Doa untuk siapa?

• Gee Lion • 00:11:00 • 38 Sembang
Mereka itu saudara seagama kita. Mereka itu berada dalam kesusahan yang nyata. Dibunuh, ditindas dan diperlakukan sewenang-wenangnya di tanah tumpah darah mereka. Lanjutannya, mereka melarikan diri demi harga sebuah nyawa.

Kita tak berada di tempat mereka, kita duduknya di kerusi juri-juri yang kerjanya mengadili manusia-manusia yang dihadapkan di mahkamah masyarakat. Manusia yang belum pasti lagi salah betulnya. Tapi tak hairan, kita hanya memerlukan persepsi dan sedikit perasaan judgemental untuk menjatuhkan hukuman, bukan?

Ketika Muhajirin berhijrah, Ansar menyambutnya penuh syukur. Di situ dakwah Islamiah terbuka; ruang bagi mereka terbela. Dan di sini saya, awak dan kita menaip seribu patah kata di hadapan skrin mengatakan betapa simpatinya kita pada nasib mereka.

#PRAYFORROHINGYA
#PRAYFORGAZA
#PRAYFORSYRIA


Pic from ahsanjehangir

Tapi bila datangnya mereka ke sini, kita mencemuh dan kita mencaci. Takut kita andai mereka merampas apa yang kita miliki, sedang mereka sendiri tidak memiliki apa-apa pada awalnya. Takut kita andai mereka mengambil apa yang selama ini kita gelarkan milik kita. Takut kita andai kehadiran mereka mengganggu-gugat keadaan negara yang kita anggap masih aman dan sejahtera.

Hairan, kita boleh sekali berkongsi dengan mereka yang bukan seagama, tetapi mengherdik dan mengata mereka yang satu kiblatnya dengan kita.

Aku hairan, Islam jenis apa yang cuba kita gambarkan?

Tak dapat aku bayangkan jika aku pula berada di tempat mereka. Kuatkah aku untuk menerimanya?
Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). - Surah al-Hasyr: Ayat 9

  1. Sangat simpati dengan apa yang menimpa mereka.

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat Gee...
    Entri yang seharusnya membuat kita berfikir, sajauh manakah kita sanggup membantu saudara se Islam kita yang sedang ditimpa kesusahan...
    Tepuk dada, tanya Iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang menepuk, sedang bertanya.. huhu
      Saya pun masih berfikir jawapannya..

      Delete
  3. salam jumaat., moga2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      Amin.. moga termakbul wak.. =)

      Delete
  4. Kalau melihat sejarah perkembangan Islam pun kita boleh lihat bagaimana zaman Muawiyah, Abbasiah dah bermula bercakaran umat Islam. Mereka lupa bagaimana baginda rasulullah mengatasi masalah dgn perjanjian Hudaibiyah walaupun bukan dgn org Islam. Sehingga kinilah ianya berterusan dimana etnik dijadikan perbalahan sedangkan agama dipegang sama. Dlm negara kita aje jelas yg bukan berkiblat sama boleh duduk semeja tapi yg solat dlm rumah ibadah sama terus bercakaran.

    Sedih:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah yg sudah zaman berzaman dihadapi, tentu sukar penawarnya dijumpai.

      Delete
  5. Kadang2 terfikir juga dimanakah peranan pertubuhan2 antarabangsa sedangkan masalah peperangan serantau masih berleluasa. Ternyata mereka yang memiliki kuasa veto itu ttp juga akan menang. Yg lemah ttp juga tertindas. Itulah yg jadi bila manusia sudah tidak serupa manusia dan sudah tiada belas ihsan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya ada kepentingan sendiri, barangkali?
      Hurmm..
      Sehingga melupai saudara sendiri.
      Hurm..

      Delete
  6. smpi ke hari ini sy tertanya2 apa dosa mereka kpd masyarakat dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada sekalipun, apa hak kita utk menghukum.. Huhu

      Delete
  7. Semoga Negara manapun yang sempat disinggahi oleh saudarak kita dari Rohingya bisa mnenerima dan membantunya dengan tangan terbuka

    ReplyDelete
  8. Negara Islam yg kaya dgn emas hitamnya seakan x peduli dgn nasib bangsa segamanya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada hal tertentu yg membuat mereka bertindak sebegitu. Tapi apanya?

      Delete
  9. Sedih sangat bila baca pasal nasib mereka ni :(

    ReplyDelete
  10. apa la salah mereka hurmm. apa lah kurangnya andai kita-kita berbagi kasih sesama kita :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keinginan yang mengundang 1001 spekulasi. Diluah mati mak, ditelan mati bapak..

      Delete
  11. Erm harap2 adala mana2 negara yg lmbut hati nk terima dorg ni...

    ReplyDelete
  12. pernah terfikir berada tempat dyeorg. Ya Allah, tak tahu mcm mana peritnya mereka rasa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Buat kita jadi lebih menghargai apa yang sedia kita miliki.

      Delete
  13. bantulah dgn apa yg kita terdaya wpun sekadar doa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan itulah senjata umat kita.. :'(

      Delete
  14. Sedih mengenang nasib drg . Semoga Allah sentiasa melindungi mereka .. Kita bantu setakat yg kita mampu wlupun hanya dengan doa ,.

    ReplyDelete
  15. kita juga membantu apa yg terdaya...pertolongan yg sedikit itu tentu xmenjadikan kita miskin malah diberkahi Allah...semoga ada jln penyelesaian buat rohingya memperolehi hak





























































































    rohingya ini ada negaranya dan mrk berhak hidup bernegara spt org lain...sepatutnya oic tidak membenarkan ianya berlaku...bukan membiarkn nonmuslim mengusir mrk dari tanahair mrk sendiri,


    ReplyDelete
    Replies
    1. tertekan enter banyak kali kak paridah? huhuhu..

      Delete
  16. sedih sangat dengan ujian yang menimpa mereka
    sedihnya bukan mereka aje, cuba tengok palestin, syria dan byk lagi yang dah lama sengsara
    suara islam hari ini tak cukup kuat, kita hanya pentingkan diri dan keluarga sendiri
    dunia sudah akhir zaman...manusia seagama hanya pentingkan diri sendiri
    kalaulah kita semua bersatu...bukan sebab politik, bangsa...hanya sebab ISLAM
    kita tersangat KUAT sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti kata Rasulullah, di akhir zaman umat Islam itu ramai namun hanya ibarat buih2 di lautan.. Hurmmmm..

      Delete
  17. selit doa untuk negara kita jugak.. moga tak kena jual.. mcm2 dah skrang ni.. moga Allah kekal
    lindung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa??? Kena jualllll??? Huhu.. macam dah zaman jahiliah jual2 hamba pulak dahhh.. Takuttt!! InshaAllah tak jadi gitu.. Aamiinn :'(

      Delete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...