Naga

• Gee Lion • 17:01:00 • 50 Sembang
Dari jauh dia mendengar dan memerhati sang manusia matang yang mengaku dewasa. Mereka adalah darah sepelukannya. Mereka adalah tumpangan rahim bersama. Kadang-kala yang singgah di kuping bukanlah hal yang manis-manis, bukan yang enak. Dan apa yang diperlakukan juga bukan hal yang baik-baik.

Pasernya tidaklah semampai itu pada sang kedaluwarsa. Hati tidaklah semapan itu untuk terus ampuh tanpa dirempuh. Kertas sekali renyuk walau digosok tidak akan lagi kembali ke sosok awalnya. Dan kau mahu bicara soal hati, yang lebih rapuh sifatnya dari si kertas. Ya rapuh, maaf dia tidak sekuat kau.


Mengapa harus bercintakan geliga di mulut naga? Padahal kau sendiri memberitahu naga itu menunggu mutiara di dalam gua? Sedangkan yang ada di depan mata tidak kau jaga sebaiknya?

Dari jauh dia mendengar dan memerhati sang manusia dewasa yang mengaku matang. Ada yang tegang. Ada yang regang. Berlaman-laman helaian pun tiada guna, ada orang depannya manis belakangnya memberitahu seribu satu macam perkara. Namun seteru jauh sekali, kerana nyatanya perasaan hormat itu masih berbaki dalam hati.

  1. suka baca entri kak gee! ayat yang penuh dengan maksud tersirat..

    ReplyDelete
  2. boleh tahan juga cerita ni
    baca banyak kali still tak faham

    ReplyDelete
  3. jangan biarka nnaga menghempus nadanya...berlari ke langit mengejar sesuatu yang realiti

    p/s : harap dapat vote blog acik untuk favorite lifestyle blog di media social awards. cara-cara ada di blog acik

    ReplyDelete
  4. perasaan hormat masih berbaki di dalam hati.. :D

    ReplyDelete
  5. ingat pasal naga raya cina hihi rupa2nya...

    hm
    selalu cemtu.
    Bila dah ada depan mata, tak dihargai.
    Bila hilang baru lah terkial2 nak cari hm

    ReplyDelete
  6. tula,kadang-kadang manusia depan baik,belakang kita tak taw kan :)

    ReplyDelete
  7. I. Dont. Understand. o.O Kiasan power sgt.. Huhuhuh.

    ReplyDelete
  8. hati mmg kdg2 rapuh tapi kdg2 perlu kuat sbb xsemua org phm hati kita . Kalau dibiarkan terus rapuh . Kita y merana . =)

    ReplyDelete
  9. jap2... siapa sang naga ni sebenarnya hehehe

    ReplyDelete
  10. kekadang manusia terlalu fokus terhadap benda lain sampaikan lupa apa yang ada padanya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. kak gee best entry... bila baca mula terbayang masa sekolah kena baca depan semua budak2 kelas dgn guna ayat bahasa melayu sgt :)

    ReplyDelete
  12. manusia matang mengaku dewasa...emmm dewasa tak semestinya matang..kadangkala perkara simple boleh jd rumit..

    ReplyDelete
  13. @Iris JasmineThank you cik Iris.. *blushing blushing*

    ReplyDelete
  14. @yana yani takpe tak faham cik yana..jangan dipaksa diri tu utk memahami.. hehe.. =)

    ReplyDelete
  15. @Aku Penghibur apa yg dikejar rasanya takkan mampu dicapai acik. langit tu terlalu tinggi pd dia.. =)

    p/s : dah vote dah.. :)

    ReplyDelete
  16. @ikhwan yusuff harus.. kena ada rasa hormat pd mereka2 ni..

    ReplyDelete
  17. @Akeyla Azmi dok eh.. hehe.. lumrah sifat manusia kan.. maybe one day, tiba giliran kak gee pula agaknya..

    ReplyDelete
  18. @mirza syazwina biasalah tu.. nak selamatkan diri punya pasal kan..

    ReplyDelete
  19. @Vee Tarleah Ricky takpe.. jangan dipaksa hatimu memahaminya.. mwahaha..

    ReplyDelete
  20. @Ai Syah dia pun tak ingin berterusan mcm tu cik ai syah.. =)

    ReplyDelete
  21. @Kesuma Angsana macam dpt tangkap sesuatu ke di sini? hehe.. >.<

    ReplyDelete
  22. @Azlan Strider kdg2 saya takut saya akan jadi mcm tu juga suatu hari nanti.. :(

    ReplyDelete
  23. @Khai♥Rin : anies silalah google maknanya cik anies.. hihi..

    ReplyDelete
  24. @arina abdul rahman tak ke ada antara kita yg rindu utk berbahasa melayu sepenuhnya? tapi sayang, kita sendiri enggan berbuat macam tu.. saya sendiri pun kdg2.. :(

    ReplyDelete
  25. @Mime MF simple kan? tapi apa yg dipandang simple itu lah yg rumit sebenarnya.. =)

    ReplyDelete
  26. Malam malam mcm ni minda dah tak mampu nak memahami bahasa puitis Gee hehe......yg pasti nak Zzzzz.....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. takpe kak okje.. saya pun kalau ngantok memang otak terus jadi blur.. hihi..

      Delete
  27. hana faham. hana faham. hana rasakannya. manusia sifatnya begitu. saat mutiara depan mata tak pernah dijaga dengan baik. cuba kalau pesaing tu mencuri? kan sudah putih mata? siapa yang susah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka dan keluarga mereka yg susah cik Hana.. =(
      dalam kes dia.. naga diminta keluar pd saat mereka sendiri tak mampu menjaga mutiara yg sedia ada..

      Delete
  28. Kadang2 tu rasa hormat itu dah tak boleh nak tampung2... baik depan mata jeww ada maknalatu... sekali sekala kena bagi sedas dua das api naga tu...bagi sedor sikit he he... in real life kalau ada api mulut naga ni mau terbakar kening yg tebal tu kan :) atau bulu roma je yg tersambar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. ni nak fire naga ke nak naga fire orang yg baik depan mata tu?

      Delete
  29. Ingat naga tahun baru cina..kan tahun kuda..hehee.rupanya naga lain..mana gee dapat gambar animated mcm ni ye,buat sdri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini naga import khas dari negara cina kak atien. @@,
      saya kutip dari weheartit.com
      boleh klik kat gambar tu utk redirect.. :)

      Delete
  30. betul tu kak gee.. tambah budak zaman sekarang kalau type sms.. sampai tak faham apa yg diorang tulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bayangkan tak suasananya dalam 30 tahun akan datang. Masa tu kita masing-masing dah tua. Bahasa apa agaknya yg akan jadi popular dlm kalangan anak cucu kita? Hurmmm..

      Delete
  31. manusia...kerap nampak yg rumit dr yg mudah...kerap lagi suka menyakitkan diri daripada biarkan bahagia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dia tidak mahu melihat orang lain bahagia..

      Delete
  32. Seekor burung ditangan lebih berharga dari seribu burung diangkasa... erkk.. ada kaitan tak? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ada..

      ada ada je cik Nurul ni..
      hehehe. >.<

      Delete
  33. ada maksud tersirat entri ini ya? sekali baca akak tak faham.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tersirat kak aiza.. jangan harap nak faham. mwahahahha..

      Delete
  34. Tak perlu menunggu seseorg itu dewasa atau sempurna utk kita menghormati mereka...hormati mereka sebagai insan..biarpun cuma seorg kanak2 berusia 5 tahun..belajar utk memaafkan setiap kesilapan..dari sini dtg segala2nya Gee ...di sini tempatnya....HATI....

    ReplyDelete
    Replies
    1. " Namun seteru jauh sekali, kerana nyatanya perasaan hormat itu masih berbaki dalam hati.."

      :)

      Delete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...