Ikan Patin Tempoyak Frozen

• Gee Lion • 08:42:00 • 21 Sembang
Korang semua nampak tak iklan kat blog ni mengenai Ikan Patin Tempoyak Frozen? Iye, ia adalah projek terbaru keluarga aku yang nampaknya mendapat sambutan hangat di Jengka, Pahang. Sekarang abah nampaknya dah bersedia nak melebarkan sayap perniagaannya dan aku rasa terpanggil nak kongsikan dengan korang kat sini mengenai 'ape ke mendenya Ikan Patin Tempoyak Frozen' ni?


Abah aku mendapatkan ikan-ikan patin ini dari kolam ternakan ayah saudara aku di Kampung Purun, Pahang. Kemudian, disiang siap-siap dan diperap dengan ramuan tempoyak TETAPI..

Ramuan ini bukan jenis biasa-biasa yang korang makan kat kedai tau? Ramuan tempoyak istimewa dan rahsia umi aku ni tiada seorang pun anak-anaknya tahu disebabkan cara penyediaannya yang agak complicated. Macam kakak aku, dia tahu yang asas saja tapi rahsia yang menjadikan kenapa ia begitu sedap di tangan umi aku masih tak dapat dikenalpasti.


Dalam keluarga kami dah jadi macam satu budaya tiap kali pulang dari kampung akan dibekalkan dengan ikan patin tempoyak frozen umi ni. Bukan kitorang je, saudara mara yang datang pun akan dibekalkan makanan yang sama sampai ada pula yang dah pandai repeat order. Bukan saja mudah disediakan tapi juga seperti aku beritahu sebelum ini; rasanya memang SEDAP, CUKUP PEDASNYA dan CUKUP LEMAKNYA. Orang kata apa, rasanya penuh di dalam mulut. ^_^

Dari situlah abah dapat idea nak komersialkan air tangan umi ni. Tak sangka pula dapat sambutan, bermula dari saudara mara, jiran tetangga, kawan-kawan dan mungkin juga anda, satu hari nanti? Sapa tahu, kan?

Cara penyediaan Patin Tempoyak sejuk beku :
  • Nyahbeku/rendam dalam air selama 3 hingga 5 minit
  • Masukkan 300ml atau 1 1/2 cawan air
  • Masak selama 20 minit di atas api yang sederhana
  • Jangan lupa untuk campurkan garam secukup rasa

Salah satu feedback costumer. Don't worry, bab pedas boleh minta nak banyak ke nak kurang ke atau nak yang sedang-sedang je.
Jadi, apa tunggu lagi? Bagi korang yang merantau jauh tu, atau rindu kat air tangan masakan ibu, atau pun duduk di kawasan-kawasan yang akses sukar kepada ikan patin kegemaran anda, atau tak reti nak masak ikan patin masak tempoyak tapi teringin pula nak makan yang panas-panas, atau teringin nak makan tapi malas nak buat, tunggu apa lagi?

Hubungi 017-9842750 atau 016-6865509 di talian sekarang tau! Jom kita sokong pula ikan patin frozen! ^_^

  1. Nyumiieeeee! Nampak sedap ni awak! Boleh la tempah nanti :D

    ReplyDelete
  2. uishh.. ini anak Pahang yang keje merantau, memang kena beli.. pelepas rindu.. anak tak Pahang yang suka patin tempoyak pun boleh beli

    ReplyDelete
  3. Satu yg membanggakan. Menu tradisi yg pasti ada di hati ramai org.

    ReplyDelete
  4. Abah kau memang kreatif lah. Nanti bolehlh kau belajar pulak kan Gee.

    ReplyDelete
  5. Wah nampaknya bisnes semakin maju, teruskan teruskan,,, tapi x makan ikan patin huuu

    ReplyDelete
  6. Wah bestnye Gee
    Sygnya kaknoor jauh sngt lah kt Brunei
    Kalau dkt mmg dh order dh
    Fav kaknoor patin tempoyak

    ReplyDelete
  7. Semoga bisnes keluarga terus berkembang dan dikenali ramai.

    ReplyDelete
  8. pergh, dah ada frozen pnya dah bak hang! memang wajib beli la kalau tiba2 mengidam ni.

    ReplyDelete
  9. wah senangnya...tengok gambar pun terliur sudah,,

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat keluarga Gee! Menapak ke depan selangkah lagi dengan ikan patin tempoyak frozen ni. First time saya tau tentang patin tempoyak frozen ni. Ke memang ni first time orang buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti pulak MD, rasanya saya pernah dengar sebelum nih tapi tidaklah ditempoyakkan. Ikan patin semata ^_^

      Delete
  11. kecur pulak air liur tengok patin tempoyak tu huhu

    ReplyDelete
  12. Sedapnya patin Gee....faveret ni tau walau katanya mak ni org Johor.
    Berapa sebungkus tu Gee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu nanti saya confirm kan dgn abah saya.. tapi kalau kak hainom nak cepat, boleh wassap pada nombor yg saya beri kat atas ^_^

      Delete
  13. Boleh pos ke Gee.. Macam best je.. Teringin pula sha nak cuba..

    ReplyDelete
  14. nampak menyelerakan. kena korek rahsia ummi tu awak. hihihihi

    ReplyDelete
  15. Teringin nak makan...sebab julia suka...hmm dekat area kl boleh cod ke gee

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...