Doa untuk siapa?

Mereka itu saudara seagama kita. Mereka itu berada dalam kesusahan yang nyata. Dibunuh, ditindas dan diperlakukan sewenang-wenangnya di tanah tumpah darah mereka. Lanjutannya, mereka melarikan diri demi harga sebuah nyawa.

Kita tak berada di tempat mereka, kita duduknya di kerusi juri-juri yang kerjanya mengadili manusia-manusia yang dihadapkan di mahkamah masyarakat. Manusia yang belum pasti lagi salah betulnya. Tapi tak hairan, kita hanya memerlukan persepsi dan sedikit perasaan judgemental untuk menjatuhkan hukuman, bukan?

Ketika Muhajirin berhijrah, Ansar menyambutnya penuh syukur. Di situ dakwah Islamiah terbuka; ruang bagi mereka terbela. Dan di sini saya, awak dan kita menaip seribu patah kata di hadapan skrin mengatakan betapa simpatinya kita pada nasib mereka.

#PRAYFORROHINGYA
#PRAYFORGAZA
#PRAYFORSYRIA


Pic from ahsanjehangir

Tapi bila datangnya mereka ke sini, kita mencemuh dan kita mencaci. Takut kita andai mereka merampas apa yang kita miliki, sedang mereka sendiri tidak memiliki apa-apa pada awalnya. Takut kita andai mereka mengambil apa yang selama ini kita gelarkan milik kita. Takut kita andai kehadiran mereka mengganggu-gugat keadaan negara yang kita anggap masih aman dan sejahtera.

Hairan, kita boleh sekali berkongsi dengan mereka yang bukan seagama, tetapi mengherdik dan mengata mereka yang satu kiblatnya dengan kita.

Aku hairan, Islam jenis apa yang cuba kita gambarkan?

Tak dapat aku bayangkan jika aku pula berada di tempat mereka. Kuatkah aku untuk menerimanya?
Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). - Surah al-Hasyr: Ayat 9

38 comments:

Farrah MF said...

Sangat simpati dengan apa yang menimpa mereka.

Fidah Shah said...

Salam Jumaat Gee...
Entri yang seharusnya membuat kita berfikir, sajauh manakah kita sanggup membantu saudara se Islam kita yang sedang ditimpa kesusahan...
Tepuk dada, tanya Iman.

Wak Lat said...

salam jumaat., moga2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., amin

Inani Hazwani said...

salam jumaat

Kakzakie Purvit said...

Kalau melihat sejarah perkembangan Islam pun kita boleh lihat bagaimana zaman Muawiyah, Abbasiah dah bermula bercakaran umat Islam. Mereka lupa bagaimana baginda rasulullah mengatasi masalah dgn perjanjian Hudaibiyah walaupun bukan dgn org Islam. Sehingga kinilah ianya berterusan dimana etnik dijadikan perbalahan sedangkan agama dipegang sama. Dlm negara kita aje jelas yg bukan berkiblat sama boleh duduk semeja tapi yg solat dlm rumah ibadah sama terus bercakaran.

Sedih:(

Fatin Wawa said...

Kadang2 terfikir juga dimanakah peranan pertubuhan2 antarabangsa sedangkan masalah peperangan serantau masih berleluasa. Ternyata mereka yang memiliki kuasa veto itu ttp juga akan menang. Yg lemah ttp juga tertindas. Itulah yg jadi bila manusia sudah tidak serupa manusia dan sudah tiada belas ihsan.

dear anies said...

smpi ke hari ini sy tertanya2 apa dosa mereka kpd masyarakat dunia

Amri Evianti said...

Semoga Negara manapun yang sempat disinggahi oleh saudarak kita dari Rohingya bisa mnenerima dan membantunya dengan tangan terbuka

Afiqah said...

pray for them :(

Qaseh Vee said...

Negara Islam yg kaya dgn emas hitamnya seakan x peduli dgn nasib bangsa segamanya ...

Farah said...

Sedih sangat bila baca pasal nasib mereka ni :(

anamizu said...

apa la salah mereka hurmm. apa lah kurangnya andai kita-kita berbagi kasih sesama kita :(

Sham said...

Erm harap2 adala mana2 negara yg lmbut hati nk terima dorg ni...

EkaTikah said...

pernah terfikir berada tempat dyeorg. Ya Allah, tak tahu mcm mana peritnya mereka rasa :(

Unknown said...

bantulah dgn apa yg kita terdaya wpun sekadar doa ...

ShasuaN said...

Sedih mengenang nasib drg . Semoga Allah sentiasa melindungi mereka .. Kita bantu setakat yg kita mampu wlupun hanya dengan doa ,.

paridah said...

kita juga membantu apa yg terdaya...pertolongan yg sedikit itu tentu xmenjadikan kita miskin malah diberkahi Allah...semoga ada jln penyelesaian buat rohingya memperolehi hak





























































































rohingya ini ada negaranya dan mrk berhak hidup bernegara spt org lain...sepatutnya oic tidak membenarkan ianya berlaku...bukan membiarkn nonmuslim mengusir mrk dari tanahair mrk sendiri,


Gee Lion said...

Saya pun.. :'(

Gee Lion said...

Sedang menepuk, sedang bertanya.. huhu
Saya pun masih berfikir jawapannya..

Gee Lion said...

Waalaikumussalam..
Amin.. moga termakbul wak.. =)

Gee Lion said...

waalaikumussalam =)

Gee Lion said...

Masalah yg sudah zaman berzaman dihadapi, tentu sukar penawarnya dijumpai.

Gee Lion said...

Semuanya ada kepentingan sendiri, barangkali?
Hurmm..
Sehingga melupai saudara sendiri.
Hurm..

Gee Lion said...

Jika ada sekalipun, apa hak kita utk menghukum.. Huhu

Gee Lion said...

Aamiin.. =)

Gee Lion said...

Mee too..

Gee Lion said...

Mungkin ada hal tertentu yg membuat mereka bertindak sebegitu. Tapi apanya?

Gee Lion said...

Apakan daya.. Huhuhu

Gee Lion said...

Keinginan yang mengundang 1001 spekulasi. Diluah mati mak, ditelan mati bapak..

Gee Lion said...

InshaAllah ada.. :')

Gee Lion said...

Kan? Buat kita jadi lebih menghargai apa yang sedia kita miliki.

Gee Lion said...

Dan itulah senjata umat kita.. :'(

Gee Lion said...

Begitulah cik Shaa.. huhu

Gee Lion said...

tertekan enter banyak kali kak paridah? huhuhu..

Yana Yani said...

sedih sangat dengan ujian yang menimpa mereka
sedihnya bukan mereka aje, cuba tengok palestin, syria dan byk lagi yang dah lama sengsara
suara islam hari ini tak cukup kuat, kita hanya pentingkan diri dan keluarga sendiri
dunia sudah akhir zaman...manusia seagama hanya pentingkan diri sendiri
kalaulah kita semua bersatu...bukan sebab politik, bangsa...hanya sebab ISLAM
kita tersangat KUAT sebenarnya

Siti Yang Menaip said...

selit doa untuk negara kita jugak.. moga tak kena jual.. mcm2 dah skrang ni.. moga Allah kekal
lindung..

Gee Lion said...

Seperti kata Rasulullah, di akhir zaman umat Islam itu ramai namun hanya ibarat buih2 di lautan.. Hurmmmm..

Gee Lion said...

Haaaa??? Kena jualllll??? Huhu.. macam dah zaman jahiliah jual2 hamba pulak dahhh.. Takuttt!! InshaAllah tak jadi gitu.. Aamiinn :'(