Ketidakpastian

• Gee Lion • 08:30:00 • 69 Sembang
Kata Dia kepada si Dia..

Hati ini tak mampu disembunyikan lagi. Aku hidup dengan kau di dalamnya setiap hari. Hanya senyuman yang mampu aku lemparkan, tanpa sebarang kata tanpa sebarang usaha.

Dengan setiap langkah aku mendekatimu, hatiku menjadi semakin tidak menentu. Jika rasa ini menjadi beban, aku akan mencari kau lagi, hanya semata-mata ingin kau berada di sisi. Perasaan ini aku belajar menolaknya, kerana aku tahu aku tidak cukup sempurna. Jangan mengasihaniku, kerana yang aku perlukan hanyalah kasih cintamu.

Segalanya akan baik-baik sahaja sebaik aku lelapkan mata. Mungkin hari ini aku akan membenci kau tapi aku akan tetap merindui kau pada hari esok, lusa dan seterusnya.

Setiap malam hanya nombor kau yang aku hubungi. Aku menangis setiap kali menyebut namamu. Tak dapatkah kau menjawab panggilanku? Atau kau sengaja berpura-pura tidak mengetahui mengenai perasaanku? Tidakkah kau tahu bahawa aku semakin derita dengan emosi ini?


Jangan mengasihaniku, kerana yang aku perlukan hanyalah kasih cintamu.

Segalanya akan baik-baik sahaja sebaik aku lelapkan mata dan beradu. Mungkin hari ini aku akan membenci kau tapi aku sentiasa berharap kau akan menjumpai seseorang yang lebih baik dariku.

Kata si Dia kepada Dia..

Maafkan aku kerana tidak mampu mengucapkan I love You dan ucapan I miss You.

Jangan risau tentangku.
Jangan risaukan air mataku.
Aku sentiasa berharap kau akan menjumpai seseorang yang lebih baik dariku.
Lupakan aku dan tetaplah gembira seperti selalu..

Sesetengahnya berkata bahawa sakit itu apabila kau menunggu seseorang. Yang lainnya pula berkata bahawa sakit itu apabila kau ingin melupakan seseorang. Tapi hal yang paling sakit sebenarnya adalah apabila kau tidak pasti, sama ada ingin menunggu atau ingin terus melupakan.

Inspired by : One of my friend's story.

  1. Replies
    1. sedih..
      kalau ada kena mengena dgn kita.
      saya harap, cik anies tak..
      sebab..
      perasaan tu..
      tak best..

      Delete
  2. emmm. memang tengah tak pasti pun sekarang. TT_____TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Nurul,
      Istikharah jangan lupa..
      Mungkin kita tak dapat apa yang kita nak..
      Tapi apa yang kita perlu..
      InshaaAllah Allah akan beri..
      (':

      Delete
  3. Allah selalu ada untuk kita berdoa dan sentiasa meminta kepadanya agar kuatkan hati kita dan kuatkan kita agar tabah hadapi segalanya

    Hari ini last untuk vote, Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah acik.. Saya rasa itu yg kawan saya cuba buat..

      Saya dah vote ^^

      Delete
  4. kak gee.. entry ni best sgt.. arina bagi 4 bintang... ala2 nora danish.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Segala bintang adalah milik Dia.. Heheh.. Comel je awak ni.. Hihi.. <3

      Delete
  5. dalam maksud n3 ni,. apapun kisah cinta & kasih sayang antara insan dh jadi pelengkap dalam hidup setiap insan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia KA..
      Jangan jadi mangsa cinta.
      Fikir apa yg baik utk kedua pihak.

      InshaaAllah dimudahkan segalanya.. (:

      Delete
  6. sabarlah..insyallah one day dia akan mengerti..mungkin dia memang betul2 tidak menyedarinya..

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sebagai pemerhati..
      Bukan dia tidak menyedari.
      Cuma dia tak boleh nak bersama..

      Delete
  7. tak tahu nak cakap apa....cinta kah itu???Memang menyakitkan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapa menyakitkan en.Ikhwan.. ?

      Delete
  8. Deep. Tapi qila sangat suka post ni.......... </3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullah cik Qila..
      Why nak :( :( ?

      Delete
  9. Moga segalanya baek baek sahaja buat teman itu....benar, sakit itu subjektif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan cik Rietta juga.. (:

      Delete
  10. wow, cer lepas ni buat novel pula =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaslah kak Yana..
      But, cop cop cop..
      Kalau saya buat novel and publish, kak Yana nak beli ke?
      Heheh..

      Delete
  11. setiap yg berlaku tu ada hikmahnya..kadang kita sendiri pun susah nak faham...berjalan la seiring masa...InsyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah cik Sally.. InshaaAllah.. (:

      Delete
  12. Kawen jerlah Gee.....pasti tamat segala teka teki....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah.. Nanti saya beritahu dia.. :p

      Delete
  13. memang sakit hari bila tak dapat buat keputusan kan..haha..pernah alami situasi macam nie.. hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe..
      sakit hati rasa an...
      hehehe..

      Delete
  14. menunggu, melupakan atau tak pasti..bila berkaitan dengan hati dan perasaan rasanya semua sgt sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil pil tahan sakit? Okay? Hehehe..

      Delete
  15. perlukan satu saat untuk jatuh cinta, sehari untuk menyayangi, tetapi seumur hidup untuk melupakannya apabila telah berpisah..

    ReplyDelete
  16. Yang paling sakit bila pernah bersama sehati dan sejiwa selepas tu berselisih bagai tak mengenali satu sama lain :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Very awkward situation right.. How a year can really change a person..

      Delete
  17. betul tu..sakit..bila kita tak tahu nak pilih yang mane..takut perasaan menyesal menghantui di kemudian hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu fikir yg dia.. Betul2 tak tahu sakit tu macam mana..
      Hurmm...

      Delete
  18. ketidakpastian sama ada untuk terus menunggu atau melupakan akan membuatkan hati bertambah resah..jadi biarlah masa sahaja yang menentukan. Just go wtih the flow :)

    ReplyDelete
  19. sedih plak hati SA baca nukilan mu ni Gee.....sebab SA juga pernah merasai perasaan kecewa mcm tu...sekarang pun macam menanti sesuatu yang x pasti....pedih hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan yg terbaik utk SA..
      Jangan putus asa dari rahmatNya.
      InshaaAllah Dia akan beri yg selayaknya, sesuai dgn penantian SA.. (:

      Delete
  20. Assalammualaikum gee...indah sungguh ayat2 tu. suka baca :) :) :)

    ReplyDelete
  21. owh cik gee.. saya diam bisu utk bkata2 tapi tangan ligat utk menaip tanpa point :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin diam bisu itu adalah pointnya, ye dak en.Sobri?

      Delete
  22. hana. hana. hana. tersentap bila baca entry nie. ada sesuatu yang hana faham. kerana penyampaiannya hana sedang lalui dan sedang rasai. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaaAllah cik hana, kuat utk melaluinya..
      ada hikmah utk semua penantian ini.

      mungkin sekarang kita tak nampak.
      but some day, we'll see how strong we would be..

      Delete
    2. Mcm mana utk kita kuat sedang kekuatan ITU dia dah bawak lari bersama dengan hati yang dia genggam erat sedangkan saat kita perlukan dia Ada? Betul kata Cik gee. Ungkapan terakhir dalam nukilan INI itulah yang paling sakit. Tak yakin. Dia tak yakin.

      Delete
    3. Some people come in our life as blessings. Others come in our life as lessons. Jangan tersungkur dek manusia yang serba serbi tidak sempurna, kerana Allah lebih mencintai hambaNya yg kuat berbanding hambaNya yg lemah.

      Kan cik Hana?

      dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali.
      dari Dia segala-galanya, kepada Dia juga pulang segala-galanya.
      Bahkan kekuatan juga asalnya dari Dia, macam yang terselit dalam doa dhuha;

      " Kekuatan itu adalah kekuatanMu, perlindungan itu adalah perlindunganMu.."

      Justeru, kalau cik Hana mahukan kekuatan dan perlindungan, berdoalah pada Dia.
      Dia malu andai tidak mengabulkan permintaan hambaNya yg lemah.. :)

      " Jika ia meminta kepadaKu, maka Aku pasti memberinya dan jika ia meminta perlindungan kepadaKu, maka Aku pasti melindunginya.. " (Riwayat Bukhari)"

      Berbaliklah kepada yg Asas, inshaaAllah akan merasa yakin utk berbuat segalanya.. (':

      Delete
  23. adakah ini cinta ? =3 ..
    yeah..hal y paling sakit bile kite tersepit di antara 2 perasaan . Sesuatu y sgt susah nk solve kalau sangkut paut dgn hati . I think la..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati ni, banyak trick manusia kan.. mungkin kata Rancho betul kot, kita boleh trick hati semula?

      Delete
  24. :'( Hmmm sedihnyaaa .. Deep . Sebak jadi huhu

    ReplyDelete
  25. Indah dan syahdu. Ida tak mampu menyusun bait2 kata seperti ini..

    ReplyDelete
  26. rindunya nak baca ayat pelik2 dandelion ni.. walaupun tak faham.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik tapi.. jangan jelik sudah.. Heheh..

      Delete
  27. Pagi-pagi ni, membaca entri yang menyedihkan. Hurmmmm.
    Apapun, ukhwah yang telah terbina, kekalkan. Jangan pernah diputuskan. Siapa tahu suatu hari nanti, ada sesuatu yang berupa hikmah daripada ukhwah itu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas nasihat en.Wan.. InshaaAllah, ada hikmahnya.. (:

      Delete
  28. sakit itu ialah menunggu sesuatu yg tak pasti....

    ReplyDelete
  29. Gee..cinta bertepuk sblh tgn ke?ibarat racun yg penawarnya hanya pd org yg dicintai.....andainya penawar itu tk dpt dimiliki maka menularlah bisa itu keseluruh jiwa...

    Gee...seronok tau disayangi dn dicintai...dirindui oleh ramai lelaki tp soal hati sgt
    sukar utk dimengerti.....

    ReplyDelete
  30. Akak blk dulu...nnti bila ada kelapangan masa,akak dtg lg utk bc entri2 yg akak dh terlepas....insyaAllah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masanya nanti, hati kita kena pilih utk diletakkan di mana. Keputusan ada di tangan kita kan Kak Wir.. Rasanya tak terbanding, bila dicintai oleh seorang lelaki yang menganggap kita adalah dunia dan temannya di syurga..

      Terima kasih kak Wir, sudi singgah ke mari lagi.. InshaaAllah akan berada di laman kak Wir pula selepas ini.. (:

      Delete
  31. Gee.,.apapun perasaan org itu pd kita..yg penting jaga perasaan dn nawaitu kita pd mereka....akak lebih suka menjadi sahabat yg sejati,mendgr keluh kesah mereka dn cuba menyelesaikan masalah...sekurang2nya perasaan mereka lega krn kita sudi mendgr segala cerita dn derita..,.

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...