Wednesday, 26 January 2022

Assalamualaikum

Tak sangka dah lama betul terbiar blog ni. Bersawang-sawang. Dah berlalang-lalang. Banyak sangat kisah terbaru yang nak aku kongsikan di sini tapi nantilah, tunggu masa lagi free. Sekarang ni free, cuma malas nak blogwalking ^_^



Sedikit sebanyak update terbaru dalam hidupku sekarang. Siapa sangka hujan yang kita sangka berterusan, rupanya ada pelangi muncul di hujungnya. ^_^

Tahun 2022 ini aku doakan biarlah menjadi tahun kebahagiaan dan begitu juga tahun-tahun seterusnya. Selepas semua yang aku dan anakku lalui, aku harap kebahagiaan itu bermula semula di sini.

Doakan aku ye ^_^

“You may not be her first, her last, or her only. She loved before she may love again. But if she loves you now, what else matters? She's not perfect—you aren't either, and the two of you may never be perfect together but if she can make you laugh, cause you to think twice, and admit to being human and making mistakes, hold onto her and give her the most you can.

She may not be thinking about you every second of the day, but she will give you a part of her that she knows you can break—her heart. So don't hurt her, don't change her, don't analyze and don't expect more than she can give. Smile when she makes you happy, let her know when she makes you mad, and miss her when she's not there.”

― Bob Marley

Monday, 17 October 2016

Kisah Nasir #2

Bahagian Akhir dari Siri Kisah Nasir. Disebabkan cerita ini ditulis berdasarkan apa yang aku ingat saja, maka banyak fakta tidak dapat diceritakan dengan lebih terperinci.

Suatu malam, Nasir dibawa berjumpa dengan seorang lelaki yang tinggal berdekatan Kampung Darat Sir, Pahang. Korang pernah dengan rawatan tulang patah? Itulah kepakaran lelaki ini. Pak Teh dikatakan mampu mengubat mana-mana tulang yang patah. Jadi, Nasir pun duduk melunjur kakinya sementara Pak Teh mengurut-ngurut mencari apa yang bermasalah.

Pak Teh tak membaca apa-apa jampi. Secara tiba-tiba saja, dia mengangkat tangannya seolah menerima sesuatu dari entiti yang Nasir tak nampak. Dia juga seakan-seakan berkomunikasi dengan seseorang. Nasir mula tak sedap hati. Dia tak rela sekiranya kena berubat dengan makhluk yang tak diredhai oleh Allah.

Kegusaran hati Nasir lekas dijawab oleh Pak Teh. Pak Teh menjelaskan, kawannya dari alam bunian datang tengokkan kaki Nasir. Sebenarnya, kawan dialah pakar tersebut. Dia hanya pengantaranya saja. Kawannya memberitahu, kaki Nasir boleh diubati cuma rawatan ini akan menyebabkan Nasir mengalami kesakitan luar biasa seketika.

Pak Teh pun meminta Nasir bersiap sedia. Sebaik saja mendapat sendi yang betul, dia merentap bahagian kaki tersebut. Nasir terkedu. Kata Nasir, punyalah sakit sehingga tak terkeluar jeritan dari mulutnya. Tapi dia pasti, mukanya naik biru kerana hal tersebut. Pak Teh sempat memuji Nasir sebab katanya Nasir tenang tak menjerit. Kalau orang lain, dah melolong-lolong.

Pak Teh.. Pak Teh.. Kalaulah Pak Teh tahu...


Di sinilah, titik mula kaki Nasir menjadi tempang sikit. Kalau orang tengok sekejap mungkin tak perasan. Tapi jika dilihat betul-betul, kaki Nasir ada terjungkit sebelah sikit apabila berjalan. Dua hari selepas rawatan tersebut, Nasir dah boleh jalan seperti biasa.

Sakitnya betul seketika saja tapi hasilnya, sehingga ke hari ini kakinya baik. Boleh saja jalan siap berlari lagi seperti orang normal lainnya. Doktor kata, kes Nasir hopeless. Mungkin Nasir kena berkerusi roda sepanjang hayat. Tapi alhamdulillah dengan kuasa Allah, Nasir dapat semula nikmat kakinya.

Susah nak percaya kan? Tapi, percayalah.. Kasihmu lama tersulam.. Di ruang paling dalam... Terlalu jauh tak terselam..

Btw, dalam dunia ni ada macam-macam makhluk selain daripada kita yang kita tak nampak. Dan percayalah juga bahawa alam bunian itu wujud bahkan kata sesetengah orang, teknologi dan gaya mereka jauh lebih maju meninggalkan kita. Aku tak ragu mengatakan kerana kepakaran itulah kaki Nasir boleh sembuh dan tak lain tak bukan, sudah semestinya kerana kuasa Allah. Tanpa izinNya, mustahil Nasir boleh berjalan semula.

Bagaimana aku boleh tahu cerita di atas?

Nasir, di dalam cerita ini adalah abah aku sendiri.

Apakah anda percaya pada makhluk lain dimensi?

Saturday, 15 October 2016

Kasih Ibu

Kasih sayang ibu memang gila, kan?

Walau dia tahu yang dia punya komitmen untuk dilangsaikan, tegar saja dia berlenang di rumah bermesra bersama anaknya. Asalkan dia dapat memenuhi nawaitu zaman daranya untuk menyusu, memberi makan, menjaga dan mendidik anak tanpa bantuan sesiapa.

Walau dia tahu yang dia punya orang tua untuk dibalas jasa, tetap saja dia mengutamakan tanggungjawab pada anaknya. Takut seandainya berlaku kurang kelak disoal di alam sana, di manakah kamu ketika anugerah yang Ku beri membutuhkan dirimu? Biarkan diri bergelar derhaka asal anak tidak menjadi mangsa kerana dia yang bersalah pada awalnya.


Walau dia tahu orang sekeliling memandang rendah padanya kerana statusnya yang tidak bekerja walaupun lulusannya luar negara.

Walau dia tahu orang memandang hina dan sinis padanya yang satu ketika dulu pernah senang, namun sekarang mula dijauhi kerana risau dia menadah tangan minta ditolongi.

Walau dia tahu dia terpaksa mengorbankan segala keinginan untuk memiliki apa yang dihajatkan. Bagaimana mungkin apabila wang tidak lagi menjadi sahabat baiknya?

Pada dia, anak adalah perlaburan saham akhirat. Tidak dilahirkan di dunia ini percuma saja semata untuk memenuhi impian pasangan yang inginkan zuriat. Zuriat bukan semata penyambung warisan namun juga ujian dari Tuhan. Biarkan dia memenuhi dada anaknya dengan agama. Tidak mahu dia anaknya menjadi seperti dia suatu ketika dulu, terkontang kanting dalam mencari hala tuju.

Kasih sayang ibu, memang gilakan?