Terhenti

Aku tak pernah terfikir perkara ini akan melarat sampai begini sekali. Hati, siapa yang tak sedih? Tak pernah terlintas kasih dan sayang yang disemai sejak kecil berakhir dengan duka yang sangat menyayat hati. Tapi orang kata, selagi penghujung belum bahagia selagi itulah sebenarnya kisah ini masih belum berakhir.

Setiap kali aku teringat kata-kata itu, hati aku menjadi bak bunga mawar yang berkembang wangi. Sungguh insan kerdil seperti aku, insan biasa seperti aku juga punya harapan seperti insan yang lainnya. Hanya kerana senyuman aku tidak berkuntum dan seri wajahku pudar dek masalah yang menghentam bertubi-tubi, namun tidak bermakna aku sudah berputus ada dalam wadah erti kehidupan yang sebenar.


Aku sudah lama berhenti mencari jari untuk menunjuk ajarku.
Aku sudah lama berhenti mencari kata-kata yang mampu memujuk galau hatiku.
Apapun yang aku lakukan dalam dunia ini adalah usaha untuk memastikan aku hidup keesokkan harinya.
Usaha yang aku sendiri tak tahu untuk apa tujuannya.

Tidak, aku tak minta lahir ke dunia ini untuk menyusahkan diri sendiri. Jauh sekali aku minta dilahirkan untuk menyusahkan orang lain. Namun andai itu katamu dan andai sebegitu sekali firasatmu, haruskah aku mengangkat bendera putih hanya kerana aku adalah insan kecil yang tidak punya veto tidak punya apa?

24 comments:

Sally Samsaiman said...

Takpe...setiap hari yg berlalu jadikan pengajaran...

p/s : rindu. lama tak nampak.

Anonymous said...

Cik gee tahu. Setiap kali hana singgah di sini, hana harapkan antara kita akan ada pertemuan di luar maya. sungguh. Cik gee. Hari ini mungkin kebahagiaan itu bkn milik cik gee. Dan betul selagi xgapai makna bahagia selagi itu ceritera kita belum berakhir. Hana jugak sering pesan pada jiwa. Bukan mereka penentu pada jalan cerita kita. :')

dear anies said...

sedih bunyi nyer nii...

Yana Yani said...

tak pernah dengar pula pasal selagi tak happy belum pengakhiran
pada akak lah kan, happy tu kita kena cari sendiri
hanya kita aje yang tahu macamana cara nak happy kan diri sendiri
apapun harap semuanya dipermudahkan

p/s-lama menghilang, ke mana?

Fidah Shah said...

Salam Gee...
Semoga ceria selalu...lama jugak sy x singgah sini..

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

salam september....sedih je

CD said...

lama aih tak singgah sini... kenapa lappy terbakar?? jangan sedih2 sis gee :)

Azian Elias said...

salam..

meruntun2 bunyi nya.. be happy ok..

Mime MF said...

apa pun yg berlaku..carilah kebahagiaan sehingga bertemu..;)
lama tak singgah sini..

Anonymous said...

Assalamualaikum gee..rindu lah..hehe

Gee,hidup kita ni bkn mcm drama tv,bkn mcm novel yg penciptanya adalah manusia sendiri yang mana biasanya akan berakhir dgn "happy ending story"hidup kita adalah realiti...gee nak tak petua utk kita rasa bahagia?taat pd Allah,cintakan rasullulah,taat pd ibubapa,jaga hubungan baik sesama manusia...pasti hati akan gembira....

Gee Lion said...

betul cik sally.. :)
lama gak tak singgah belog cik sally di sane..
sorry busy.. huhu..

Gee Lion said...

cik hana,
andai kata ada pertemuan itu ditakdirkan tuhan, apakah keadaannya akan berlangsung sama seperti di alam maya ini?
andai kata tiada, apakah cik hana akan mengingati kata-kata sy even after sy sudah tidak berblog lagi?

tapi cik hana.. setelah lama sy fikirkan mengenai kesudahan, ada saja cik hana, ada saja ending yg tidak bahagia.. :'(

Gee Lion said...

yes, indeed..

Gee Lion said...

ada orang, kegembiraan tu mcm main sorok-sorok dgn dia. kita tak boleh nafikan memang ada org dlm celah2 dunia ni yg susah menemui kebahagiaan, kan?

p/s: entahlah kak yana, kadang2 sy pon tak tahu kat mana sy berada..

Gee Lion said...

samalah sy, dah lama tak singgah belog cik fidah..
inshaAllah akan ke sana juga..

Gee Lion said...

mungkin ya. mungkin tak.

Gee Lion said...

lappy terbakar sebab dah dekat 4 tahun tak ganti2.. setia betul lappy tu. terus merajok pas sy cakap nak beli lappy baru.. mwahahahahha..

inshaAllah tak cik zizie.. :)

Gee Lion said...

inshaAllah cik azian.. :)

Gee Lion said...

inshaAllah cik mime.. heee..
sy pon dah lama tak singgah blog cik mime.
nantikan kunjungan balas sy.. :)

Gee Lion said...

eh patutlah asyik luruh bulu mata ni..
ada org windu kat kita rupanya.. heee..

inshaAllah kak wirda, sy akan cuba istiqamah utk merindui dan mencintai pd yg hak sahaja.. doakan sy.. :')

Akupenghibur.com said...

entri ini agak sedih.. apa yang berlaku jadikan pengalaman dan ambil iktibar... lama tak datang ke sini

Gee Lion said...

inshaAllah acik.. terima kasih sudi singgah ke mari.. :)

Jari Manis said...

Jgn sedih2 ye sis Jm kan ade hiksss

Gee Lion said...

sis Jm jauh.. huhu...