Atasi Masalah Blog Tak Update di Bloglist

Aku masih gagal menyelesaikan ralat blog yang lambat berupdate dalam news feed walaupun.. aku dah updated! Oh mai mai.. Update jam 8 pagi tapi 8 malam baru naik kat news feed. Haru!

Screenshot jam 5:53 pm 150916. Sedangkan hamba dah update jam 8.30 am hari yang sama.

Untuk yang mengalami masalah seperti aku, aku syorkan beberapa langkah yang pernah aku cuba dan berjaya. Korang boleh apply salah satu cara atau buat semua ^_^

1. Tambah feeds/posts/default di belakang URL blog setiap kali munculnya mesej di bawah. Tapi kena minta kerjasama blogger lainlah yang memang dah ada link korang dalam bloglist mereka. Minta mereka remove dan install link korang semula guna method ni.


Contoh : http://diaridandelion.blogspot.com/feeds/posts/default

2. Daftar blog korang di Feed Burner dan dapatkan feed URL korang sendiri.


3. Kemudian, pergi ke bahagian Setting > Other > Site Feed. Update bahagian tersebut dengan feed URL korang yang baru.


4. Pergi bahagian Template > Edit HTML dan paste kod berikut di bawah <head>



5. Cara di atas ni adalah cara lama yg pernah aku cuba dan berjaya. Tapi masalah yang aku hadapi sekarang tetap tak settle walaupun aku guna cara yang sama. MENGAPAKAHHHHH!!??? Arghhh.. Jadi, aku pun buat sedikit eksperimen mengikut tutorial oleh Nick Nashram dengan menukar blogspot.my ini kembali kepada blogspot.com.

Seriyesli, aku tak tahu sejauh mana effect bila blogspot menukar URL blogspot.com kita kepada blogspot.my. Tapi aku decide nak reverse URL tu balik. Kalau korang berani, cubalah. Ikut cara di bawah :
  • Pergi ke Template - Edit HTML.
  • Tekan CTRL + F dan search <head>
  • Dah jumpa, add script yang bawah ni di atas / sebelum <head>


Dan hasilnya, alhamdulillah.. Akhirnya.

Kalau korang berjaya menangani masalah korang dengan salah satu cara di atas, korang kenalah observe dulu selama mana keberkesanannya. Kalau balik semula penyakit tu, cara yang terakhir; silalah tukar template blog anda. Iye, tukar.. Huhuhu.. itu yang aku tak nak. Sebab aku suka minima template disebabkan kodnya yang simple. Tapi, kalau dah terpaksa kenalah buat juga kan.

UPDATE :
Tetap masalah yang sama berulang. Aku perasan masa update bloglist, ramai blogger lain pun ada masalah serupa. Penat gak nak buat cara no.1 pada semua link yang bermasalah. Jadi, ini mungkin masalah blogspot tu sendiri. Disebabkan geram sangat, aku delete feed burner aku dan leave blank Post Feed Redirect URL di bahagian Setting. Setakat ni, masih okay.

Sekian.

29 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak pun ada masalah ini sebenarnya tapi kakak ignore aje.
Malas nak olah takut lain jadinya sebab kakak ni bab IT memang tak ada ilmu banyak.

Amelia said...

kak Gee kak Gee!! rindu dengan kak Gee. lama dah tak dengar cerita. sobs. sorry dah lama xdatang sini. kita pun sekali dua je update blog sekarang.

oh, macam tu rupanya nak kasi sentiasa up ikut time. kita pun selalu kena macam tu. stress

OKje said...

Macam hakak kan Gee akak blogwalking, hakak klik jer URL blogger yg datang komen. Tak pernah pun pakai bloglist. Sebab tulah tak perasan kot...

Apa pun moga semuanya kembali ok yek

Humaira said...

yeay.Amik url blogspot.com tu.haha

SIQAHIQA said...

Hi Gee Lion :D Siqah singgah sini dan follow :) Thank you ye datang komen dan follow siqah. Keep on blogging and keep in touch ya :D

btw, pandainya awak tahu edit HTML. siqah sampai sekarang failed. hehe.

Mummydearie said...

Arghh! Saya tak faham satu apa pun walaupun ada tutorial. Aduhai...

Nasib baiklah takda masalah yang serupa, kalau tidak nak nangis guling-guling aje bawah meja. Itu ajelah yang saya expert!

nuyui a.k.a miss YUI said...

kalau yui edit mau jd lain..hihi

Shikin Razali said...

Oooo camtu ke..? Nanti nak try la, trima kasih atas perkongsian awak.. =)

Julia Johari said...

inilah masalah yang julia hadapi hari ni...worst today...sebelum ni blog.com ada masalah macam ni juga...kena refresh banyak kali...tu pun sangat lembab nak muncul news feed...betul tu last sekali pasrah...hari ni saje dh update 2 entry...x nampak bayang news feed update...

Sabar je lah...Blogspot mungkin ada masalah dalaman.

Mrs. A said...

Ya ampun... Mrs. A memang kurang cerdik bab coding-coding nih! Pernah jugaklah acah-acah terror tukar-tukar coding ikut tutorial tapi hasilnya langsung tidak boleh digunapakai. Ah! biarlah serahkan aje pada yang pakar.

Gee Lion said...

link kakak okay je naik dalam bloglist saya ^_^

Gee Lion said...

hai Amy! mana awak pergi, lamanya hilang?? nak celen kak gee ke? hehehe! taklah kena ikut time, tapi kalau dah sampai berjam2 tunggu naik kat feeds tapi tak naik2, tak ke cuak jadinya. huhuhu!

Amy! What happened to you??

Gee Lion said...

tips yg berguna jugak tu akak.. inshaAllah, sekarang nampak dah okay ^_^

Gee Lion said...

sila-sila.. jangan segan2. hehe..

Gee Lion said...

Hai cik Siqah. Terima kasih sudi datang singgah cni.. InshaAllah, selagi kuota dikandung broadband, selama tu la boleh berblog.. kalau tak, bai bai la jawabnye.. huhu..

guna simple code bolehlah.. yg rumit2 tu, memang taklah.. pusing kepala.. haha ^_^

Gee Lion said...

Janganlah menangis sampai guling-guling mummy.. bunghuk bebenor gayanya.. hehehe.. :P

Gee Lion said...

jangan gitu.. :p

Gee Lion said...

sama-sama cik shikin.. ^_^

Gee Lion said...

hari ni pon blogspot.com buat hal lagi. mane2 link yg saya install dengan feeds/posts/default kat hujungnya; bila tekan link tu keluar tulisan entah hapa-hapa.. sabau je laaa.. takpe cik julia, probs saya pon nampaknya dah settle entah macam mana.. mungkin probs cik julia pon lama2 okaylah tu..

Gee Lion said...

kalau x yakin bleh main coding, jangannnn cuba... pernah saya sampai hilang body post. hak3.. acah2 nak tukar sangatkan, sudahnya ke laut.. hihi.. ^_^

Maria Firdz said...

Ramai yang alami masalah ni sbnrnya.. Tapi ramai juga yang buat tak tahu...

Sha Mohamed said...

Tak rajin lah awak.. hehehe..
Tapi pada Sha blogspot tu kot yang problem..

Jejari Menaip said...

Wow.. pandai Kak Gee main2 dgn coding ni... Nice tutorial kak Gee.

Gee Lion said...

Saya banyak masa free.. Itu yg terboleh nak ambil tahu.. Hihihi..

Gee Lion said...

Iye, in the end memang itu juga lah puncanya.
Malas dah nak godek.
Lantaklah.
Huhu.

Gee Lion said...

Terima kasih ikhwan.. Simple je sebenarnya. Google je, berlambak tutorial keluar.. Hihi.

Tunsha Ayunie said...

Aku tak perasan andai aku mengalami masalah yang sama sebab kerja aku hapdet blog, kalau ada masa terluang baru blogwalking (maklumlah aku ni busy dengan stress tak habis2 padahal tak kerja pun) ..

Tapi kan... blogspot memang ada masalah sikit kebelakangan ni... geram!

Gee Lion said...

Ha'ah.. Apparently memang blogspot pon yang bermasalah.. Ces, buang kuota aku je pergi adjust sana sini... T_T

Aku rasa link kau takde masalah sebab masa aku update bloglist takde naik masalah macam kat atas. So, bolehlah kau lega sekarang. Hihi. ^_^

Farrah MF said...

Saya perasan juga masalah ni, tapi buat derk je. Tak larat nak godek2 :)