Agak sekian lama tidak dia coretkan sesuatu di ruangan ini. Mulanya, dia tidak memahami dan tahu puncanya tapi Alhamdulillah, berkat muhasabah diri berbulan lamanya akhirnya dia sedar sesuatu. Sedar sendiri.
Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga dia tidak sempat menceritakan dan menjumpai kata-kata yang tepat untuk meluahkan segalanya. Kau pun tahu, sesuatu yang kita pendamkan terlalu lama bisa menjadi barah dan bersebati dalam tubuh kita. Pada ketika itu, ia sudah memiliki “ruang” tersendiri dalam diri yang mana tak perlu ‘dikeluarkan’ lagi.
Dan itulah yang dia rasa, sehingga laman sesawang ini menjadi benar-benar bersawang. Apakah yang menimpa itu? Entahlah, sukar untuknya menghuraikan satu persatu. Namun apa yang dia tahu, dengan semua yang berlaku dia perlu berbuat‘sesuatu’.
Dia tidak boleh membiarkan rasa itu terus selesa aman bersemadi. Ia perit, ia pahit. Ia menyakitkan, ia melukakan. Ia membantutkan langkah, mematikan perasaan, melumpuhkan fikiran.
Ia membunuh perlahan-lahan..
21 comments:
Selamat kembali
kak gee qila rindu kak gee T_T
ehehehe <3
jangan biar diri kak gee terbunuh tau <333
deepnya :0
lama tak nampak
kenape...? :(
take care of urself okay :')
tahu cik gee. betapa hana rindukan coretan cik gee di sini. setiap hari hana pasti membuka tirai blog cik gee. mana tahu ada cerita baru. tapi coretan terakhir adalah wasiat. ALHAMDULILLAH. semoga perasaan yg perit itu tidak terus melumpuhkan cik gee dari dunia maya ini. kerana cik gee adalah inspirasi. kerana kita mungkin alami jalan yang sama yang semakin melumpuhkan hati kita. tak begitu cik gee? :')
#cik gee. mana ea cik gee dapat gambar2 seperti ini? kalau hasil dari cik gee sendiri. boleh ajarkan? :)
pening...pening....sekarang ni orang sibuk dengan pembunuh bersiri.
Berhati-hati di jalan raya.....
Assalamualaikum.
jgn biarkan ia membunuh..lamanya tak dtg sini..:)
kembali dan menyepi kembali..
tenkiu miss qila.. :')
A woman's heart indeed is a deep ocean of secrets.. :)
biasa.. hee..
tenkiu miss mirza.. :)
nampaknya mungkin saya dah lumpuh sepenuhnya. bukan saja jari malahan hati.. :')
gambar2 ni saya dapat dari weheartit.com.
selamat mencari.. :)
waalaikumusalam Mak Ieteng,
Semoga hari ini dan seterusnya baik2 saja utk mak Ieteng.. :)
membunuh scr perlahan tu lebih kejam kan cik mime.. :')
tenkiu sudi ke mari.. lagi..
Wahh.. sudah kembali rupanya! Salam Syawal Gee :)
Apa yang akan berlaku pasti akan berlaku, pada kita cara kita menghadapinya.. semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin.
jangan cik gee. jangan lumpuh sekarang. bangkit dari kejatuhan itu sayang. kalau hana cuba kuat dan gagah jalani takdir seterusnya, cik gee juga harus kuat. bangkit dengan senyuman walau ianya senyuman pahit lesu. tapi itu lebih baik dari nampak seperti manusia kalah kan? :')
tak jugak cik Nurul, sekadar mengisi masa yg kadang2 lapang.. lebih banyak sibuk sebenarnya.. :(
inshaAllah cik hana, sayaakan cuba untuk jadi kuat. superwomannnn ~.~ cuma sy risau, dlm proses mengenal kembali kemampuan & kekuatan diri, sikit demi sikit sy akan kehilangan diri sy.. utk satu sebab yg sy saja tahu kenapa.. :'(
jaga diri cik Hana, semoga Allah memudahkan segala urusan cik Hana..
Luahkan sahaja apa yg terpendam jgn biar ia menjadi bara di dlm diri
Post a Comment