Wasiat

• Gee Lion • 21:19:00 • 32 Sembang
Maafkan dia kerana keadaan hening di sini. Maaf dia beranjak dari kepingan harapan yang kau serakkan. Kau tahu, sepanjang masa ini, terlalu banyak kejadian yang terjadi. Dalam setiap hela nafas yang dia hembus, dalam setiap detik nadi yang berdenyut, menyesakkan dia untuk menanti hari-hari berlalu pergi.

Dia buntu memilih di antara persimpangan yang secara tiba-tiba muncul di antara impian, realiti dan khayalan. Jalan apa yang harus menjadi pilihan? Bisakah kau memimpin tangannya, memilih cahaya mana yang terang benderang agar tidak menyasarkannya lagi? Bisakah kau memandu langkah kaki, memilih jalan mana yang lurus agar dia tidak tersesat lagi?

Semangat dia pergi di kala jasadnya berjalan dalam metropolitan yang tidak pernah lekang dari kesunyian. Apa yang telah meragutnya?


Maka dia memilih berhenti di sini. Di sini di ruangan polos yang diharapkan dapat memberi dirinya cermin muhasabah diri. Mungkin kau akan tiba membawa dia pergi. Mungkin juga dia akan meneruskan langkahnya. Seperti selalu di waktu kebiasaan, bersendirian dan berkeseorangan.

Tiba masanya, dia akan kembali membawa 1001 ceritera untuk diluahkan di sini. Namun sehingga masa itu tiba, anggaplah apa yang sudah tercoret sebagai suatu kenangan metaforis antara kau dan dia. Andai sungkawa kau menjelma, jadikan ia semata sebagai penenang jiwa.

Itu wasiat dia, pada sebuah erti kehilangan yang harus kau relakan.

  1. Kak gee where have u been...
    <3

    Cant wait for the upcoming entry :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm in the middle of somewhere.. thank you so much cik qila.. miss you so much.. :')

      Delete
  2. welcome back....setelah sekian lama menyepi..:DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, akan menyepi kembali.. :)

      Delete
  3. Pilih jalan yang telah pasti bahawa Dia redha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. terima kasih cik afiqah.. (:

      Delete
  4. Replies
    1. itulah pasal.. tak dashat tak sah an.. hehe..

      Delete
  5. lama tak jenguk sini.. hai awakkk.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak juga.. (: tq masih sudi singgah ke mari.. :')

      Delete
  6. rela. sememangnya dia sangat merelakan pemergian ini. setiap langkah dihayun ikut irama hati yang berkecimuk kencang dia menari dan merenang2 atas tangisan sepi ini. lalu antara khayalan dan impian mana harus dipilih? tersepit antara ruang waktu. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. khayalan membenihkan impian. namun belum tentu impian mampu membenihkan masa depan yang kita inginkan. inshaAllah, waktu akan menentukan segalanya.. cuma, berikan waktu.. sedikit waktu.. :')

      Delete
  7. singgah sini, busy ke kak gee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak busy.. cuma, somehow we need to.. motivate ourselves alone..

      Delete
  8. sememangnya kita dinasihatkan selalu berwasiat pada ahli keluarga kerana mati itu kita tidak jangkakan bila.
    yang jadi masalahnye.....MET ni harta pun tak ada, yang ada hanya kata-kata yang selalunya orang tak nak dengar pun bila MET berbicara....kesian ek??
    Assalamualaikum.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalakumussalam..
      tak salah takde harta..
      bukankah 'harta' Rasulullah sendiri cuma Al-Quran dan Sunnah?
      :')

      Delete
  9. Replies
    1. Sungkawa ialah jeng jeng jeng..

      " berdukacita atau; bersedih hati "

      Delete
  10. Assalamualaikum...
    Gee sihat tak????

    ReplyDelete
  11. Gee,
    Dah juma ke belum ???????

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum.....
    Gee, selamat berhari minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. Mak Ieteng ni kelakauuu laaa!!!
      saya sihat jeee! masih di sini! cer lah cari! heheheh!

      Delete
  13. sukanyaaa baca hasil penulisan awk ni..buatlah novel hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...
      teringin jugak nak buat, tapi macam maleh lah pulak.. hahahaha..
      kenapa kalau saya buat, cik liza nak beli ke?
      jeng3..

      Delete
  14. maksud yg dalam utk diperhalusi ...

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...