Santai | Anak Mama

• Gee Lion • 00:15:00 • 22 Sembang
Dhia Asha Fayha.

Jangan pelik ye. Ramai yang macam pelik dengar nama anak aku. Ini semua sebab husband nak juga letak Fayha tu. Konon nak dekat-dekat dengan nama dia. Dhia Asha tu aku yang pilih. Membawa maksud; Cahaya Harapan. Memang betul. Cahaya harapanku untuk aku membina hidup yang lebih baik ^_^

Fayha pula membawa maksud sebagai Harum, Mewangi. Jadi kalau gabungkan makna, jadilah bunyinya Cahaya Harapan yang Harum. Amboi kau. Gitulah kekdahnya. ^_^

Antara simptom awal yang aku alami sebelum kena paksa dengan Kak Eida untuk buat UPT. ^_^
  • Alah bau makanan
  • Takleh makan nasi (3 bulan makan buah, roti & biskut)
  • Alah bau badan husband sendiri (Kesian dia, asal balik kerja je kena marah.. Mwahahaha!)
  • Selalu pening
  • Krem kat pinggang belakang belah kanan
  • Aura kemalasan yg melampau-lampau (Kalau boleh nak baring dan tidur je.. ^_^)
Kebetulan kakak aku selalu datang rumah aku dulu. Dia dah beranak dua, so dia macam faham-faham je walaupun aku menafikan. Aku masih dalam denial state, ko giler aku rasa macam dalam fasa honeymoon lagi kot. Hak3..


Harap jangan ada yang muak sebab lepas ni confirm aku banyak cerita pasal anak aku je dalam blog ni. Maafkan hamba.. Hihi.. Mungkin ada sisi dalam hidup aku sedikit mengecewakan. Tapi yang ini tak terjangkau kegembiraannya. So, I want to enjoy this to the fullest. Faham? Tak faham takpe. Senyum aje.. But don't worry, I will try to tell the story in a balanced way. ^_^

  1. Manisnya senyuman Dhia Asha Fayha :)

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH GEE SUDAH TERIMA ANUGERAH TERINDA YG MENEMANI SISI...COMELNYA BABY

    ReplyDelete
  3. salam ... patutlah lama menyepi rupanya dah ada baby sekarang ... mesti hati berbunga-bunga setiap hari ... sis tergeliat lidah nak sebut ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbunga2 pon ade.. stress pon ade.. mwahahaha..
      mmg mula2 macam tu. dah lama2 jadi biasa sebut.. ^_^

      Delete
  4. banyak alahan kak Gee tapi takpekan lahir je baby ni semuanya manis.. pandai dia senyum..hihihihih..cantik maksud nama tu kak gee.. :D

    ReplyDelete
  5. ehhh... tuan tanah tukar baju untuk blog.. kemas ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi yg tak tersebut kat atas tu.
      alhamdulillah dah selamat pon ^_^
      dia mmg suka senyum, tapi sekali nangis bingit telinga ni.
      masyeh.. nampak je nama panjang, tapi simple je sebenarnya. hehehe..

      kena tukar la baju, baju lama dah lapok kot.. :p

      Delete
  6. kejap. tskk. dulu, pernah ada kawan blogger which is dia pun guna nama GEE. tapi dulu dia kejap ada, kejap tak ada macam chipsmore. is this GEE yang pernah i kenal dulu? if yes, lemme know. if no, its okay. apa salahnya bina connection baru.

    all the simptom yang Gee tulis tu, most of them sy tak rasa sangat. but the last one yang pemalas tahap gaban tu. yes. thats me. sy pun jadi pemalas tahap ya Allah, kenapa ni??? semua malas. malas nak bangun, malas nak iron baju, malas nak mekap. hiskkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh
      kita la tu
      ini pon baru timbul balik
      dah setahun hiatus atas sebab2 tertentu
      keh keh keh
      boleh baca sini utk maklumat lanjut
      https://diaridandelion.blogspot.my/2014/01/blog.html

      terima kasih sebab masih cam kita
      lama tuuuuu.. hihihi.. muachxxx

      dah lama tak baca khabar tia
      tak tahu pula tia pon pregnant yeee
      hehehe
      sama2 dah dewasa dah kita ye
      <3

      Delete
    2. Ya Allah. its u GEE? Tak sangkaaaaaaaaa. of course lah ingattttttt. even tak rapat sangat, Allah izinkam Gee utk terus ada dalam ingatan ni. hehe. btw, ya Allah. Gee dah ada anak? Aaaaaaaaaaaaa!!! Tia yg excited. gosh youuuuuu. langkah bendul ye. hehe. comel sangat baby Gee ni.. ishhh. btw, macam masih tak percaya. Gee yg dulu kejap ada kejap hilang ni dah ada anak rupanya. tahniah Gee. for your wedding, and your new sweetheart. 😘😘😘😘😘

      Delete
    3. of course it's me. mwahahaha
      alhamdulillah, ada sedikit ruang utk saya dlm ingatan tia ye
      terharu jap :')

      langkah bendul?
      idok rasanya..
      sebab semua my sibling dah kawen I je belum
      :p

      terima kasih sekali lagi
      haruslah comel
      ikot mama dia kan
      kikikikiki..
      kan tak percaya
      yg sebenarnya, sy pon tak percaya yang sy akan kawen dan ade anak sebab target nak kawen lewat nak fokus pada kerjaya
      tapi tup2 lain kesudahannya
      takdir Allah tak dapat nak dijangka
      penuh misteri
      thank you ye tia ^_^
      congrats on your marriage life too!

      ps : kejap ade kejap takde macam chipsmore kan.. sedap dimakan! hihi!

      Delete
  7. Tahniah!

    Tiba-tiba teringat bau baby tapi honestly speaking, cukup sudahlah pengalaman jaga baby ^_^

    Selamat menempuhi segala yang disebut di atas tu. Memanglah meletihkan tapi nikmatnya, tak dapat ditukar ganti dengan apa sekalipun dalam dunia ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mummy
      yelah bukan senang nak jaga baby
      kena kuat mental fizikal
      rehat2 la mummy
      hihi

      terima kasih ye mummy!
      ^_^

      Delete
  8. Pandai si tecik tu genyit mata yer..chumels

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kalau nampak org pegang tipon
      mulalah merenyeh2
      haha
      ^_^

      Delete
  9. comel nama tu..suka juga dengan nama fayha..bunyi lembut

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..
    Tahniah ye..
    such a sweet baby and sweet name..
    Simptom2 alahan tu yang last je sama tapi selalu menyerang bila petang.. Ini masa mengandung anak pertama..
    Balik je kerja memang malas tahap gaban.. nak tido je..

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...