Palsu

Realiti dan dia bukan teman yang baik. Walau Realiti sudah melakukan apa saja untuk membuat si dia gembira, namun si dia tetap merasakan Realiti sengaja mempergunakan dia. Dia juga merasakan bahawa dia sudah buat apa saja agar Realiti baik pada dia, tapi Realiti masih tetap menyusahkan dia.

Oleh sebab itu, dia selalu berakhir berkawan dengan Imaginasi. Entah kenapa, Imaginasi begitu baik pada dia. Apa yang dia mahu semua Imaginasi boleh tunaikan. Daripada berbaring di rumpunan hijau yang menenangkan hinggalah terbang ke langit biru bersayapkan burung-burung merpati yang berkicauan merdu, dia merasa Imaginasi adalah segalanya. Sehingga dia enggan berkawan dengan Realiti lagi.

Realiti merasa sangat hampa. Dari hari ke hari, Realiti bertambah hiba ditinggalkan si dia. Dari hari ke hari, Realiti bertambah sendu dan sedu. Realiti menderita. Realiti merana. Realiti kepingin agar dia diberikan perhatian. Bermacam-macam hal yang menimpa Realiti, namun si dia tegar menutup mata memekakkan telinga. Si dia bosan dengan karenah Realiti yang disifatkannya cendela dan cela.


Imaginasi hanya tersenyum. Permainannya berjaya membuatkan si dia lupa akan Realiti. Sebenarnya, Imaginasi hanya berpura-pura supaya si dia merasa bahagia sementara. Sedangkan Imaginasi mempunyai misi yang tersendiri untuk membuat si dia JATUH di kemudian hari.

Hakikatnya, Realiti adalah kebenaran dan Imaginasi adalah suatu kepuraan, suatu kepalsuan yang nyata.

22 comments:

Jejari Menaip said...

realiti itu yg hrus kita hadapi..xslh untuk berimiginasi tapi jgn terbawa dan tertipu dalam dunia realiti..

Inani Hazwani said...

betul .realiti adalh kenyataan hari ni & imaginasi cuma khayalan yg belum tentu dpt digapai :)

Anonymous said...

Walau pahitpun realiti itu,kena hadapinya...imaginasi hanya memusnahkan diri.....tp ada org yg suka hidup dgn imaginasi...akak sedih melihatnya...tak mampu berbuat apa2,hanya berdoa dr jauh.....

Mime MF said...

Imaginasi tak serupa realiti. Realiti lebih byk mengajar tentang hidup berbanding imaginasi yg cuma khayalan sementara. Cewah~ Huhu

Akupenghibur.com said...

suka sangat entri ini,,mempunyai maksud yang sangat mendalam

Unknown said...

hee..suka pulak tgk gambar tu byk2 kali:)

Gee Lion said...

@ikhwan yusuff dia dah tertipu..

Gee Lion said...

@Nur Inani dia masih belum sedar..

Gee Lion said...

@Wirda Amir kronik dah tu kak Wir, kita doakan lah yg terbaik utk saya eh dia.. hehe.. :p

Gee Lion said...

@Mime MF amboi cik Mime.. tapi betul apa cik Mime tu cakap. entri ni khas utk orang yg masih hidup dlm bayangan imaginasi..

Gee Lion said...

@Aku Penghibur harap dpt memahami dgn mendalam juga.. kalau dpt hadam, acik memang terbaik!

Gee Lion said...

@nanakimie tapi hati-hati.. beracun.. (:

dear anies said...

realiti dan imiginasi.. mcm yin dan yang ;-)

Azlan Strider said...

realiti dan imiginasi harusnya seimbang supaya kita tidak hanyut..hehehe

p/s: follow sini

Regards,
-Strider-

Mizz Aiza said...

sungguh mendalam maksud entri ini..

Chic Na said...

tak reti nak komen, tapi suka baca.. :)

Aqilah Azmi said...

Realiti adalah kebenaran dan Imaginasi adalah suatu kepuraan, suatu kepalsuan yang nyata.

Gee Lion said...

@Khai♥Rin : anies saling melengkapkan.. tapi saling membahayakan.. (:

Gee Lion said...

@Azlan Strider oleh itu jgn lupe sediakan pelampung ye en Azlan..

Gee Lion said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil) masih tak sedalam lautan mizz aiza.. (:

Gee Lion said...

@Chic Na ini pon dah terkomen ye dop?

Gee Lion said...

@Akeyla Azmi betul kan?