Kisah Nasir

Membaca entri PI membuatkan aku teringat pada sebuah kisah yang dialami oleh seorang pemuda ketika usianya 25 tahun. Sebenarnya, aku ada merakam cerita ni dari mulut ayah aku sendiri tapi entah macam mana rakaman tu hilang. Jadi aku tulis apa yang aku ingat sajalah ye.

Kisahnya berlaku di antara Jengka 14 dan Bukit Lada. Ketika itu syarikat menggunakan tenaga orang muda untuk menarah bukit-bukit demi mendapatkan hasil pembalakan. Nasir (bukan nama sebenar) adalah salah seorang darinya.

Kata Nasir pada hari tersebut, memang terasa agak sedikit pelik. Biasalah kata orang, apabila musibah ingin mengenai kita pasti kita diberi petanda terlebih dahulu. Gelas pecah ke, jantung rasa berdebar-debar ke. Nasir sedang cuba menumbangkan satu pokok apabila secara tiba-tiba keadaan di sekellingnya terasa gelap. Rupanya, ada satu pokok balak yg maha besar menimpa Nasir.

Nasir pengsan. Tak sedarkan diri.

Dia kemudiannya tersedar, setelah tiga bulan koma di atas katil sebuah hospital.


Nasir mengalami kecederaan kaki yang teruk. Dia juga kehilangan darah yang banyak. Dengan perkembangan teknologi perubatan sekitar tahun 70-an, doktor hanya memasang plat besi pada kaki Nasir dan menebuk bahagian rusuk kiri Nasir untuk mengeluarkan darah beku yang terkumpul. Disebabkan kumpulan darah Nasir adalah dari jenis rare, pihak hospital mengalami kesukaran mendapatkan tabung darah sejenisnya.

Kemasukkan bergelen untuk menggantikan darahnya yang banyak hilang memberi banyak kesan kepada perubahan mood Nasir. Yelah, kita tak tahu darah dari orang manakan? Sejauh mana kaitan darah dengan sifat seseorang pun aku tak pasti. Cuma kata Nasir, dirinya berubah sejak kejadian itu. Dahulu, dia ni pemalu orangnya. Cakap pun jenis sopan. Pendiam. Tetapi, selepas kejadian tersebut dirinya berubah jadi panas baran. Pemarah. Bila dah tua ni dia slow sikit. Kalau tak, masa muda dulu.. dengar bunyi motor Nasir pun aku dah mencunghat lari masuk bilik. Mwahahaha.


Nasir menghabiskan masa berbulan-bulan lamanya di hospital. Sempatlah dia bermain kenyit-kenyit mata dengan nurse kat situ. Kebetulan, Nasir pun agak kacak orangnya. Kata Nasir, lihat dari gaya memang nampak nurse yang comel seperti Hang Li Po tu serius dengannya. Tapi Nasir jual mahal.. Eleh, bajet aku percaya.......

Suatu hari, kakak Nasir atau mesra dipanggil sebagai Kak Besar berhasrat membawa Nasir berjumpa perawat alternatif. Seperti dijangka, doktor menentang habis-habisan keputusan tersebut. Nasir dan Kak Besar diberi amaran oleh doktor berkenaan kaki Nasir yang memang serius cedera teruk sehingga peluang untuk menyembuhkannya pun agak tipis.

Disebabkan itu sebelum Nasir meninggalkan hospital, berbagai-bagai borang kena tandatangan. Mungkin doktor tidak mahu dipersalahkan seandainya berlaku apa-apa ke atas Nasir selepas itu kerana keluar wad awal tanpa kebenaran dan tidak mengendahkan nasihat doktor. Nasir sempat tambah, masa nak keluar tu memang nampak air muka nurse tersebut agak kecewa. Eleh lagi...

Panjang bebenor kisahnya. Kita sambung lagi di lain hari ^_^


28 comments:

paridah said...

TAK SABAR NK BACA SAMBUNGAN KISAH NASIR SETERUSNYA...BUKIT LADA TU KWSN YB SARIAH KAMISO SUATU MASA DULU KAN

Kakzakie Purvit said...

Alahai Gee... habiskan sekali harunglah kakak ni kadang terlepas pandang tak dpt tahu kisah selanjutnya. SO.... pls lets kakak know bila sambung kisah ini.

Sha Mohamed said...

Owh.. ada perubahan sikap ye.. Hurm mungkinkah berkaitan...
Apa agaknya yang jadi pada Nasir???

Mummydearie said...

Arghhh! Potong stim! Tengah syok membaca tetiba kena tunggu sambungan!

Okey, takpa! Nanti kita datang lagi baca sambungan pulak ^_^

suka suka said...

Cepat Gee sambung kisah Nasir.. tertanya-tanya apa jadi bila kluar hospital

Julia Johari said...

Kisah nasir ni sgt ditakuti...kisha balak yang menimpanya...mujur tak meninggal...huhhh bahaya betul

Sally Samsaiman said...

Cuak pulak la si nasir ni...cepat la sambung kak oii...dia buat cerpen pulakkk

Warisan Petani said...

Saspen.
Macam cerita bersirilah pulak.

Zafirah Kama said...

hahaha.. part sign2 tu macam crita klaka je ni...

Kamsiah yusoff said...

laaa..terputus pulak tengah syok2 baca..cepat la buat sambungannya kisah abg Nasir ni hehe

Noor Maizan said...

fuh suspen ni.hahah...sambung lagi nanti tau,jangan lupa.

Aryan azra said...

Adoii...semangat akak membaca ni, cepat sambung,nanti dah sambung bgtahu akk ye,takut terlepas pula nak baca bila sibuk..bgtau je cerita nasir dah sambung hehehe

Unknown said...

eleh. potong stim aku nak baca habis lah GEE. kemon. cepat update cerita seterusnya.

Gee Lion said...

Siapa pula YB Sariah Kamiso?
>,<

Gee Lion said...

Letak pepanjang kekadang orang malas nak baca kak Zakie.
Takpe nanti saya sambung, saya akan maklumkan pada kak Zakie.
Sabar menunggu ye ^_^

Gee Lion said...

Happy ending pastinya ^_^

Gee Lion said...

Saja ja. Nanti letak pepanjang boring plak baca kan..
Hehehe.. Datang jangan tak datang ^_^

Gee Lion said...

Jeng jeng jeng.. >,<

Gee Lion said...

Alhamdulillah, Nasir bagaimanapun membuat keputusan yg bijak.. >.<

Gee Lion said...

Cerpen lah. Baru suspen. Ahakss..

Gee Lion said...

Haruslah WP!
Nanti ada pula cerita bersiri yg lain ^_^

Gee Lion said...

Idoklah kelakar, tapi serius pon tak juga ^_^

Gee Lion said...

Sabar naaaa...

Gee Lion said...

Ehh.. takkan lupa punya. Hihi..

irdagarmin said...

bestnya...nanti update i juga bila cerita ni brrsambung ya..hehe

ajax85 said...

Terbaikkkk

Qaseh Vee said...

Ntah bila lah agaknya dia Nak sambung ni ...

Gee Lion said...

saya masih menunggu beberapa pengesahan dari empunya cerita asal nih.
tak seronok pula cerita tanpa fakta yg betul.
hihi.