Beban

• Gee Lion • 10:00:00 • 50 Sembang
Cuba ambil segelas air.
Pegang.
Ringankan?

Cuba pegang lama-lama.
Seminit.. dua minit.. tiga minit.. lima.. lapan.. sepuluh.. limabelas.. satu jam.. satu hari..

Apa rasanya?
Makin berat kan?
Makin lenguh kan?

Berat gelas air tetap sama sebenarnya, tapi semakin lama kau memegangnya, maka beratnya akan menjadi beban.

Begitulah dengan beban masalah.
Jika kita membawa beban masalah kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Berat itu sentiasa ada justeru apa yang perlu kita lakukan supaya ia tidak berterusan menjadi beban?

Letakkan sekejap gelas air tersebut.
Berehat seketika bersama kitkat
Bernafas perlahan-lahan.
Dan sambung, angkat lagi.


Masalah tidak akan meninggalkan kita. Ia terpulang pada kita untuk membawanya bagaimana. Sesekali cubalah untuk muhasabah diri seketika agar kita merasa lebih kuat, lebih segar dan insha Allah dipertemukan dengan solusinya.

Untuk jawapan untuk entri GELAS sebelum ini, saya memilih komen ini untuk menjawab persoalannya kepada anda semua.

Saya jumpa cerita tentang bagaimana kita tengok hidup kita. Dari atas atau dari bawah? Kalau tengok dari atas memang terasa kosong, tengoklah dari bawah.. sebenarnya banyak nikmat yang kita dah dapat yang mungkin kita tak sedar.
+Ai Syah , 4 Feb @ 2133

Jawapan saya :

Positif adalah apabila merasakan hidup ini sudah penuh secukupnya, negatif adalah apabila melihat hidup ini serba-serbi ada kurangnya!

Sekian. Selamat Hari Ahad.

  1. Stay positive... kadang2 tu lari dari landasan juga... hmmm bekalan zikir 24jam insyaAllah membantu.. peringatan utk diri akak juga ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah kak Mar, stay positive pun dapat membantu kita mengharungi saat-saat beban itu. Especially ditemani dgn zikir, confirm jadi kuat.. terima kasih atas peringatan ye.. =D

      Delete
  2. Yaaaa skong dengan pendapat akak .. Masalah takkan hilang , tapi tengok macam mana cara kita mengatasinyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik fiqah.. alhamdulillah.. muhasabah diri kala masalah melanda lebih penting berbanding fokus pd masalahkan.. :)

      Delete
  3. ha'a..betul sgt2..sy pun terfikir bile bce . gelas y ringan kalo pegang lama2 terasa berat . yeah! such an interesting analogy . =)
    Jgn terlalu merasakan sesuatu mslh tu berat . Sbb segalanya ada solusinya . Keep calm .=)

    eh..jwpn sy terselit di entry ni..hehe..terima kasih . ^_^ .

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're most welcome cik Ai Syah, now that you know, don't forget to stay calm no matter in what condition. Inshaa Allah you'll find the solution.. :)

      Delete
  4. beban itu pasti ringan bila kita berusha untuk membuangnya jauh-jauh.Sebenar diri kita yang suka untuk mencipta sebuah beban yang besar...Hanya dari sekecil2nya akhirnya menjadu besar sehingga kita terasa payah dengan sebuah kehidupan..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang beban itu bukan datang dari kita, tapi dari persekitaran. Tapi ia terpulang pd kita utk melihatnya bagaimana. Bak kata omputeh; It's Not What Happens to You, It's What You Do About It. ;)

      Delete
  5. walau tanpa gelas ditangan cukuplah hanya mengangkat tangan pun lama2 ttp akan terbeban juga... kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. see..? beban masih ada walau macam mana sekalipun.. =)

      Delete
  6. lari dari masalah atau biarkan masalah tanpa selesaikannya bukan jalan yang bijak..
    ap yang penting setiap masalah ad penyelesaiannya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik Mirza. stay positive yups.

      Delete
  7. terima kasih. hana makin faham. semakin faham. tapi kekuatan masih perlukan waktu utk dikumpulkan. biar akan datang tak terduduk terus bila masalah datang bertimpa seperti ombak. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu sentiasa ada utk kita cik Hana.
      gunakan sebaiknya.
      kalau dilengah makin terbuang.
      jika disimpan makin berkesan.
      yg penting cik Hana tahu apa cik Hana lakukan.
      itu saja mencukupi..

      Delete
  8. betul tu...pilihan ada dekat tangan kita sendiri =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi terpulang pd kita nak buat bagaimana kan..?

      Delete
  9. walau ape pun dugaan kita kena hadapi dan bukan lari masalah..setiap permasalahan ada jalan penyelesaian..cuma kita perlu bijak menyelesaikan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lari dari masalah buat masalah tu makin besar je kan? =)

      Delete
  10. satu contoh yang menarik nie...tapi kadang2 ada juga situasi dimana kita tiada tempat untuk meletakkan gelas terbabit..hehehe

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat atas lantai tempat kita berdiri kan ada.. jangan kata takde..

      Delete
  11. Thanks kak gee.
    Thanks................... <3

    ReplyDelete
  12. stay positive...all the thing that you need to do...and keep believe in Allah :)

    ReplyDelete
  13. Kedua dua kata kata tu mmg best ..... menyimpan seribu makna yg penuh pengertian

    ReplyDelete
  14. setiap mslh yg dtg, kita tempuh.
    inshaAllah kita jd lebih berani :)

    ReplyDelete
  15. oh...so kn stay positif la dgn apa yg berlaku dlm hidup kita...dlm erti lain belajar mensyukuri..huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah ceritanya cik Mime. ada masalah, kita sentiasa ada masalah. tapi jangan lupa, sesekali kena berhenti 'muhasabah' diri seketika. kerana diri kita begitu berharga.. hehee.. :3

      Delete
  16. pandanglah maslah itu dari sudut pelbagai sudut yang berbeza.. setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.. sama seperti penyakit yang ada ubatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sesekali terasa berat, rehat seketika bersama kit kat.. =)

      Delete
  17. Masalah tetap masalah.. pada kita untuk melihatnya bagaimana.. kalau berat, beratlah ia, kalau ringan maka ringanlah ia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik Nurul.. moga mendapat ilham hasil dari tulisan ini... =)

      Delete
  18. Makin di simpan makin berat.bercakap tak semudah yg menghadapinya.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepaskan sekali sekala. dah cukup kuat hadap semula..

      Delete
  19. seberat2 air yg dipegang..lagi berat beban yang bakal ditanggung mendatang ! wah puitis :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang macam itulah en.Sobri.. :p

      Delete
  20. Janganlah kita terlalu mengikuti keinginan hati atau nafsu, tapi ikutilah segala apa yg telah dan akan terjadi (keinginan Allah). Lalu terimalah dgn ikhlas sabar dan tawakkal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah cik Ida.. inshaaAllah.. :')

      Delete
  21. think positive.. be positive.. :)

    ReplyDelete
  22. Gee...ada org anggap ujian sebagai satu masalah,apabila ianya dianggap sebagai masalah ianya akan menjadi beban..,akak tk pernah rasa hidup akak bermasalah dan akak tk pernah anggap ujian itu satu beban sebaliknya ianya adalah krn kasihsayangNYA.....,

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukankah kerana kasih sayangNya maka ada ujian tersebut kak Wir, justeru anggapan kak Wir langsung tak salah. bahkan digalakkan utk setiap manusia.. (:

      " Tahu tak apa yg Allah buat bila Dia rindu pada hambaNya? Allah akan kirimkan hadiah istimewa melalui malaikat Jibrail yang isinya adalah ujian dan dugaan hidup. Allah berfirman melalui Malaikat Jibrail "Pergilah kepada hambaku dan kirimkanlah ujian kepadanya sesungguhnya aku rindu akan rintihannya."

      ...

      Delete
    2. Betul tu Gee...Allah rindu dgn rintihan kita sebagai hambaNYA dan sepatutnya kpd Dia kita merintih di setiap saat...ketika mengadapNya...tp akak tgk ramai dikalangan kita yg merintih dn keluh kesah di laman maya ciptaan yahudi ini....akakpun kdg2 tk terkecuali....

      Delete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...