Setiap kali aku teringat kata-kata itu, hati aku menjadi bak bunga mawar yang berkembang wangi. Sungguh insan kerdil seperti aku, insan biasa seperti aku juga punya harapan seperti insan yang lainnya. Hanya kerana senyuman aku tidak berkuntum dan seri wajahku pudar dek masalah yang menghentam bertubi-tubi, namun tidak bermakna aku sudah berputus ada dalam wadah erti kehidupan yang sebenar.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8sDvIX1ii3BLiFDmM-WTfMrN_RSOj7WNuTl4Ab1fOVIJEQfxWuoR7TaPcd5qg9GrREa0N4K6xhVv8KToUvcw9TTUuIwex7m36wcZkiIWo9GPXT5z9MfohOryqVNCPWRKESRGtUzMqc_yy/s1600/gee.jpg)
Aku sudah lama berhenti mencari jari untuk menunjuk ajarku.
Aku sudah lama berhenti mencari kata-kata yang mampu memujuk galau hatiku.
Apapun yang aku lakukan dalam dunia ini adalah usaha untuk memastikan aku hidup keesokkan harinya.
Usaha yang aku sendiri tak tahu untuk apa tujuannya.
Tidak, aku tak minta lahir ke dunia ini untuk menyusahkan diri sendiri. Jauh sekali aku minta dilahirkan untuk menyusahkan orang lain. Namun andai itu katamu dan andai sebegitu sekali firasatmu, haruskah aku mengangkat bendera putih hanya kerana aku adalah insan kecil yang tidak punya veto tidak punya apa?