Palsu

• Gee Lion • 11:44:00 • 22 Sembang
Realiti dan dia bukan teman yang baik. Walau Realiti sudah melakukan apa saja untuk membuat si dia gembira, namun si dia tetap merasakan Realiti sengaja mempergunakan dia. Dia juga merasakan bahawa dia sudah buat apa saja agar Realiti baik pada dia, tapi Realiti masih tetap menyusahkan dia.

Oleh sebab itu, dia selalu berakhir berkawan dengan Imaginasi. Entah kenapa, Imaginasi begitu baik pada dia. Apa yang dia mahu semua Imaginasi boleh tunaikan. Daripada berbaring di rumpunan hijau yang menenangkan hinggalah terbang ke langit biru bersayapkan burung-burung merpati yang berkicauan merdu, dia merasa Imaginasi adalah segalanya. Sehingga dia enggan berkawan dengan Realiti lagi.

Realiti merasa sangat hampa. Dari hari ke hari, Realiti bertambah hiba ditinggalkan si dia. Dari hari ke hari, Realiti bertambah sendu dan sedu. Realiti menderita. Realiti merana. Realiti kepingin agar dia diberikan perhatian. Bermacam-macam hal yang menimpa Realiti, namun si dia tegar menutup mata memekakkan telinga. Si dia bosan dengan karenah Realiti yang disifatkannya cendela dan cela.


Imaginasi hanya tersenyum. Permainannya berjaya membuatkan si dia lupa akan Realiti. Sebenarnya, Imaginasi hanya berpura-pura supaya si dia merasa bahagia sementara. Sedangkan Imaginasi mempunyai misi yang tersendiri untuk membuat si dia JATUH di kemudian hari.

Hakikatnya, Realiti adalah kebenaran dan Imaginasi adalah suatu kepuraan, suatu kepalsuan yang nyata.

  1. realiti itu yg hrus kita hadapi..xslh untuk berimiginasi tapi jgn terbawa dan tertipu dalam dunia realiti..

    ReplyDelete
  2. betul .realiti adalh kenyataan hari ni & imaginasi cuma khayalan yg belum tentu dpt digapai :)

    ReplyDelete
  3. Walau pahitpun realiti itu,kena hadapinya...imaginasi hanya memusnahkan diri.....tp ada org yg suka hidup dgn imaginasi...akak sedih melihatnya...tak mampu berbuat apa2,hanya berdoa dr jauh.....

    ReplyDelete
  4. Imaginasi tak serupa realiti. Realiti lebih byk mengajar tentang hidup berbanding imaginasi yg cuma khayalan sementara. Cewah~ Huhu

    ReplyDelete
  5. suka sangat entri ini,,mempunyai maksud yang sangat mendalam

    ReplyDelete
  6. hee..suka pulak tgk gambar tu byk2 kali:)

    ReplyDelete
  7. @Wirda Amir kronik dah tu kak Wir, kita doakan lah yg terbaik utk saya eh dia.. hehe.. :p

    ReplyDelete
  8. @Mime MF amboi cik Mime.. tapi betul apa cik Mime tu cakap. entri ni khas utk orang yg masih hidup dlm bayangan imaginasi..

    ReplyDelete
  9. @Aku Penghibur harap dpt memahami dgn mendalam juga.. kalau dpt hadam, acik memang terbaik!

    ReplyDelete
  10. realiti dan imiginasi.. mcm yin dan yang ;-)

    ReplyDelete
  11. realiti dan imiginasi harusnya seimbang supaya kita tidak hanyut..hehehe

    p/s: follow sini

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. tak reti nak komen, tapi suka baca.. :)

    ReplyDelete
  13. Realiti adalah kebenaran dan Imaginasi adalah suatu kepuraan, suatu kepalsuan yang nyata.

    ReplyDelete
  14. @Khai♥Rin : anies saling melengkapkan.. tapi saling membahayakan.. (:

    ReplyDelete
  15. @Azlan Strider oleh itu jgn lupe sediakan pelampung ye en Azlan..

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...