Kita ini banyak sangat rungutannya. Dan aku tak tahu kenapa kita perlu terasa. Mungkin sebab kita tak memakai selipar botol yang dipakai oleh budak kecil yang lain, sehingga berasa terlalu selesa. Atau mungkin kita lupa dalam hujan itu, kadang-kadang ada badai rahsia tersembunyi yang dikirimkan oleh Allah buat kita, kita tak tahu.
Mungkin perkara yang berlaku baru-baru ini muncul kerana ego dan dendam lama yang tersirat di hati. Tiada yang mampu menidakkan unsur abstrak yang kadang-kadang bermakna duri. Bukan semua abstrak itu adalah suci, sedangkan seni pun kadang-kala ada yang mengguris hati.
Kisah yang mengganggu fikiran itu lama-kelamaan menjadi abstrak yang tersembunyi, teori yang tak perlu dizahirkan lagi. Boleh jadi, sebab realiti pengakhirannya, bukan seperti yang kita inginkan.
7 comments:
penuh tersurat & tersirat maksudnya.. :)
lama tak jenguk2 sini..
wah....
Assalamualaikum Gee..sihat ke ni..
Singgah jap sini.. :)
wah menitis2 air ujan tuuu terasa sejuk kannn., ehHHeee
ya, kadangkala seni pun pandai menghiris hati. bukan semua hasrat hati, kita mampu miliki. bukan semua. tak begitu? :')
Wah kata2 yg menusuk kalbu dan syahdu :-)
Post a Comment