan kini dia mampu hidup bahagia. Dia yakin, pengakhiran sebuah cerita, hanyalah asbab bagi satu episod baru bermula.
20 comments:
Dia melihat manusia itu agak lebih dari diagih... apamaksudnya ya?
dengan berakhirnya saya membaca entri ini, sedarlah saya bahawa saya x byk penghetahuan tentang sastera ahahaa
Hai dik, Rinduu. Mish me? heheheh
Asbab adakah brmaksud sebab?
hidup memaksa kita menerima karenah dan sikap manusia yg pelbagai ... klu x mampu nak berhadapan , tinggalkan saja ...
Benar. Pengakhiran sebuah cerita untuk permulaan plot seterusnya :)
hi, nice post
Dalam maksud entri ni...
Apa2 pun, carilah jalan yang terbaik untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
agak lebih daripada agih
maksud: Bercakap lebih banyak daripada bekerja.
gitu..
membaca menambahkan pengetahuan.
gitu... ^_^
Lama menghilang? Ke mana pergi? Heheh
Asbab maknanya lebih daripada 'sebab'. Perlukan penjelasan yg lebih lanjut utk memahaminya.
Iya, tinggalkan saja.
Hidup ini terlalu pendek utk memuaskan hati semua orang.
Dlm hidup tak pernah ada pengakhiran, gitu?
Kecuali mati, itupun hanya tamat di dunia saja.
hi, thank you ^_^
inshaAllah.. terima kasih kak fidah ^_^
deep hahaha.
skodeng Df ye. rindu df tak? hahaha :D
dalam maknanya ni. moga Gee baik-baik saja :)
skodeng laaa.. nak check df ni wujud lagi ke tak.. haha.. lama menghilang ingatkan dah tak mau blogging dah? rindu? rindu tu ape? ahaakssss... ^_^
Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. Andaikan saja ini kisah silam yg kadang2 ingin diingatkan kembali.
jangan pandang belakang..teruskan aje melangkah
mr F kan ada =)
Tau takpe.. Hohoho ^_^
Post a Comment