Radio yang bermain di telinga aku matikan. Suara DJ membingitkan telinga aku di waktu fikiran aku sudah tidak mampu lagi menghadam lagu yang dimainkannya. Terdorong, aku mengikuti jejak langkah remaja tersebut.
Perlukah aku menegur?
Hish.. Buat apa, bukannya aku kenal dia pun?
Biarkan saja?
Kalau benar apa yang aku fikir, bagaimana?
Apa akan terjadi pada bayi itu?
Ke mana dia akan dibawa?
Bagaimana dengan masa depannya?
Namun, hati kecil aku semakin lurut dan kecut. Aku tak berani untuk bertindak berlebihan yang menyanggah perbuatan manusia seharian. Ya benar, tidak pernah ada manusia akan menegur seseorang yang mereka tidak kenali di laluan pejalan kaki, melainkan untuk bertanya arah. Itukan lumrah?
Lalu, aku biarkan sahaja. Aku tidak perlu ke mesin membeli token. Kad
Touch & Go aku keluarkan, sebaik melepasi kaunter, seorang big brader ku kira pekerja di kaunter terbabit bersedia bersama walkie talkienya. Matanya tidak lepas dari memandang remaja terbabit bersama bayi tersebut.
Mulutnya riuh menyampaikan maklumat barangkali.
Aku terus menuju ke eskalator. Sebaik sahaja sampai di pertengahannya, aku terdengar bunyi bising orang berlari-lari. Jeritan seorang lelaki
"Hoi, jangan lari!! Kejar dia!!" menggamatkan seketika suasana. Nasib suasana di stesen ketika itu tidak ramai dengan manusia, ku kira hanya beberapa orang sahaja itupun bukan orang Malaysia.
Detik hati ingin menjenguk, apakan daya eskalator sudah sampai ke hujungnya serta pintu LRT dengan megah telah terbuka. Aku lupakan kisah 15 minit yang lalu, dan aku teruskan hari itu.. seperti biasa. Apa yang berlaku? Aku pun tak tahu.
- Mungkin bayi itu diculik. Dan hendak dijual. Remaja itu cuma pekerja 'transit'.
- Mungkin remaja itu abang kepada bayi tersebut.
- Mungkin kerana dia abang, dan mereka hidup miskin maka dia tiada pilihan melainkan membawa bayi tersebut ke mana sahaja. Dan bagi mengelakkan kemungkinan berpisah dengan adik kesayangannya, dia memilih untuk melarikan diri. Kan selalu bayi seusia itu akan diserahkan ke rumah kebajikan masyarakat.
Tinggi imaginasi aku
- Mungkin jeritan "Jangan lari" itu bukan ditujukan kepada remaja lelaki tersebut tetapi pada pencopek jalanan kat situ. Kan kat situ ramai pencopek?
- Mungkin .. mungkin.. dan mungkin...

Farah, 24 tahun (bukan nama sebenar) menghela nafas panjang setelah selesai bercerita. Dia termenung seketika. Mungkin mencari bait-bait kata yang sesuai sebelum menyambung semula bicaranya. Jelas Farah, sehingga hari ini situasi itu masih bermain di ruangan matanya. Jauh di sudut hati gadis kecil molek itu, sebenarnya dia berasa terkilan kerana dalam keadaan curiga sebegitu, dia harus buat sesuatu. Sekurang-kurangnya,
sesuatu. Namun dia bertindak untuk tidak ambil tahu. Apa salahnya mencuba, sekurang-kurangnya jika benar anggapannya, dia mungkin dapat menyelamatkan satu nyawa?
Kata orang, masyarakat hari ini bertambah parah penyakit sosial dan moralnya. Mungkin ini salah satu penyebabnya. Keengganan seseorang individu itu untuk mengambil berat terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya menyebabkan jenayah mudah sekali berleluasa. Asal institusi masyarakat sebenarnya ditunjangi oleh orang perseorangan yang bersedia berkhidmat dan berpadu di bawah paksi yang sama. Namun andai individu ini berpecah belah, maka bagaimana institusi masyarakat mahu berdiri teguh?
Bukankah sepohon pokok yang subur itu datangnya dari akar yang kuat dan kukuh?
Namun, tak salah juga untuk berfikiran positif. Kata-kata dari
+Ai Syah ada benarnya, husnudzon itu lebih baik. Atau bak kata
+Sally Samsaiman, lebih baik dengar headphone dan layan diri sendiri daripada judging orang.
Sekian. The End.