When it's time for me to walk away from something, I walk away from it. My mind, my body, my conscience tell me that enough is enough. - Jerry West

Tiada kata-kata yang lebih tepat untuk menggambarkan perasaan aku kali ini. Lega?
Far beyond.
Semua orang akan berdepan dengan satu situasi
turning point dalam hidup. Hurm, yang akan menyebabkan dia terharus memilih antara dua, mungkin tiga, mungkin lima.
Apa pun pilihan yang aku buat, aku masih didorong oleh rasa setia untuk berpegang pada prinsip yang selama ini membentuk siapa aku hingga ke hari ini. Mungkin tidak bagus dan tak cukup bagus untuk semua orang, mungkin juga tidak cukup bagus untuk diri aku sendiri tapi selama mana hasilnya mampu mendatangkan ketenangan pada diri ini, aku takkan keberatan melakukannya.
Dan ketenangan pada diri bukanlah bermakna melakukan apa saja yang mewajarkannya sehingga membuatkan orang lain berasa hati, dan kita pula bahagia kerana kesakitannya. Ketenangan itu hanya akan bisa diperoleh apabila diri kita sendiri mencuba mendatangkan ketenangan dan kebahagiaan pada diri orang lain.
Segenap penjuru bermula bulan September tahun lepas, aku tersedar diri ini berada dalam situasi yang tidak diingini namun masih mampu memejam mata hati, untuk berbohong seketika pada diri bahawa permasalahan ini tidak bererti. Hanyalah sebuah batu loncatan untuk mengasah lebih bakat dan peluang untuk membaiki diri.
Tetapi bulan ke bulan sehingga beranjak tahun, aku sedari situasi masih lebih kurang sama bahkan tekanannya semakin bertambah. Aku rasa harus aku minta maaf pada diri sendiri kerana rupanya tidak secekal seperti dianggapi, namun rasa ini tidak menipu. Aku masih dalam ruang yang kaku, yang menghalang aku dari menzahirkan apa yang ada dalam kalbu.
Selepas berada dalam situasi yang sudah tidak mampu aku kira dengan jari keberadaannya, aku telah menjumpai tiga soalan yang membantu aku mengenal pasti bahawa;
apa yang sudah cukup, maka ia cukup sudah.
1) Apakah tindakan mereka seringkali kontra dengan perkataan?
2) Adakah aku seringkali memberikan alasan pada mereka, untuk diri sendiri atau untuk orang lain?
3) Adakah mereka sentiasa membalik-balikkan situasi, seolah tindakan mereka adalah disebabkan kesilapan orang lain/aku?

Jika inilah yang dikatakan cabaran dalam hidup, sungguh aku kehilangan kata-kata untuk menceritakannya. Mungkin apa yang diperlukan hanyalah untuk memaafkan diri sendiri, juga memaafkan orang lain supaya aku boleh hidup tenang dan senang. Hidup ini masih panjang, rasa aku ini bukanlah destinasi cuma sebahagian daripada perjalanan menuju destinasi yang lebih abadi.
Orang-orang yang aku jumpai inilah yang akan mengajar aku erti kepercayaan dan pendirian dalam hidup justeru aku bersyukur, lebih daripada apa yang mereka dapat bayangkan. Dulu mungkin dalam hati ini ada sekelumit rasa kecewa dan gundah, tapi sekarang aku telah lepaskan semua. Benar orang kata, kemaafan itu adalah anugerah dendam yang terindah.
Meniti hari-hari yang berlalu sendiri membuatkan aku memperoleh senyuman ikhlas yang selama ini hilang dalam kemunafikan yang nyata. Aku bersyukur jika inilah pengakhiran bagiku, kerana aku percaya bagi tiap-tiap perkara yang berakhir, pasti akan ada perkara baru yang bermula. Untuk episod baru ini, biarlah ia terlakar dengan penuh riang dan gembira. Cukuplah apa yang berlaku itu berlalu dan menjadi sebahagian panduan dalam hidupku.