Dalam hal rumah tangga bila pasangan bermasalah, keluarga cenderung memainkan peranan menjadi orang tengah. Keadaan akan menjadi lebih tegang apabila keluarga iaitu adik beradik yang ditugas memainkan peranan akhirnya cenderung menjadi juri dan mula mencari siapa yang salah berbanding 'apa' yang salah. Sifat cenderung menyebelahi ahli keluarga sendiri sedikit sebanyak berjaya mengaburi pandangan dan penilaian (perlukah penilaian ini?) dan akhirnya daripada menjadi orang tengah; bertukar menjadi orang ketiga yang meranapkan hubungan pasangan itu sendiri tanpa disedari.
Aku teringat suatu insiden yang berlaku sehingga abah aku mengeluarkan perkataan keramat dia.
"Awak dah tahu pokok tu berduri, tapi awak nak panjat juga.. "
Abah aku memang tak pernah mencampuri urusan rumah tangga anak-anak mungkin sebab itu kami dah terbiasa dengan cara tersebut. Bukan untuk membiarkan keadaan adik-beradik menjadi lebih meruncing tapi seperti kata abah, bukan taknak tolong tapi memang tak boleh tolong. Katanya biar itu menjadi pembentuk kepada pengalaman orang itu sendiri. Bahkan tidak guna mengetahui aib atau kelemahan orang lain kerana akhirnya hanya akan mengundang rasa ketidakselesaan dalam hubungan kekeluargaan itu sendiri.
Benarkan, kadang-kadang apa yang berlaku dalam hidup ini bukan perlu difahami, tetapi hanya untuk diterima.
36 comments:
KAUNSELING KEKELUARGAAN NI XBERAPA RETI JUGA...TAPI PENYELESAIAN KPD MASALAHNYA TETAP PERLU DICARI.
Apa yang terjadi dalam rumahtangga kakcik, ibubapa kakcik tak mahu turut menyibuk. Sekarang bila kakcik punya menantu, rumahtangga anak menantu kakcik juga bukanlah untuk kakcik menjadi mak sibuk...
Nasihat diberi bila diminta bukan menunjuk pandai dengan alasan 'terlebih dahulu makan garam'.
kadang2 orang tengah sebenarnya tak membantu langsung, mengeruhkan keadaan lagi adalah....
"Kadang-kadang apa yang berlaku dalam hidup ini bukan perlu difahami, tetapi hanya untuk diterima"
SAYA SETUJU SANGAT DENGAN AYAT NI :')
Setuju Gee.. biarlah mereka sendiri membentuk rumahtangga yang dibina, bila diminta pandangan maka berilah yang seikhlasnya tanpa bias pada mana-mana pihak
Singgah pagi....
Keperluan org tengah bergantung kepada pemasalahan yg di hadapi...
sebab tidak semua masalah boleh selesai dengan ade nya org ke-3..
Lelagi hal rumahtangga yang perlu kita jaga aib dan maruah sesama pasangan..
walaupun adik beradik..walaupun mak ayah...
setiap permasalahan itu pasti akan ade jalan penyelesaian yang kita kena carik sendiri..
supaya ianya akan menjadi pengajaran dan pengalaman pada kita :)
setuju dgn kata2 abah tu
Kakak salute dgn abah yg punya pendirian begitu.
Pada kakak memang sebaiknya kalau tak boleh jadi org tengah jgn jadi juri. Apa lagi kalau judgmental berat sebelah akan terjadi tanpa disedari. Lumrah berumah tangga seperti selalu dikatakan - kalau takut dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai. Tapi tak selalu laut bergelora. Bila lautan tenang pelayaran indah akan lebih banyak dinikmati bersama...
betul tu kak. hal rumahtangga tak sepatutnya cerita kat org lain. lebih elok berbincang sesama sendiri je bila nak selesaikan masalah yg macam ni
betul tu.. susah jadi orang tengah ni.. kdg2 dlm berkawn pun, mati akal jugak kalau jd org tengah konon2 nya nk slamatkan tpi bukan selmat, lgi dasyt lg ada.. zz kalau dpt elak jd org tengah , mmg zz elak.. nk elak risko mcm yang abah akak ckp lah..
setuju. saya harap suatu hari nanti dapat suami dan keluarga yang jenis memahami. tidak terlalu masuk campur dalam masalah rumah tangga anak-anak. berdikari. belajar untuk menyelesaikan masalah sendiri tanpa melibatkan orang lain
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Mungkin caranya tak sama antara satu sama lain. Begitu juga dengan peranan orang tengah. Maksud akak....tak semua perkara harus diselesaikan melalui orang tengah...bergatung pd masalah jugak.
Jika sudah tidak mampu, mungkin boleh dapatkan khidmat nasihat pegawai agama..
Biarlah mereka yg mencorakkannya. Kasut setiap orang lain saiz, lain bentuknya kan. =)
Mungkin niat asal utk membantu, namun akhirnya bertukar menjadi haru biru.. Erk.. masalah yg satu akhirnya menjadi sepuluh ke dua puluh..
Pandangan yg terhad dari pengalaman orang yg telah merasa. Kadang2 isi pengalaman itu berbeza walaupun masalahnya nampak serupa..
Saya setuju dgn point anda.. Hak3..
terima kasih.. :)
Benar, lumrah alam rumah tangga. Pasti ada geloranya. Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri kan. Sebolehnya perihal orang tengah ini perlu dihindarkan selagi mampu. Khidmat kaunselor dari pegawai agama mungkin lebih membantu.. Itulah, tika lautan tenang sudah tentu pelayaran akan menjadi lebih indah utk dinikmati bersama.. (:
yups, the the main point is. =)
dalam berkawan, kalau jadi orang tengah lagi banyak kesan buruk drpd baiknya zz. lagi sakit hati bila kita dah tolong jadi orang tengah utk depa, once depa dah reconcile tinggallah kita pulak terkulat2. i've been there and that's the worst moment in my life.
inshaAllah.. aamiin..
yups, perihal yg sangat subjektif. sebab itu perlukan percaturan yg tepat. once tersadung, memang susah nak betulkan balik..
betul tu. org lebih nak tahu siapa punca masalah drp mana masalah datang. sbb tu tak selesai masalah. tagi bertambah masalah
formula penyelesaian masalah yg salah.. HUHU
ni bercakap dari pengalaman..pasangan berkahwin seeloknya cuba selesaikan masalah sendiri, tapi ada satu tahap bila benda tu dah kritikal, kita kena bagitau mak ayah. jangan dah terlambat sangat baru nak bukak cerita, masa tu dah takde sape yang boleh tolong..
belajar berdikari, duduk rumah sendiri
jangan duduk dengan family seperti akak dulu
lepas tu kita akan belajar cara menyelesaikan masalah
tanpa penglibatan orang tengah
percaya, kalau orang tengah terlibat...thing will be even worse!
sentiasa bertolak ansur, tak kira kita betul atau salah
pengalaman akak, tahun pertama sememang sangat mencabar! =)
Akak pun berpendapat sebegini. Kalau perlu sangat orang tengah, cari pihak yang tidak berbelah bahagi. Maknanya orang luar yang boleh nilai masalah kita dan beri pandangan yang baik. Kalau tak mampu jumpa kaunselor, dapatkan khidmat nasihat di pejabat agama.
Bagi akak kalau berlaku masalah dalam rumah tangga, ahli keluarga (tidak kiralah dari pihak mana) tidak wajar masuk campur. Keadaan boleh jadi bertambah keruh. Masalah tak selesai, datang pula masalah lain.
Inilah yg saya cuba fahamkan pd 'orang' tersebut. Maka terhasillah entri ini. Saya harap 'orang' tersebut, membacanya..
Ada juga jadi macam tu ye? Kaget pulak membacanya. HUHU
Alhamdulillah, saya seusai saja kahwin memang duduk rumah sendiri.
InshaAllah harap semuanya baik-baik saja. Sapa yg mahu rumah dibina dilambung ombak kan.
HUHU
Jadi beranak-pinak pula masalah tu kan. HUHU
But for those yang dah terlanjur terlibat tu, kena cekalkan hatilah kan.
Sebab memang susah nak tutup mulut mereka yg terlibat-terlibat tu. HURM
benar. tapi kadang2 manusia ni terlalu mengikut emosi berbanding akal. moga kita guna akal utk kawal emosi.
maybe sebab CT belum berkeluarga.. jadi dari pov seorang yg dah berkahwin x nampak sngt.. tp based on pemerhatian marriage life emak n ayah.. families both sides pun mmg x masuk campur..
ye betul tu.. tapi kak gee akui, kadang kala emosi kak gee pun melebihi akal logik kak gee sendiri..
Seeloknya begitulah persekitaran keluarga yg harmoni. Bukan bersikap individu tapi masalah orang, takyahlah campur. Kan kan kan..
Post a Comment