Teaser : Mencari Terekat

Untuk kali yg kedua, pinggan berisi makanan itu dilayang di atas kepalanya. Suara orang mula berbisik. Ainul hanya tersenyum, senyum bernada berang. Namun kali ini, pegangan Tuah tidak kuat. Mungkin dia mengacah, namun kala ramuan ais krim itu mengenai tudung bawal satin Ainul, Tuah kelihatan bersahaja. Wajahnya terpamer kesinisan tanpa sebarang rasa bersalah.

Spontan, Tuah menggapai sapu tangan putih, cuba disapu pada tudung gadis itu. Siapa yg tidak melopong melihat kemalangan yg tidak dijangka itu, namun Ainul tidak melatah dan perlahan mengelap tudungnya. Sedaya upaya disembunyikan rasa berang yg bermukim sedari tadi.

Tidak semena-mena tangan kasar Tuah menyelangi tangannya yg sedang membuang sisa-sisa makanan tersebut. Sebelum sempat tangan kasar itu menyinggah ke bahagian yg tidak sepatutnya, Ainul deras mencengkamnya. Tuah sedikit menjerit. Tak sangka, boleh tahan kuat juga cengkaman minah ni.


Serta merta keadaan menjadi sunyi dan kaku apatah lagi mereka mula menyedari pertembungan tajam sinar mata di antara kedua manusia itu yg seakan mempunyai simpulan dendam dlm hati.

"Jangan cuba nak malukan diri kau sendiri. Kau tu cuma pelayan je." Tuju Ainul kepada Tuah.

Nada suara keras namun perlahan Ainul bisa menggugat rasa individu yg mendengar, apatah lagi individu yang tidak tahu apa sebenarnya yang tidak kena dengan mereka berdua.

Sepantas kilat Tuah menyentap tangannya. Wajahnya merah padam menahan marah, malu barangkali? Dia berlalu pergi dari situ.

Ainul mengerling beberapa orang pelayan yg berada dekat dengannya. Laju mereka menundukkan pandangan di kala mata saling berpandangan. Ainul merasa tidak selesa. Persepsi, ya persepsi. Orang akan mula mempersoalkan kewajaran kata-katanya. Namun dia tahu punya punca Tuah berkelakuan demikian.

"Excuse me, but I have to go to washroom. Sorry," Bingkas Ainul bangun. Arahnya cuma satu, mencari Tuah!

11 comments:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

nice sharing....

Anonymous said...

apa kesinambungan dari cerita ini ya? hana tertanya-tanya apa yang berlaku selepas tuah dijejaki oleh ainul. :)

Afiqah said...

nicee :D

Gee Lion said...

thanks.. :)

Gee Lion said...

Tuah hanyalah watak sampingan.. ;)

Gee Lion said...

thank you cik fiqa :)

Yana Yani said...

ilham sendiri ke ni? menarik
macam nak baca saya ending =)

Jari Manis said...

Seperti baca cerpen pulak! Ada bakat sbg penulis nih

Gee Lion said...

Skrip masih dalam progress kak Yana.
Doakan ia menjadi nashkah yg nyata..
Aaminn.. =)

Gee Lion said...

Alhamdulillah sis Jm, bolehlah.. sekadar nak mengisi masa.. =)

Jeon Seokjin said...

cerpen?..i like it