Perlukah orang tengah?

• Gee Lion • 08:00:00 • 36 Sembang
Kadang-kadang apa yang berlaku dalam hidup ini bukan perlu difahami, tetapi hanya untuk diterima. Situasi tegang adakalanya menyebabkan sakit kepala kita rasa serba salah bila tak dapat buat apa-apa untuk membantu, tapi setiap perkara ada limitnya. Bukan semua perkara kita boleh hadap dan tolong, bukan nak jadi pemerhati setia tapi kaki, tangan dan mulut perlu dikunci untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih huru-hara.

Dalam hal rumah tangga bila pasangan bermasalah, keluarga cenderung memainkan peranan menjadi orang tengah. Keadaan akan menjadi lebih tegang apabila keluarga iaitu adik beradik yang ditugas memainkan peranan akhirnya cenderung menjadi juri dan mula mencari siapa yang salah berbanding 'apa' yang salah. Sifat cenderung menyebelahi ahli keluarga sendiri sedikit sebanyak berjaya mengaburi pandangan dan penilaian (perlukah penilaian ini?) dan akhirnya daripada menjadi orang tengah; bertukar menjadi orang ketiga yang meranapkan hubungan pasangan itu sendiri tanpa disedari.


Aku teringat suatu insiden yang berlaku sehingga abah aku mengeluarkan perkataan keramat dia.

"Awak dah tahu pokok tu berduri, tapi awak nak panjat juga.. "

Abah aku memang tak pernah mencampuri urusan rumah tangga anak-anak mungkin sebab itu kami dah terbiasa dengan cara tersebut. Bukan untuk membiarkan keadaan adik-beradik menjadi lebih meruncing tapi seperti kata abah, bukan taknak tolong tapi memang tak boleh tolong. Katanya biar itu menjadi pembentuk kepada pengalaman orang itu sendiri. Bahkan tidak guna mengetahui aib atau kelemahan orang lain kerana akhirnya hanya akan mengundang rasa ketidakselesaan dalam hubungan kekeluargaan itu sendiri.

Benarkan, kadang-kadang apa yang berlaku dalam hidup ini bukan perlu difahami, tetapi hanya untuk diterima.

  1. KAUNSELING KEKELUARGAAN NI XBERAPA RETI JUGA...TAPI PENYELESAIAN KPD MASALAHNYA TETAP PERLU DICARI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika sudah tidak mampu, mungkin boleh dapatkan khidmat nasihat pegawai agama..

      Delete
    2. Akak pun berpendapat sebegini. Kalau perlu sangat orang tengah, cari pihak yang tidak berbelah bahagi. Maknanya orang luar yang boleh nilai masalah kita dan beri pandangan yang baik. Kalau tak mampu jumpa kaunselor, dapatkan khidmat nasihat di pejabat agama.

      Delete
    3. Inilah yg saya cuba fahamkan pd 'orang' tersebut. Maka terhasillah entri ini. Saya harap 'orang' tersebut, membacanya..

      Delete
  2. Apa yang terjadi dalam rumahtangga kakcik, ibubapa kakcik tak mahu turut menyibuk. Sekarang bila kakcik punya menantu, rumahtangga anak menantu kakcik juga bukanlah untuk kakcik menjadi mak sibuk...

    Nasihat diberi bila diminta bukan menunjuk pandai dengan alasan 'terlebih dahulu makan garam'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah mereka yg mencorakkannya. Kasut setiap orang lain saiz, lain bentuknya kan. =)

      Delete
  3. kadang2 orang tengah sebenarnya tak membantu langsung, mengeruhkan keadaan lagi adalah....
    "Kadang-kadang apa yang berlaku dalam hidup ini bukan perlu difahami, tetapi hanya untuk diterima"
    SAYA SETUJU SANGAT DENGAN AYAT NI :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin niat asal utk membantu, namun akhirnya bertukar menjadi haru biru.. Erk.. masalah yg satu akhirnya menjadi sepuluh ke dua puluh..

      Delete
  4. Setuju Gee.. biarlah mereka sendiri membentuk rumahtangga yang dibina, bila diminta pandangan maka berilah yang seikhlasnya tanpa bias pada mana-mana pihak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan yg terhad dari pengalaman orang yg telah merasa. Kadang2 isi pengalaman itu berbeza walaupun masalahnya nampak serupa..

      Delete
  5. Singgah pagi....
    Keperluan org tengah bergantung kepada pemasalahan yg di hadapi...
    sebab tidak semua masalah boleh selesai dengan ade nya org ke-3..
    Lelagi hal rumahtangga yang perlu kita jaga aib dan maruah sesama pasangan..
    walaupun adik beradik..walaupun mak ayah...
    setiap permasalahan itu pasti akan ade jalan penyelesaian yang kita kena carik sendiri..
    supaya ianya akan menjadi pengajaran dan pengalaman pada kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dgn point anda.. Hak3..

      Delete
  6. Kakak salute dgn abah yg punya pendirian begitu.
    Pada kakak memang sebaiknya kalau tak boleh jadi org tengah jgn jadi juri. Apa lagi kalau judgmental berat sebelah akan terjadi tanpa disedari. Lumrah berumah tangga seperti selalu dikatakan - kalau takut dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai. Tapi tak selalu laut bergelora. Bila lautan tenang pelayaran indah akan lebih banyak dinikmati bersama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, lumrah alam rumah tangga. Pasti ada geloranya. Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri kan. Sebolehnya perihal orang tengah ini perlu dihindarkan selagi mampu. Khidmat kaunselor dari pegawai agama mungkin lebih membantu.. Itulah, tika lautan tenang sudah tentu pelayaran akan menjadi lebih indah utk dinikmati bersama.. (:

      Delete
  7. betul tu kak. hal rumahtangga tak sepatutnya cerita kat org lain. lebih elok berbincang sesama sendiri je bila nak selesaikan masalah yg macam ni

    ReplyDelete
  8. betul tu.. susah jadi orang tengah ni.. kdg2 dlm berkawn pun, mati akal jugak kalau jd org tengah konon2 nya nk slamatkan tpi bukan selmat, lgi dasyt lg ada.. zz kalau dpt elak jd org tengah , mmg zz elak.. nk elak risko mcm yang abah akak ckp lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam berkawan, kalau jadi orang tengah lagi banyak kesan buruk drpd baiknya zz. lagi sakit hati bila kita dah tolong jadi orang tengah utk depa, once depa dah reconcile tinggallah kita pulak terkulat2. i've been there and that's the worst moment in my life.

      Delete
  9. setuju. saya harap suatu hari nanti dapat suami dan keluarga yang jenis memahami. tidak terlalu masuk campur dalam masalah rumah tangga anak-anak. berdikari. belajar untuk menyelesaikan masalah sendiri tanpa melibatkan orang lain

    ReplyDelete
  10. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Mungkin caranya tak sama antara satu sama lain. Begitu juga dengan peranan orang tengah. Maksud akak....tak semua perkara harus diselesaikan melalui orang tengah...bergatung pd masalah jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups, perihal yg sangat subjektif. sebab itu perlukan percaturan yg tepat. once tersadung, memang susah nak betulkan balik..

      Delete
  11. betul tu. org lebih nak tahu siapa punca masalah drp mana masalah datang. sbb tu tak selesai masalah. tagi bertambah masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. formula penyelesaian masalah yg salah.. HUHU

      Delete
  12. ni bercakap dari pengalaman..pasangan berkahwin seeloknya cuba selesaikan masalah sendiri, tapi ada satu tahap bila benda tu dah kritikal, kita kena bagitau mak ayah. jangan dah terlambat sangat baru nak bukak cerita, masa tu dah takde sape yang boleh tolong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga jadi macam tu ye? Kaget pulak membacanya. HUHU

      Delete
  13. belajar berdikari, duduk rumah sendiri
    jangan duduk dengan family seperti akak dulu
    lepas tu kita akan belajar cara menyelesaikan masalah
    tanpa penglibatan orang tengah

    percaya, kalau orang tengah terlibat...thing will be even worse!
    sentiasa bertolak ansur, tak kira kita betul atau salah
    pengalaman akak, tahun pertama sememang sangat mencabar! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya seusai saja kahwin memang duduk rumah sendiri.
      InshaAllah harap semuanya baik-baik saja. Sapa yg mahu rumah dibina dilambung ombak kan.
      HUHU

      Delete
  14. Bagi akak kalau berlaku masalah dalam rumah tangga, ahli keluarga (tidak kiralah dari pihak mana) tidak wajar masuk campur. Keadaan boleh jadi bertambah keruh. Masalah tak selesai, datang pula masalah lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi beranak-pinak pula masalah tu kan. HUHU
      But for those yang dah terlanjur terlibat tu, kena cekalkan hatilah kan.
      Sebab memang susah nak tutup mulut mereka yg terlibat-terlibat tu. HURM

      Delete
  15. benar. tapi kadang2 manusia ni terlalu mengikut emosi berbanding akal. moga kita guna akal utk kawal emosi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu.. tapi kak gee akui, kadang kala emosi kak gee pun melebihi akal logik kak gee sendiri..

      Delete
  16. maybe sebab CT belum berkeluarga.. jadi dari pov seorang yg dah berkahwin x nampak sngt.. tp based on pemerhatian marriage life emak n ayah.. families both sides pun mmg x masuk campur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya begitulah persekitaran keluarga yg harmoni. Bukan bersikap individu tapi masalah orang, takyahlah campur. Kan kan kan..

      Delete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...