Jauh

• Gee Lion • 22:42:00 • 6 Sembang
Dia terasa ingin pergi. Jauh dari sini. Tapi dia bimbang.. dia tahu bekalan yang dia ada belum mencukupi. Kalaulah semudah itu untuk meninggalkan sesuatu, pasti dialah insan pertama yang sudi menyunting nadi.

Dia tahu, dia hanya pemikir sejati yang berlebihan. Tiada apa yang dapat dilakukan dengan penyakitnya itu. Meski dia mencuba berusaha berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku, namun gangguan delusi itu menjeratnya. Dia mengalah dan dikalahkan oleh keadaan. Kerap kali bayangan itu datang memanggilnya dia semula, dia terpuruk di tepi sudut itu. Menyerah dan menunggu pertolongan.


Dia tidak ingin menjadi beban. Pada orang lain, pada dirinya sendiri. Dia penat. Dia terasa ingin pergi. Jauh dari sini.

  1. Tiada sakit yg tiada ubatnya...usaha@ikhtiar kemudian berdoa dan tawakkal.....

    ReplyDelete
  2. kadang ika juga teringin untuk "pergi"...pergi menyendiri...

    ReplyDelete
  3. @Affy Afiqah tak salah nak pergi kan? cuma jgn lupa jalan 'pulang'.. (:

    ReplyDelete
  4. Kesakitan akan lebih sakit lagi bila dipekam.. disini, kita bole luahkan segalanye.. b strong :)

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...