Fana

Bila kau katakan kau terpaksa dan aku menerima dengan hati terbuka. Punyakah garisan untuk mencapai impian kita bersama? Kau mahupun aku, bahkan mana-mana jua manusia inginkan kehidupan yang bahagia. Wang dan harta benda bukan matlamat semata. Aku yakin kau lebih arif dalam menakrifkan dunia fana.

Mungkin hidup ini bukan semata terpaksa. Bukankah hidup ini punya pilihan? Tidakkah kau yakin hidup ini adalah seni untuk mengolah keterpaksaan? Takdir Allah itu pelbagai. Jangan kata kau lari dari takdirNya, bukankah lari itu sendiri adalah takdirNya juga? Tidak terjadi lari kalau tidak tertulis dalam ketetapan sejak Azali lagi.


Sayang, kau buta pada apa yang orang selalu katakan tentang keikhlasan. Jangan kelirukannya dengan kepasrahan. Andai kata setiap perkara menyebabkan kau jadi pasrah, bukankah itu tandanya kau menyerah?

Mengapa kau tidak berjuang bermati-matian? Bukankah itu juga yang Dia mahukan? Di negeri sana yang kekal abadi, apakah yang bakal menjadi jawapanmu nanti?

44 comments:

Unknown said...

Everything is destined for us but that doesn't means we didn't have to make any choices on our own.

Atien said...

Cukup terkesan.

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

dalam maksudnya...

Unknown said...

singgah sini..seperti biasa baca madah2 puitis dr Gee..akeke

Unknown said...

yeah..setiap ape y kite buat kena ada usahanya terlebih dahulu .bukan hanya berserah pd 'takdir' . Tawakal setelah berusaha adalah lebih baik dr pasrah tanpa buat ape2..=)

Vee said...

Hmmm.. Bahasa Gee sgt puitis, sometimes susah nak fhm. Haha. But I kinda get your point here now. I guess you mean kita harus fight for everything.. o.o

Jejari Menaip said...

yup..negeri sana kkl abadi..jgn pernah mengalahkn..

puteri kasih said...

Setiap insan ada takdirnya yang tersendiri, cara kita menerimanya je berbeza. Ada yang pasrah, ada yang redha. :)

Gee Lion said...

Any choices we make is the one that destined for us.
Actually, do we really know what exactly has been destined for us?

Gee Lion said...

ada yang terkena dalam hidup cik atien?

Gee Lion said...

^_^

Gee Lion said...

alhamdulillah.. terima kasih cik Naniey..

Gee Lion said...

Allah takkan ubah nasib seorang hambaNya kalau hambaNya tak cuba ubah sendiri kan.. :-d

Gee Lion said...

I'm sorry for that cicer Vee.
But somehow, I feel so calm when I wrote it this way.. ;)

Setiap pembaca akan ada penilaiannya sendiri.
Dan utk cicer Vee, your point absolutely right..

Gee Lion said...

Jangan mengalah kalau taknak dipersoalkan di kemudian hari..

Gee Lion said...

Betul tu Puteri Kasih.
Tapi katanya.. pastikan sebelum pasrah, kita telah berjuang habis-habisan..

Akupenghibur.com said...

mendalam maksudnya

Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

Gee Lion said...

heee... saya dah vote dah acik.. ^_^

Azhafizah MN said...

Fahami dengan lebih mendalam :)

Anonymous said...

ayat akak gramatis sungguh, sedap je bila baca :)

Mirza Rohizat said...

pandainya tulis bahasa macam ni :)
mula2 cam susah nk paham but i got it!
best ^_^

Gee Lion said...

In shaa Allah.. ^_^

Gee Lion said...

Alhamdulillah.. |o|

Gee Lion said...

tenkiu cik Mirza.. alhamdulillah.. =)

Yana Yani said...

wow, puitisnya!
jujurnya akak baca banyak kali nak faham
apa yang gee cuba sampaikan

tapi akak dapat tangkap here and there
so faham sikit =)

Aqilah Azmi said...

Deep kak gee...
Deeep.................... Hehehhe <3
Thanks kak gee.

Fi said...

Puitisnyaa bahasa Kak Gee . Mendalam sangat maksudnyaa

Anonymous said...

takdir itu indah bila kita tahu hargai. tapi khilaf noda bukan takdir. ianya dari diri. begitu juga hana yang sedang lari. sejauh mana? itu baru takdir. tapi lari? itu kehendak akal dan hati. :')

Liniey Nor said...

jangan menyerah kalah walau beribu ujian yg dtg :)
btw done follow :)

Gee Lion said...

alhamdulillah..
takpe saya faham kalau kak yana tak faham...
:p

Gee Lion said...

You are most welcome cik Qila..
But why thanks? @@,

Gee Lion said...

Opsssssiii... @@,

Gee Lion said...

namun bukankah setiap perkara yg berlaku itu masih dlm lingkungan takdirNya?

Gee Lion said...

Yups you're right.
Thanks for follow.. :3

Vee said...

Its okay.. Do whatever makes you happy. Its ur identity kan :)) And for us yg jiwa sasteranya kurengg, akan cuba memahami.. Hehehekkk.. ;P

Nurulhidayah said...

Kita sentiasa mempunyai dua pilihan.. Mahu atau Tidak.. bila pilihan sudah dibuat, "TAPI" tidak bererti apa-apa

sobri yaacob said...

pilihan? satu kptusan yg skar dibuat! hruskan smuanya dibiarkan takdir yg menentukanya? atau kita perlu brusaha :)

Gee Lion said...

wah.. dalam maksudnya itu cik Nurul.. ada apa-apa ke?

Gee Lion said...

usaha juga salah satu dari bentuk takdirnya en.Sobri..
:p

Mizz Aiza said...

menyerah bukanlah pilihan yang tepat.. setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..

Gee Lion said...

Yups, betul tu kak Aiza.. (:

Anonymous said...

Gee...dlm hidup ini ada takdir yg blh diubah..ada juga yg tidak....waima jodoh pertemuan yg telah ditetapkan sejak azali itupun perlu ada tadbirnya sblm menyerah kpd takdir..ada cara yg islam anjurkan ketika kita tidak berdaya utk membuat keputusan..

Anonymous said...

ya betul kata cik gee. semuanya dalam lingkungan takdirNYA. kerana akal dan hati datang juga dari DIA. :')

Gee Lion said...

Kak Wir, lama menghilang. Ke mana pergi?