Mr.Teksi 3

• Gee Lion • 00:02:00 • 35 Sembang
Sedang sedap menggelamun, brek mengejut dari pakcik teksi buat aku terdorong ke depan. There goes my perfect wedding ceremony with Mr.Right. Ahaks..

"Cilaka ini orang. Suka hati dia saja mahu brek mengejut. Nasib baik tak jadi apa-apa." Bebel pakcik teksi tersebut.

Seorang lelaki keluar dari kereta HiLuxnya yang mewah. Terbelek-belek bumper keretanya di situ, membuatkan trafik yang sesak bertambah-tambah sesak. Dia memanggil pakcik teksi itu keluar. Untuk settle barangkali. Pakcik teksi itu menurunkan cermin keretanya;

"Sikit saja maaa.. Tengok, calar pun takda! Lu orang pakai kereta besar pun mahu berkira ka hal kecik ini macam?"

Tembakan padu dari pakcik teksi aku kira bukanlah dialog yang wajar dituturkan pada saat dan ketika ini. Terdengar omelan dari lelaki tersebut, aku dah mula rasa cuak. Kalau berlaku apa-apa, mahu tergendala urusan aku. Takkanlah kena berhenti kat tengah-tengah jalan raya ni pulak. Mana nak dapat teksi lain ni weh?

Pakcik teksi tersebut berkeras tidak mahu keluar dan tetap mengatakan perkara yang sama. Yang lelaki pun degil, mereka mula berperang mulut. Adeh..

Bila aku lihat sedikit dari cermin kereta, aku rasa aku nak setuju dengan pakcik teksi. Eleh, calar pun takde tapi nak bising-bising. Apa punya orang nak besar-besarkan kes. Kereta di belakang mula membunyikan hon mereka. Pakcik teksi pun apa lagi, ditekannya minyak terus blahh.. Aku sempat mengintai. Memang takde calar apa pun. Cantik berkilat je lagi.


"Dasar *******.. Hal kecil pun nak besar-besar. Itulah bangsa diorang ni. Dah bagi negara sebiji pun lagi mahu sombong sama kita.."

Aku mula menelan air liur, eh pahit pulak tetiba rasa kat tekak.

"Patut kita halau ja semua bangsa ni balik. Semua menda depa nak conquer. Kata kita racist, sebenarnya depalah yang racist. Cakap Melayu pun tergagap-gagap lagi."

"Kerajaan pun satu. Bagi sangat muka kat depa. Tengok sekarang ni, semua menda depa nak cabar. Yang kaya depa, yang miskin kita. Yang kena beralah semua kita. Kalau melawan, dikatanya kita racist, padahal depa yang racist!" Lagi, ayat itu diberi penekanan oleh pakcik teksi tersebut.

"Apa tak cukup ke kat China, India sana negara asal depa sikit punya besar? Kita ni, cuma ada Tanah Melayu ni satu-satunya. Depa kalau balik sana, jangan harap nak jadi kaya macam depa kat sini. Sikit pun tak mahu bersyukur! Tanah yang sekangkang kera pun nak diambilnya. Tengok Singapura itu sekarang apa jadi?"

Luahan hati pak cik teksi yang menyeramkan. Sebahagian perbualan telah ditapis dan dipadam untuk mengelakkan pemilik blog ini dikenakan tindakan undang-undang

Bercakap pasal isu kaum ni sebenarnya agak sensitif. Tapi hidup dengan status masyarakat majmuk ni bukanlah suatu perkara yang baru dan mustahil untuk dilakukan jika kita memandang semua orang dengan satu bangsa yang sama; bangsa Malaysia. Tapi entah kenapa, panggilan kaum itu menjadi penting dan mengenepikan apa yang kita panggil selama ini semangat bangsa. Cuba belek masa Rasulullah saw jadi ketua negara Madinah satu tika dulu, bukankah negara yang dipimpinnya juga berstatus masyarakat majmuk?

Yelah, tak boleh nak dibandingkan pemimpin negara 'Islam' kita ni dengan pemimpin terulung seperti Rasulullah saw. Tapi seorang pemimpin yang bagus sudah tentu menjadikan cara Rasulullah saw sebagai intipati utama kepimpinannya. Melainkan.. agama bukanlah yang terutama dalam hidup mereka.

Kita mungkin tidak boleh merubah apa yang telah terjadi, tapi kita boleh mengubah apa yang bakal terjadi. Tak salah berkongsi apa yang ada, bumi pun pada asalnya bukan kita yang punya. Namun seiring dengan itu, peneguhan terhadap undang-undang juga haruslah dilaksanakan. Tiada maknanya hanya rakyat saja tinggi semangat patriotiknya, tapi yang atas tu tetap memainkan isu yang serupa. Especially bila menjelang pilihan raya.

Sadis.

p/s : Ada beberapa point pakcik teksi ni aku setuju. Tapi tak bolehlah habaq point mana satu naa.. Dan aku pun tak faham kenapa pakcik teksi sekarang ni pemikiran mereka agak radikal dan kritikal. Erk, next time aku cuba kupas pemikiran yang biasa-biasa saja. Doalah supaya aku naik teksi pakcik yang rileks sikit ye.

  1. betul cakap awak diowg ne tak sedar ka macam mana boleh datang ke tanah melayu?kita zaman dulu lagi ditindas oleh british .kena duduk kawasan pendalaman makan ubi kayu padahal tanah orang melayu .orang cina dan india duduk bndar terutama cina . cina mmg daripada dulu lagi kuat ekonomi di tanah melayu .alamak sejarah la pulak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Kita mungkin tidak boleh merubah apa yang telah terjadi, tapi kita boleh mengubah apa yang bakal terjadi.."

      Kita boleh menjadi oportunis dengan memandang perkara ini sebagai suatu perkara yg baik utk hidup maju bersama. Apa yg telah berlalu hanyalah sejarah yg tidak dpt diperbaiki.

      Delete
  2. negara kita pemimpinnya pun xnak buat hudud hmmm... yang pelik2 dijadikan undang2, yang dah memang terlaksana diabaikan...

    bab racist tu, semua orang racist... sebab mentaliti kita sendiri kan. nampak satu orang dari kaum tertentu buat jahat, terus salahkan satu kaum! ish3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. "..seorang pemimpin yang bagus sudah tentu menjadikan cara Rasulullah saw sebagai intipati utama kepimpinannya. Melainkan.. agama bukanlah yang terutama dalam hidup mereka." - Saya harap bait kata ini mampu menjawab sedikit persoalan. Hehe..

      Pasal racist tu, yups setuju sangat. So bila kita kata yg kita sebenarnya tak racist, maknanya kita menipu diri sendiri sajalahkan. Cuma level saja yg membezakan, rendah atau tinggi sifat racist tersebut..

      Delete
  3. Kadang-kadang, pandangan dari orang awam macam Pak Cik teksi tu perlu juga demi mengetahui hakikat sebenar kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa kerat saja suara orang awam yg kita benar2 boleh & 'diizinkan' dengar.. :')

      Delete
  4. pakcik tu org lama yg masak dgn pengalamn hidup yg dilaluinya...

    ReplyDelete
  5. ini cerita betul dialami oleh awak ke? wow kalau saya dah lama panik gila haha btw setuju sangat dengan tahap racist masyarakat dalam negara kita ni, kadang kala takut sangat sekiranya peristiwa 13 Mei tak mustahil akan berlaku lagi, Nauzubillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups, cerita betul cik Zafirah. =)
      Panik mula-2, tapi lepas dengar apa yg pak cik ni cakap; rasa lebih minat nak tahu tu mengatasi rasa panik tu.. InshaAllah cik Zafirah, sekiranya ada orang seperti kita yg cakna tentang keamanan, inshaAllah takkan berlaku lagi peristiwa 13 Mei.

      Delete
  6. ups... macam ada lagi yang kena tett tu..huhu

    ReplyDelete
  7. Amboiii, arguments pakcik teksi tu bukan main lagi!
    Nasib baiklah tak jadi apa2,..gaduh ke,...nanti Gee yang terkepit kat tengah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kan.. sebab dia yakin yg memang kereta HiLux tu tak calar apa pun. Macam saya sendiri tengok, memang tak calar apa pun. Entahlah.. Huhu..

      Delete
  8. kasihan kan pak cik tu..saya kira jika pak cik tu tak cabut..kes boleh menjadi serius lagi maa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak serius lelebih pun, kena ada bukti. Ini kalau calar pun takda, apa cerita.. Kan kan kan.. ^_^

      Delete
  9. best sebenarnya naik teksi, boleh dpt pengalaman yg rare, tapi tulah, tambang teksi mahllll T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah.. baru je duduk dah kena cas 3 ringgit. Sakit tul!

      Hi Cik Zyra, first time datang sini? Welkam!

      Delete
    2. tu yg ana seumur hidup x pernah naik teksi.

      Delete
    3. kuatnya tekad cik ana.. sy kalau nak cepat; laju je tahan teksi.. hehe =)

      Delete
  10. Ada betulnya apa kata pakcik tu.
    Selalunya ada je bangsa bukan melayu main 'racist card' bila nak berhujah dengan melayu.
    Banyak kali dah kena, tapi rasanya kebanyakan melayu akan ambil tindakan berdiam diri bila melibatkan bangsa lain.
    Tapi kalau sesama melayu, habis mak bapak datuk nenek keturunan keluar maki hamun...

    Dunia, dunia~~!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelain bangsa = kena belajar beralah sebab kita tak boleh expect orang itu faham cara, adat & agama kita.
      Sama bangsa = kena maki hamun pe bagai tu sebab kita expect dia akan lebih memahami kita...

      Ye ke?

      Delete
  11. sbb itu , walau teruk mcm mana pun, klu blh undilah org yg blh selamatkan bangsa kita ... x blh cakap lebih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapakah orang tersebut? jeng jeng jeng..

      Delete
  12. Takut sangat bila baca perbalahan antara kaum ni. Tak kisahlah benda kecil ke benda besar ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah kan.. sebab kadang2, hanya disebabkan satu kisah je boleh memberanakkan kisah2 yg lain. dari hal yg kecik boleh jadi hal yg besar. dari gaduh2 sesama individu; diprovok2 pula jadi gaduh2 sesama kaum. sedangkan perkara boleh disettle secara baik. hurm..

      Delete
  13. marah betul pakcik teksi tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia memang seorang yg baran, tak kisah pada siapa dia jumpa dan menaikkan darah dia.. hurmm..

      Delete
  14. bsrsngkali pengalaman yg dia lalui menyebabkan dia berkata sedemikian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups, maybe + attitude.. hurmm..

      Delete
  15. rasanya memang hakikat pun macam tu.. betul apa pakcik tu cakap..
    pernah 1 scene.. CT ikut mak n kawan mak ke kedai bunga.. kami pilih2 bunga utk sekolah mak.. mmg kita pergi nak beli bunga kan.. harusla belek2 bunga.. then they spoke in their language.. mengutuk kami kata belek2 kang bukan beli.. saja buat semak..

    sekali kawan mak reply in bahasa dia.. hamek kau.. smpai ke kereta ikut mintak maaf.. mmg blah terus.. padan muka dia.. sek mak nak order bunga worth 5k kot.. padan muka.. pastu kawan mak siap amek gmbr kedai.. cakapla pekerja tu biadap..

    ada guna juga kita master bahasa diorang ni..

    ReplyDelete
  16. tapi itulah.. kita tak boleh bersuara sangat kat negara sendiri.. suara kita x dilayan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kan dah kena.. pada yg memahami bahasa mereka tu, alhamdulillah dapat bercampur baik sebab setahu saya orang tu memang suka kalau kita master bahasa dorang. dorang lagi suka sebab dapat bersembang dlm bahasa dorang tau.

      mcm mana suara kita nak dilayan, suara si pembangkang tu pun kena tangkap bodoh2 je. apa pulak kita rakyat biasa...... huhu

      Delete
  17. somehow akak setuju dengan pakcik dalam kisah gee ni
    bekerja di bawah naungan mereka buat akak juga mempunyai fahaman sama
    akak tak nafikan akak racist. in fact semua orang racist. tak mengaku aje.
    tapi akak takdelah sampai kata, keluar KAU dari MALAYSIA

    tapi kalau diorang, frankly speaking they are even worse
    kita tak paham sahaja apa yang diorang katakan
    mata dan telinga ini adalah saksi
    menahan diri untuk terus setia hanya kerana duit yang ditawarkan...arghhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm kelas Antropologi dulu pon Prof. ada cakap, bahawa setiap manusia sedikit sebanyak pasti ada sikap utamakan bangsa mereka. Ianya lumrah. Tak dinafikan even oleh sarjana sekalipun. Bertahanlah kak Yana, selagi ada yg mendapat manfaat (keluarga) dari hasil kerja kita. Huhuhu..

      Delete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...