May | Best Commentators

Niat di hati, bulan ini ingat nak aktif kembali berblog tapi dek kekangan waktu (kekangan ke kengkangan ea?) niat tu tak berapa nak menjadi kenyataan. Mood pengantin baru lagi, almaklumlah..

Dari 31 hari bulan yang ada dalam bulan ni, cuma ada 12 entri saja yang aku hasilkan. Nampak tak betapa kelatnya di situ? Tapi tak kisahlahkan berapa entri pun yang naik, pada aku kuantiti pembaca tu lebih penting sebab ia secara tak langsung mendorong seseorang blogger tu untuk lebih pulun menghasilkan entri yang bagus untuk tatapan para pembaca dia. Update banyak-banyak tapi takde pembaca buat apa.. Huhuhu..

Cop, aku berkecuali. Kuantiti ramai ke tak ramai, macam inilah juga aku. Rajin aku update, tak rajin aku bolayan je. Wakakakaka.. jahat tak aku.. Huhu

Sebelum aku merepek lebih jauh, aku nak berkongsi beberapa komen yang aku rasa bagus untuk dikongsikan bersama anda semua. Nasib baik komen tak banyak, jadi senanglah kerja aku nak memilih kekdahnya.. Keh keh keh..

Betul. Akak suka baca mengenai zodiac just for fun and utk kenal karakter orang secara kasar. But I don't read horoscopes. Betul apa yang Amy discussed dlm entrinya, ada segelintir yang tak tahu horoscopes dan zodiac tu ada bezanya. In all, siapa kita bergantung pada diri sendiri dan cara pembentukan kita.

dulu masa muda sis bila sakit hati mmg x nak maafkan . bila usia dah bertambah , muhasabah diri pun byk , dgn sendirinya sis memaafkan tanpa perlu org yg menyakiti itu meminta maaf . sbb sis tak tahu bila ajal sis tiba . tak nak menyusahkan org yg hidup . maka sis ikhlaskan saja semuanya . kesannya , hati kita lebih tenang dan gembira . senyum pun sentiasa di bibir ... jgn berdendam dan buang rasa dendam ... byk hikmahnya ...

Ada betulnya apa kata pakcik tu.
Selalunya ada je bangsa bukan melayu main 'racist card' bila nak berhujah dengan melayu.
Banyak kali dah kena, tapi rasanya kebanyakan melayu akan ambil tindakan berdiam diri bila melibatkan bangsa lain.
Tapi kalau sesama melayu, habis mak bapak datuk nenek keturunan keluar maki hamun...
Dunia, dunia~~!

Kalau melihat sejarah perkembangan Islam pun kita boleh lihat bagaimana zaman Muawiyah, Abbasiah dah bermula bercakaran umat Islam. Mereka lupa bagaimana baginda rasulullah mengatasi masalah dgn perjanjian Hudaibiyah walaupun bukan dgn org Islam. Sehingga kinilah ianya berterusan dimana etnik dijadikan perbalahan sedangkan agama dipegang sama. Dlm negara kita aje jelas yg bukan berkiblat sama boleh duduk semeja tapi yg solat dlm rumah ibadah sama terus bercakaran.
Sedih:(

how about this.. toleransi... zaman sekarang, si isteri pun bekerja.. lain la zaman dulu.. perempuan kebanyakkannya tak bekerja. jadi, boleh tumpukan perhatian kepada kerja2 suri rumah.. kalau dah pergi kerja kena buat kerja, balik rumah jaga makan pakai suami dan anak2, waktu rehat pun mungkin masa tido yang ntah cukup ke tidak.. lelaki pun main peranan la sama.. tolong ringankan beban sekali.. you want a maid or a wife?

Keperluan org tengah bergantung kepada pemasalahan yg di hadapi...
sebab tidak semua masalah boleh selesai dengan ade nya org ke-3..
Lelagi hal rumahtangga yang perlu kita jaga aib dan maruah sesama pasangan..
walaupun adik beradik..walaupun mak ayah...
setiap permasalahan itu pasti akan ade jalan penyelesaian yang kita kena carik sendiri..
supaya ianya akan menjadi pengajaran dan pengalaman pada kita :)

entry ini tiba-tiba mengingatkan perbualan antara saya dan member saya dulu masa kat asrama
saya : wei kau lepas buang air besar tutupla penutup mangkuk tandas tu !
dia : buat apa nak tutup, bila orang nak guna nanti dia bukak jugak
saya : .................

Maaf tiada hadiah untuk diberi. Actually aku tak tahu nak beri hadiah apa. Berus gigi, nak? HAK3 Pandangan serta tenaga masa yang korang sumbangkan untuk singgah di blog ini amat-amat aku hargai. Terima kasih juga kepada semua yang meninggalkan jejak, tak bermakna anda tidak terbaik tapi anda adalah yang terbaik di antara yang terbaik. Bak kata Vince AF1, "Kita semua adalah pemenang, tiada pengalah.." Tanpa korang semua, tak meriahlah blog aku ni. Itu dia, ayat macam nak jual minyak haaa..

Sekian, selamat berhujung minggu bersama insan tersayang!

Next Entry : Review Blog | Top Commentator

Kalau kita semua akan mati, apa maknanya kita hidup?

Ada sesiapa pernah bertanya soalan ni pada diri sendiri? Dulu masa aku kanak-kanak riang ria ribena, pernah aku tanya soalan ni pada abah aku. Haihh orang tua, kau tanya soalan pelik-pelik; dibodoh dan digelaknya engko. Abah aku.. Huhuhu T_T

Meningkat dewasa, aku jumpa jawapan sendiri yang abah aku tak beri. Mungkin dengan apa yang kita lalui membentuk persepsi kita terhadap kehidupan. Kenapa soalan ini boleh muncul dulu? Waktu tersebut, aku rasa hidup aku tak bermakna. Takde apa yang seronok, dua ronok, tiga ronok beronok-ronok langsung dalam hidup aku. Lantas aku jadi terfikir, "Kenapalah aku hidup atas muka bumi ni, sat sat kang kojol juga."


Dihantui dengan rasa prejudis pada kisah silam dan kekaburan hidup di masa depan, aku lupa untuk menghargai apa yang telah sedia aku punyai. Hanya kerana kita tak menjumpa makna kehidupan yang kita inginkan, tak bermakna kita tak boleh nak enjoy dengan apa yang sudah kita ada. Dek kerana kesedaran itu belum datang pada waktu tersebut, maka muncullah soalan seperti yang di atas. Bila aku mula tertanya-tanya, aku bertemu dengan satu soalan yang menjadi jawapan kepada pertanyaan aku.

"If you're going to run out of cake to eat, what's the purpose of eating cake?"

Tujuannya adalah untuk MENIKMATI rasa makanan tersebut. Adakah ketika dihidang dengan makanan terbabit, kita akan menolak dan berkata,

"Takpelah, terima kasih. Makanan ini tak cukup untuk dimakan untuk selamanya, jadi tak perlulah dimakan langsung.."

Tentulah tidak, kan? Kita melantak juga. Sebab kita tahu, makanan tersebut akan habis juga justeru kita ingin menikmati rasanya. Sama juga dengan kehidupan. Kita tidak boleh menolak kehidupan hanya kerana adanya kematian selepas itu. Sudah tentu kita akan menikmati kehidupan dengan sebaik mungkin, sama seperti kita menikmati rasa makanan tersebut. Tujuan kita hidup adalah untuk menikmati dan menjadikan kehidupan ini sebaik mungkin, mungkin tidak cukup baik untuk kita sehingga kita mati tapi mungkin ada baiknya bagi orang lain. Ia bukan mengenai destinasi kita, tapi perjalanan kehidupan itu sendiri. It's not a race to get to a destination. It's a competition to enjoy the plane ride.


Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat. [Surah Al-Mulk : Ayat 2]

Perlukah orang tengah?

Kadang-kadang apa yang berlaku dalam hidup ini bukan perlu difahami, tetapi hanya untuk diterima. Situasi tegang adakalanya menyebabkan sakit kepala kita rasa serba salah bila tak dapat buat apa-apa untuk membantu, tapi setiap perkara ada limitnya. Bukan semua perkara kita boleh hadap dan tolong, bukan nak jadi pemerhati setia tapi kaki, tangan dan mulut perlu dikunci untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih huru-hara.

Dalam hal rumah tangga bila pasangan bermasalah, keluarga cenderung memainkan peranan menjadi orang tengah. Keadaan akan menjadi lebih tegang apabila keluarga iaitu adik beradik yang ditugas memainkan peranan akhirnya cenderung menjadi juri dan mula mencari siapa yang salah berbanding 'apa' yang salah. Sifat cenderung menyebelahi ahli keluarga sendiri sedikit sebanyak berjaya mengaburi pandangan dan penilaian (perlukah penilaian ini?) dan akhirnya daripada menjadi orang tengah; bertukar menjadi orang ketiga yang meranapkan hubungan pasangan itu sendiri tanpa disedari.


Aku teringat suatu insiden yang berlaku sehingga abah aku mengeluarkan perkataan keramat dia.

"Awak dah tahu pokok tu berduri, tapi awak nak panjat juga.. "

Abah aku memang tak pernah mencampuri urusan rumah tangga anak-anak mungkin sebab itu kami dah terbiasa dengan cara tersebut. Bukan untuk membiarkan keadaan adik-beradik menjadi lebih meruncing tapi seperti kata abah, bukan taknak tolong tapi memang tak boleh tolong. Katanya biar itu menjadi pembentuk kepada pengalaman orang itu sendiri. Bahkan tidak guna mengetahui aib atau kelemahan orang lain kerana akhirnya hanya akan mengundang rasa ketidakselesaan dalam hubungan kekeluargaan itu sendiri.

Benarkan, kadang-kadang apa yang berlaku dalam hidup ini bukan perlu difahami, tetapi hanya untuk diterima.

Buatmu

Kau yang bernama lelaki..
Andainya suatu hari nanti takdirnya kita akan bersama melayari bahtera kehidupan, usah kau mimpikan selaut sutera keindahan. Usah kau igaukan kasih menggunung tanpa puncak. Usah kau harapkan kesempurnaan yang mutlak dari diri ini. Juga usah kau pohon sejuta cinta yang aku bahagikan kepada yang berhak.

Percayalah, untukmu ada sebutir mutiara berkilau indah yang aku tempatkan di takhta hatiku yang dalam. Percayalah, aku mencintaimu dengan setulus hatiku.

Akuilah hakikat yang tersurat,
Aku bukan Siti Khadijah yang penyabar dan lembut tingkahnya. Mahupun permata indah dengan sifat penyayang Siti Fatimah. Juga bukan secerdik pintar Siti Aisyah atau seperti Ummul Mukminin yang lain. Tentu sekali tidak persisnya Rabiatul Adawiyah wanita sufi yang terpuji. Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam yang redha, Siti Masyitah yang pasrah, Asiah yang penyantun ataupun Sumaiyyah yang tabah.

Kau yang bernama lelaki,
Mengertilah dengan kewarasan keislamanmu. Aku hanyalah wanita akhir zaman yang masih cuba mempertahankan maruah dan kesucian diri sebagai muslimah berlandaskan garisan-Nya dalam mengharungi kegawatan dunia masa kini dengan kemampuan diri yang tinggal sekuman cuma.

Kau yang bernama lelaki,
Demi keranaNya semata-mata. Tidak aku tagih apa-apa darimu. Cuma aku pohonkan sebuah pengertian dan kasih sayang yang suci bahawa aku adalah amanah untuk dirimu; Sekiranya kita ditakdirkan bersama.


Kau yang bernama lelaki,
Coretan di atas telah ditulis oleh dia, lalu dahulu ku titipkannya buat tatapan dirimu sebagai temanku. Kini kau adalah suami yang telah aku pilih sebagai pelindung dan penjagaku. Kiranya sudah kau mengerti, ingatkah lagi akan dikau bait indah kata-kata ini?

Kerja rumah isteri atau suami?


Sebenarnya ini kali pertama aku tahu yang bab-bab penyediaan ni rupanya tanggungjawab sang suami. Melihatkan komen-komen di facebook memang boleh buat senyum ni lebar sampai ke telinga. Tak kisahlah semua orang ada pandangan sendiri, kan kan kan. Siap ada yang ugut; kalau sang suami tambah lagi satu cawangan jangan nak merungut pula. Tak cukup dengan tu, ada pula yang mengata anak dara zaman sekarang banyak yang tak pandai masak. Anak dara dulu a.k.a mak-mak dorang juga yang lebih berkualiti. Gitu.

Yang buat aku terfikir adalah mengenai perbezaan zaman dan keadaan. Zaman sekarang isteri siap kerja untuk cari nafkah membantu keluarga. Takkanlah isteri juga yang kena berpenat-penat selepas balik kerja untuk memasak, mengemas, membasuh itu dan ini, padahal lelaki sampai rumah tahu makan dan tidur saja?

Kena terima hakikat, benda ni sekarang dah jadi tanggungjawab BERSAMA.

Kalau isteri boleh redha dan ikhlas bekerja untuk tolong bantu pendapatan suami walhal bukan tanggungjawab wajib isteri untuk cari nafkah bersama, kenapa suami tak boleh tolong isteri dalam kerja rumah tangga?

Tangan sendiri berat tapi ada hati nak tambah lagi satu cawangan. Adil ke macam tu?

Aku teringat satu kes, setahun yang lepas. Benda ni berlaku sendiri dalam keluarga aku. Suami isteri; kedua-duanya bekerja. Cuma bezanya, suami bangun pagi bersiap-siap dia seorang je. Yang si isteri bangun pagi, siapkan sarapan, siapkan diri sendiri dan siapkan anak-anak untuk hantar ke rumah pengasuh. Balik kerja sang suami makan dan tidur. Si isteri pula balik ambil anak, selepas itu perlu memasak sambil membasuh baju dan mengemas rumah. Bila anak merengek meragam, kelam kelibut dia sorang je terkejar-kejar dalam rumah tu. Sebelum tidur, gosok baju sang suami untuk pergi kerja esok harinya. Kalau diikutkan, sebenarnya kerja si isteri tak pernah habis. Itu belum kerja atas katil lagi tu.

Hati seorang wanita, hanya mampu menangis, menangis, menangis dan menangis. Sakitnya penatnya, tak pernah merungut. Khuatir dianggap berdosa. Tapi bila tak tahan datang pada aku bercerita. Aku yang mendengar rasa nak pergi bunuh lelaki tu sendiri.

Jadi tolong jangan cakap kerja rumah tanggungjawab isteri semata. Aku cepuk sorang-sorang kang. Keadaan dan zaman sudah jauh berbeza. Itupun tak reti nak faham lagi ke? Tengok isteri korang betul-betul. Penat dia, sakit dia.. Korang takde idea bagaimana letih dan penatnya isteri korang rasa.



Gambar sokongan. Nak dalil, firman dan hadis, sila buka kitab.
Sini bukan tempat ustazah jadi-jadian.

p/s : Sapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya.. Yum yum yum.. sedapnya.....

Petikan Selasa 2

Aku bukan introvert lah. Aku ambivert. Bukan, bukan amfibia. Kau bukak tenet sekarang, acer try google ambivert tu apa. Ish.
#takmaumengaku
#indenial

Doa untuk siapa?

Mereka itu saudara seagama kita. Mereka itu berada dalam kesusahan yang nyata. Dibunuh, ditindas dan diperlakukan sewenang-wenangnya di tanah tumpah darah mereka. Lanjutannya, mereka melarikan diri demi harga sebuah nyawa.

Kita tak berada di tempat mereka, kita duduknya di kerusi juri-juri yang kerjanya mengadili manusia-manusia yang dihadapkan di mahkamah masyarakat. Manusia yang belum pasti lagi salah betulnya. Tapi tak hairan, kita hanya memerlukan persepsi dan sedikit perasaan judgemental untuk menjatuhkan hukuman, bukan?

Ketika Muhajirin berhijrah, Ansar menyambutnya penuh syukur. Di situ dakwah Islamiah terbuka; ruang bagi mereka terbela. Dan di sini saya, awak dan kita menaip seribu patah kata di hadapan skrin mengatakan betapa simpatinya kita pada nasib mereka.

#PRAYFORROHINGYA
#PRAYFORGAZA
#PRAYFORSYRIA


Pic from ahsanjehangir

Tapi bila datangnya mereka ke sini, kita mencemuh dan kita mencaci. Takut kita andai mereka merampas apa yang kita miliki, sedang mereka sendiri tidak memiliki apa-apa pada awalnya. Takut kita andai mereka mengambil apa yang selama ini kita gelarkan milik kita. Takut kita andai kehadiran mereka mengganggu-gugat keadaan negara yang kita anggap masih aman dan sejahtera.

Hairan, kita boleh sekali berkongsi dengan mereka yang bukan seagama, tetapi mengherdik dan mengata mereka yang satu kiblatnya dengan kita.

Aku hairan, Islam jenis apa yang cuba kita gambarkan?

Tak dapat aku bayangkan jika aku pula berada di tempat mereka. Kuatkah aku untuk menerimanya?
Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). - Surah al-Hasyr: Ayat 9

Asbab

Ketika dirinya diikat dengan sehasta tali, usahkan bergerak; bersuara berlebihan pun dia tidak berani. Bermain dengan kuasa menumpaskan dirinya yang sekadar pencabuk biasa. Sehingga dia tawar hati, enggan berpaling lagi.


Dia melihat manusia itu agak lebih dari diagih, bahkan manusia itu sendiri tidak menyedari bahawa ketika kokoknya berderai-derai, ekornya pulak terpalit tahi. Apakan daya, dia sudah tidak mampu untuk berkompromi dengan hipokrasi. Jika kiranya langit hendak menimpa bumi, masih mampukah hanya bisa ditahan menggunakan jari? Dia membuat keputusan untuk berhenti dan menyusuri kembali jejak-jejak masa lalu demi bermuhasabah diri.

Biarlah gergaji itu tidak lagi bermata dua, asalkan kini dia mampu hidup bahagia. Dia yakin, pengakhiran sebuah cerita, hanyalah asbab bagi satu episod baru bermula.

Mr.Teksi 3

Sedang sedap menggelamun, brek mengejut dari pakcik teksi buat aku terdorong ke depan. There goes my perfect wedding ceremony with Mr.Right. Ahaks..

"Cilaka ini orang. Suka hati dia saja mahu brek mengejut. Nasib baik tak jadi apa-apa." Bebel pakcik teksi tersebut.

Seorang lelaki keluar dari kereta HiLuxnya yang mewah. Terbelek-belek bumper keretanya di situ, membuatkan trafik yang sesak bertambah-tambah sesak. Dia memanggil pakcik teksi itu keluar. Untuk settle barangkali. Pakcik teksi itu menurunkan cermin keretanya;

"Sikit saja maaa.. Tengok, calar pun takda! Lu orang pakai kereta besar pun mahu berkira ka hal kecik ini macam?"

Tembakan padu dari pakcik teksi aku kira bukanlah dialog yang wajar dituturkan pada saat dan ketika ini. Terdengar omelan dari lelaki tersebut, aku dah mula rasa cuak. Kalau berlaku apa-apa, mahu tergendala urusan aku. Takkanlah kena berhenti kat tengah-tengah jalan raya ni pulak. Mana nak dapat teksi lain ni weh?

Pakcik teksi tersebut berkeras tidak mahu keluar dan tetap mengatakan perkara yang sama. Yang lelaki pun degil, mereka mula berperang mulut. Adeh..

Bila aku lihat sedikit dari cermin kereta, aku rasa aku nak setuju dengan pakcik teksi. Eleh, calar pun takde tapi nak bising-bising. Apa punya orang nak besar-besarkan kes. Kereta di belakang mula membunyikan hon mereka. Pakcik teksi pun apa lagi, ditekannya minyak terus blahh.. Aku sempat mengintai. Memang takde calar apa pun. Cantik berkilat je lagi.


"Dasar *******.. Hal kecil pun nak besar-besar. Itulah bangsa diorang ni. Dah bagi negara sebiji pun lagi mahu sombong sama kita.."

Aku mula menelan air liur, eh pahit pulak tetiba rasa kat tekak.

"Patut kita halau ja semua bangsa ni balik. Semua menda depa nak conquer. Kata kita racist, sebenarnya depalah yang racist. Cakap Melayu pun tergagap-gagap lagi."

"Kerajaan pun satu. Bagi sangat muka kat depa. Tengok sekarang ni, semua menda depa nak cabar. Yang kaya depa, yang miskin kita. Yang kena beralah semua kita. Kalau melawan, dikatanya kita racist, padahal depa yang racist!" Lagi, ayat itu diberi penekanan oleh pakcik teksi tersebut.

"Apa tak cukup ke kat China, India sana negara asal depa sikit punya besar? Kita ni, cuma ada Tanah Melayu ni satu-satunya. Depa kalau balik sana, jangan harap nak jadi kaya macam depa kat sini. Sikit pun tak mahu bersyukur! Tanah yang sekangkang kera pun nak diambilnya. Tengok Singapura itu sekarang apa jadi?"

Luahan hati pak cik teksi yang menyeramkan. Sebahagian perbualan telah ditapis dan dipadam untuk mengelakkan pemilik blog ini dikenakan tindakan undang-undang

Bercakap pasal isu kaum ni sebenarnya agak sensitif. Tapi hidup dengan status masyarakat majmuk ni bukanlah suatu perkara yang baru dan mustahil untuk dilakukan jika kita memandang semua orang dengan satu bangsa yang sama; bangsa Malaysia. Tapi entah kenapa, panggilan kaum itu menjadi penting dan mengenepikan apa yang kita panggil selama ini semangat bangsa. Cuba belek masa Rasulullah saw jadi ketua negara Madinah satu tika dulu, bukankah negara yang dipimpinnya juga berstatus masyarakat majmuk?

Yelah, tak boleh nak dibandingkan pemimpin negara 'Islam' kita ni dengan pemimpin terulung seperti Rasulullah saw. Tapi seorang pemimpin yang bagus sudah tentu menjadikan cara Rasulullah saw sebagai intipati utama kepimpinannya. Melainkan.. agama bukanlah yang terutama dalam hidup mereka.

Kita mungkin tidak boleh merubah apa yang telah terjadi, tapi kita boleh mengubah apa yang bakal terjadi. Tak salah berkongsi apa yang ada, bumi pun pada asalnya bukan kita yang punya. Namun seiring dengan itu, peneguhan terhadap undang-undang juga haruslah dilaksanakan. Tiada maknanya hanya rakyat saja tinggi semangat patriotiknya, tapi yang atas tu tetap memainkan isu yang serupa. Especially bila menjelang pilihan raya.

Sadis.

p/s : Ada beberapa point pakcik teksi ni aku setuju. Tapi tak bolehlah habaq point mana satu naa.. Dan aku pun tak faham kenapa pakcik teksi sekarang ni pemikiran mereka agak radikal dan kritikal. Erk, next time aku cuba kupas pemikiran yang biasa-biasa saja. Doalah supaya aku naik teksi pakcik yang rileks sikit ye.