Panas

Sekarang kena ambil masa nak panaskan blog balik. Alah macam naik kereta, takkan start engine terus boleh jalan kan? Hehe. Banyak benda nak kena edit, nak kena tolak, nak kena tambah. Rupanya, bukan aku seorang je hilang & menyepi dalam dunia blog. Blogger-blogger lain pon sama, ada yg timbul jap ada yang tenggelam langsung. Untunglah pada anda, anda & anda yang masih dikurniakan masa yang lapang untuk terus aktif untuk berblogging.


Alah, tak kisah. Sebab memang blog aku ni aku buat macam tong sampah masalah je. Lepas dah keluh kesah antara kawan baik & diari sendiri, barulah aku tergerak hati nak coret dalam blog ni. Ish, takkan nak tulis semua. Kantoilah. Haha.

Yes, blog untuk favourite bloglist pun dah buat yg baru. Tapi aku privatekan dulu. Ada masa aku pergi ronda kay. See ya.

17 comments:

anamizu said...

welkem back hehe.. amek mood dulu restart engine hehe

Unknown said...

dulu semangat blogging tu lain macam. lama gak senyap, sekarang baru aktifkan diri kembali. hehe. salam kenal. :)

Gee Lion said...

tau takpe.. destinasi/target pon kena set dulu.. hihi..

Gee Lion said...

merujuk kpd diri cik Wangi ke?
kalau gitu samalah kita.. hehehehe..
salam kenal juga ^^

Unknown said...

dah lama tak nampak..kemana tercampak??akekeke

Azlan Strider said...

blog lan pun sekarang dah cool off sesejuk air batu dalam peti ais..sampai masa nanti kena panaskan jugak..hehe

Regards,
-Strider-

Yana Yani said...

amcam akak ni, kalau tak disebabkan line internet
yang lembab semacam tu, memang hari-hari dah update blog =)
apapun selamat kembali ye

OKje said...

Ya ...okje mmg beruntung sebab masih memblogging sampai la ni... hehe..
Gee awak yg minat sgt doremon tu kan....maklumlah awak suka sgt tenggelam timbul....ingat ingat lupa hehe

Jari Manis said...

Teruskan menulis dan berkongsi kerana sis Jm akan datang sini :-)

Gee Lion said...

tak ke mana cik Nani, ada je kat sini.. hihihi.. =)

Gee Lion said...

jangan lupa beli minyak tanah siap2. kot-kot lah beku tak kebah, boleh kasi bakar terus... mwahahahhaha..~.~

Gee Lion said...

dulu itu pun jadi salah satu faktor kenapa mood blogging saya terhenti, tapi sekarang dah atasi benda tu. alhamdulillah, dapat mood sikit sikit.
thank you sekali lagi kak yana.. =)

Gee Lion said...

Haha.. bukan saya. Itu cik Sally Samsaiman. Setahu saya dia aktif jugak kat blog dia tu. Pun dah lama tak ke sana. Moh ler kita sama2 jenguk dia.. Ahaks
InshaAllah kali ini tenggelam timbul tak kerap sangat macam dedulu. Hehe.. doakan saya ye kak okje.. =)

Gee Lion said...

thank you sis Jm, wah wah wah sis Jm, leave comment tak hingat dunia. terpaksa saya selak page belakang-belakang tu nak reply comment sis Jm. hehehe =)

Fidah Shah said...

Selamat kembali...

Gee Lion said...

Thanks =)

Qaseh Vee said...

tenggelam timbul tu dah biasa bagi blogger . bila timbul tu yg kami suka... rindu dgn bahasa puitis itu .