Ketidakpastian

Kata Dia kepada si Dia..

Hati ini tak mampu disembunyikan lagi. Aku hidup dengan kau di dalamnya setiap hari. Hanya senyuman yang mampu aku lemparkan, tanpa sebarang kata tanpa sebarang usaha.

Dengan setiap langkah aku mendekatimu, hatiku menjadi semakin tidak menentu. Jika rasa ini menjadi beban, aku akan mencari kau lagi, hanya semata-mata ingin kau berada di sisi. Perasaan ini aku belajar menolaknya, kerana aku tahu aku tidak cukup sempurna. Jangan mengasihaniku, kerana yang aku perlukan hanyalah kasih cintamu.

Segalanya akan baik-baik sahaja sebaik aku lelapkan mata. Mungkin hari ini aku akan membenci kau tapi aku akan tetap merindui kau pada hari esok, lusa dan seterusnya.

Setiap malam hanya nombor kau yang aku hubungi. Aku menangis setiap kali menyebut namamu. Tak dapatkah kau menjawab panggilanku? Atau kau sengaja berpura-pura tidak mengetahui mengenai perasaanku? Tidakkah kau tahu bahawa aku semakin derita dengan emosi ini?


Jangan mengasihaniku, kerana yang aku perlukan hanyalah kasih cintamu.

Segalanya akan baik-baik sahaja sebaik aku lelapkan mata dan beradu. Mungkin hari ini aku akan membenci kau tapi aku sentiasa berharap kau akan menjumpai seseorang yang lebih baik dariku.

Kata si Dia kepada Dia..

Maafkan aku kerana tidak mampu mengucapkan I love You dan ucapan I miss You.

Jangan risau tentangku.
Jangan risaukan air mataku.
Aku sentiasa berharap kau akan menjumpai seseorang yang lebih baik dariku.
Lupakan aku dan tetaplah gembira seperti selalu..

Sesetengahnya berkata bahawa sakit itu apabila kau menunggu seseorang. Yang lainnya pula berkata bahawa sakit itu apabila kau ingin melupakan seseorang. Tapi hal yang paling sakit sebenarnya adalah apabila kau tidak pasti, sama ada ingin menunggu atau ingin terus melupakan.

Inspired by : One of my friend's story.

68 comments:

dear anies said...

sedih nyer ayat yg last tu

Pwincess said...

emmm. memang tengah tak pasti pun sekarang. TT_____TT

Akupenghibur.com said...

Allah selalu ada untuk kita berdoa dan sentiasa meminta kepadanya agar kuatkan hati kita dan kuatkan kita agar tabah hadapi segalanya

Hari ini last untuk vote, Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

Unknown said...

kak gee.. entry ni best sgt.. arina bagi 4 bintang... ala2 nora danish.. hehehe

Anonymous said...

dalam maksud n3 ni,. apapun kisah cinta & kasih sayang antara insan dh jadi pelengkap dalam hidup setiap insan !

Azlan Strider said...

sabarlah..insyallah one day dia akan mengerti..mungkin dia memang betul2 tidak menyedarinya..

Regards.
-Strider-

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

sabar...

Jejari Menaip said...

tak tahu nak cakap apa....cinta kah itu???Memang menyakitkan.....

Aqilah Azmi said...

Deep. Tapi qila sangat suka post ni.......... </3

HeNRieTTa JoSe said...

Moga segalanya baek baek sahaja buat teman itu....benar, sakit itu subjektif...

Yana Yani said...

wow, cer lepas ni buat novel pula =)

Sally Samsaiman said...

setiap yg berlaku tu ada hikmahnya..kadang kita sendiri pun susah nak faham...berjalan la seiring masa...InsyaAllah :)

OKje said...

Kawen jerlah Gee.....pasti tamat segala teka teki....

Unknown said...

memang sakit hari bila tak dapat buat keputusan kan..haha..pernah alami situasi macam nie.. hiii

Mime MF said...

menunggu, melupakan atau tak pasti..bila berkaitan dengan hati dan perasaan rasanya semua sgt sakit...

Mizz Aiza said...

perlukan satu saat untuk jatuh cinta, sehari untuk menyayangi, tetapi seumur hidup untuk melupakannya apabila telah berpisah..

Nurulhidayah said...

Yang paling sakit bila pernah bersama sehati dan sejiwa selepas tu berselisih bagai tak mengenali satu sama lain :(

Unknown said...

betul tu..sakit..bila kita tak tahu nak pilih yang mane..takut perasaan menyesal menghantui di kemudian hari..

puteri kasih said...

ketidakpastian sama ada untuk terus menunggu atau melupakan akan membuatkan hati bertambah resah..jadi biarlah masa sahaja yang menentukan. Just go wtih the flow :)

Atien said...

Ehemm.ehemm :D

Suria Amanda said...

sedih plak hati SA baca nukilan mu ni Gee.....sebab SA juga pernah merasai perasaan kecewa mcm tu...sekarang pun macam menanti sesuatu yang x pasti....pedih hati...

Liza Aryanna Izaara said...

Assalammualaikum gee...indah sungguh ayat2 tu. suka baca :) :) :)

sobri yaacob said...

owh cik gee.. saya diam bisu utk bkata2 tapi tangan ligat utk menaip tanpa point :)

Anonymous said...

hana. hana. hana. tersentap bila baca entry nie. ada sesuatu yang hana faham. kerana penyampaiannya hana sedang lalui dan sedang rasai. :')

Mirza Rohizat said...

kenapa ni..tak mo sedih2 taw :')

Unknown said...

adakah ini cinta ? =3 ..
yeah..hal y paling sakit bile kite tersepit di antara 2 perasaan . Sesuatu y sgt susah nk solve kalau sangkut paut dgn hati . I think la..=)

Fi said...

:'( Hmmm sedihnyaaa .. Deep . Sebak jadi huhu

Scripters said...

Indah dan syahdu. Ida tak mampu menyusun bait2 kata seperti ini..

Chic Na said...

rindunya nak baca ayat pelik2 dandelion ni.. walaupun tak faham.. hehe..

wanariahamiza said...

Pagi-pagi ni, membaca entri yang menyedihkan. Hurmmmm.
Apapun, ukhwah yang telah terbina, kekalkan. Jangan pernah diputuskan. Siapa tahu suatu hari nanti, ada sesuatu yang berupa hikmah daripada ukhwah itu. :)

Kamsiah yusoff said...

sakit itu ialah menunggu sesuatu yg tak pasti....

Anonymous said...

Gee..cinta bertepuk sblh tgn ke?ibarat racun yg penawarnya hanya pd org yg dicintai.....andainya penawar itu tk dpt dimiliki maka menularlah bisa itu keseluruh jiwa...

Gee...seronok tau disayangi dn dicintai...dirindui oleh ramai lelaki tp soal hati sgt
sukar utk dimengerti.....

Anonymous said...

Akak blk dulu...nnti bila ada kelapangan masa,akak dtg lg utk bc entri2 yg akak dh terlepas....insyaAllah.....

Gee Lion said...

sedih..
kalau ada kena mengena dgn kita.
saya harap, cik anies tak..
sebab..
perasaan tu..
tak best..

Gee Lion said...

Cik Nurul,
Istikharah jangan lupa..
Mungkin kita tak dapat apa yang kita nak..
Tapi apa yang kita perlu..
InshaaAllah Allah akan beri..
(':

Gee Lion said...

InshaaAllah acik.. Saya rasa itu yg kawan saya cuba buat..

Saya dah vote ^^

Gee Lion said...

Alhamdulillah.. Segala bintang adalah milik Dia.. Heheh.. Comel je awak ni.. Hihi.. <3

Gee Lion said...

Itulah dia KA..
Jangan jadi mangsa cinta.
Fikir apa yg baik utk kedua pihak.

InshaaAllah dimudahkan segalanya.. (:

Gee Lion said...

Saya sebagai pemerhati..
Bukan dia tidak menyedari.
Cuma dia tak boleh nak bersama..

Gee Lion said...

Iye.. (:

Gee Lion said...

Mengapa menyakitkan en.Ikhwan.. ?

Gee Lion said...

Alhamdullah cik Qila..
Why nak :( :( ?

Gee Lion said...

Setuju dengan cik Rietta juga.. (:

Gee Lion said...

Malaslah kak Yana..
But, cop cop cop..
Kalau saya buat novel and publish, kak Yana nak beli ke?
Heheh..

Gee Lion said...

InshaaAllah cik Sally.. InshaaAllah.. (:

Gee Lion said...

Hahah.. Nanti saya beritahu dia.. :p

Gee Lion said...

tau takpe..
sakit hati rasa an...
hehehe..

Gee Lion said...

Ambil pil tahan sakit? Okay? Hehehe..

Gee Lion said...

I think so Kak Aiza.. (:

Gee Lion said...

Very awkward situation right.. How a year can really change a person..

Gee Lion said...

Saya selalu fikir yg dia.. Betul2 tak tahu sakit tu macam mana..
Hurmm...

Gee Lion said...

Give time..
Some time..
Right?

Gee Lion said...

Apa... Hehehe..

Gee Lion said...

Saya doakan yg terbaik utk SA..
Jangan putus asa dari rahmatNya.
InshaaAllah Dia akan beri yg selayaknya, sesuai dgn penantian SA.. (:

Gee Lion said...

Alhamdulillah cik Liza.. (:

Gee Lion said...

mungkin diam bisu itu adalah pointnya, ye dak en.Sobri?

Gee Lion said...

inshaaAllah cik hana, kuat utk melaluinya..
ada hikmah utk semua penantian ini.

mungkin sekarang kita tak nampak.
but some day, we'll see how strong we would be..

Gee Lion said...

tak lah cik miza.. hehe..

Gee Lion said...

hati ni, banyak trick manusia kan.. mungkin kata Rancho betul kot, kita boleh trick hati semula?

Gee Lion said...

cik Fiqah pernah lalui kah?

Gee Lion said...

Alhamdulillah cik Ida.. (:

Gee Lion said...

Pelik tapi.. jangan jelik sudah.. Heheh..

Gee Lion said...

Terima kasih atas nasihat en.Wan.. InshaaAllah, ada hikmahnya.. (:

Gee Lion said...

memang sakit kan... (':

Gee Lion said...

Ada masanya nanti, hati kita kena pilih utk diletakkan di mana. Keputusan ada di tangan kita kan Kak Wir.. Rasanya tak terbanding, bila dicintai oleh seorang lelaki yang menganggap kita adalah dunia dan temannya di syurga..

Terima kasih kak Wir, sudi singgah ke mari lagi.. InshaaAllah akan berada di laman kak Wir pula selepas ini.. (:

Anonymous said...

Mcm mana utk kita kuat sedang kekuatan ITU dia dah bawak lari bersama dengan hati yang dia genggam erat sedangkan saat kita perlukan dia Ada? Betul kata Cik gee. Ungkapan terakhir dalam nukilan INI itulah yang paling sakit. Tak yakin. Dia tak yakin.

Gee Lion said...

Some people come in our life as blessings. Others come in our life as lessons. Jangan tersungkur dek manusia yang serba serbi tidak sempurna, kerana Allah lebih mencintai hambaNya yg kuat berbanding hambaNya yg lemah.

Kan cik Hana?

dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali.
dari Dia segala-galanya, kepada Dia juga pulang segala-galanya.
Bahkan kekuatan juga asalnya dari Dia, macam yang terselit dalam doa dhuha;

" Kekuatan itu adalah kekuatanMu, perlindungan itu adalah perlindunganMu.."

Justeru, kalau cik Hana mahukan kekuatan dan perlindungan, berdoalah pada Dia.
Dia malu andai tidak mengabulkan permintaan hambaNya yg lemah.. :)

" Jika ia meminta kepadaKu, maka Aku pasti memberinya dan jika ia meminta perlindungan kepadaKu, maka Aku pasti melindunginya.. " (Riwayat Bukhari)"

Berbaliklah kepada yg Asas, inshaaAllah akan merasa yakin utk berbuat segalanya.. (':

Anonymous said...

Gee.,.apapun perasaan org itu pd kita..yg penting jaga perasaan dn nawaitu kita pd mereka....akak lebih suka menjadi sahabat yg sejati,mendgr keluh kesah mereka dn cuba menyelesaikan masalah...sekurang2nya perasaan mereka lega krn kita sudi mendgr segala cerita dn derita..,.