Di laluan pejalan kaki itu, seperti biasa aku terhidang dengan potret si pengemis tua berteleku di kaki lima. Tisu setia di tangan sambil menadah belas dan ehsan. Spontan aku teringatkan keadaan ketika makan di kedai-kedai, bukan mahu complaint makan tak aman tapi kisahnya begitulah. Bila duduk, ketika sedang tunggu order dan ketika mahu beredar. Pasti yang aku renung adalah si pemimpin buta, apa guna kau punya kaki dan tangan, apa guna mata kau celik jika akhirnya keringat si buta juga yang kau kerahkan?
Spontan, mataku tertancap pada wajah bayi yang comel. Aku tersenyum padanya. Mata bundar milik bayi itu pula terkebil-kebil melihatku. Bibirnya juga seakan menguntum dengan senyuman. Serta-merta aku tersedar, aku masih di kaki lima. Dan bayi itu, memakai topi biru sambil didukung oleh seorang remaja lelaki.
Mulanya aku memerhati biasa-biasa saja. Sehinggalah perasaan curiga menyelinap masuk secara tiba-tiba. Mungkin ketika ini logik akal sudah mahu bermain-main dengan perasaan. Remaja itu tidak terlihat seakan 'attach' dengan bayi tersebut. Malah langkahnya laju memintas aku. Dukungannya juga kekok, bayi itu ku lihat seakan bila-bila masa akan dilepaskan. Dia membimbing beg sandang tepi, agak lusuh. Tidak padan dengan pakaian bayi yang ku lihat agak baru. Pipi bayi itu kemerah-merahan, aku agak usianya mungkin dalam tiga ke empat minggu.
Aku hairan.
Mengapa bayi sekecil itu dibawa ke tempat sesak sebegini menaiki monorel? Mungkin pengaruh filem Melayu juga menghantuiku bila aku perasan, di sini jugalah lokasi penggambaran filem Songlap suatu masa dulu. Dan sekarang, lagak remaja lelaki itu juga ku lihat tidak ubah seperti Syafie Naswip yang memegang watak sebagai Ad.
Apakah ada sesiapa yang berfikir seperti apa yang aku fikir?
57 comments:
Salam gee..
Tak ramai manusi yg seperti 'aku' itu..begitu prihatin melihat keadaan sekeliling..di zaman serba pantas ini,kebanyakan org mementingkan diri sendiri..dlm berfikir tentang masalah diri...,aku itu sempat juga memikirkan hal org lain yg dia tk kenalpun....
adakah bayi itu diculik??? aaa.... tak penah tgk lagilah cerita songlap.. =='
semoga Allah sentiasa melindungi bayi itu..
apa salah baby tu kalau betul apa yang sis curiga tu :'(
hehe...boleh tahan juga kalau itu satu bayangan
Best baca setiap ayat2 ni..
mungkin la kot sebab nampak mencurigakan.. moga bayi tu selamat..
dari cerita awak, tetiba sy pun rs curiga dgn remaja tu..errr adakah...? emmm
salam kak gee.. arina fikir apa yang kak gee fikir..curiga tu tak salah kak gee..heeee
curiga..? mungkin juga...kalau sally pun fikiran selalu melayang kalau sendirian..so, pasal tu sally lebih suka guna headphone dan layan diri sendiri daripada judging orang :)
jauh berfikir..
urmm... mungkin adik dia, baby tu tak nangis kan.. lagi senyum
and now u make me curiga too huuurrmmmmm.....
wahh penuh dengan dramatik.. ada budak kecil itu di culik ?
menarik
pelik juga.. bayi tu mcm kena culik ke.. ehh. mintak2 dijauhkan
hana fikirkan benda -VE. tak tahu pula cik gee rasa apa. hmm semoga semuanya baik2 sahaja. kan?
hm....
qila pun curiga sekali ni.
Kenapa dia seret.....
kadangkala pelbagai ragam manusia yang akan kita lihat..dan pelbagai andaian boleh kita buat. Moga yang baik baik sahaja untuk bayi itu :)
yang buta tu saya pernah terpikir gak..dari dia usung orang buta itu kehulu hilir ada lebih baik dia biarkan orang tu dudduk dirumah sampai dia gunakan kudrat yang ada untuk mencari rezeki bagi menampung hidup mereka...
Regards,
-Strider-
macam baca novel pulak..yang tertulis nie pengalaman gee sdiri ke..ke imiginasi??hehe
mmg curiga..xkan baby remaja lelaki tu pula kan..
mungkin masa menyendiri dia buat dia terfikir hal orang lain.. kan kak Wir?
akan dijawab dlm next entri.. tengoklah, tak rugi tau layan citer tu.. rasanya disebabkan citer tulah Shaheizy Sam boleh menang dan mengalahkan Jericho Rosales.. (:
Aaminn.. (:
Baby tu tak salah.. Yang salah ada ibu bapanya, orang-orang di sekelilingnya dan tak salah kalau cakap, institusi masyarakat tu sendiri.
Bayangan yg diolah dari kisah hidup yg nyata.. (:
alhamdulillah.. terima kasih kak Atien.. (:
Aamin... :')
Mungkin tiada apa-apa kot..
Nantikan next entry.. (:
Yups tak salah.. Tapi jangan tenggelam dek curiga yg keterlaluan... Ye dak? Hehehe.. (:
Judging orang dari sudut yg macam mana tu cik Sally?
Waktu2 sendiri je en.Pha Is.. (:
Takkan lah baby nak menangis tiba-tiba kan.. Lagipun, dgn usia mcm tu, dia tak cam lagi orang-orang sekeliling dia.. (:
haha.. takdelah camtu.. cuma nak ajak berfikir je.. (:
Nantikan next entri.. (:
alhamdulillah.. (:
maybe yes, maybe no.
nantikan the next entry.. (:
inshaaAllah.. begitulah hendaknya cik Hana (:
Seret.. ?
Seret apa tu cik Qila..
Heeee...
InshaaAllah takda apa-apa..
Nantikan the next entry.. (:
InshaaAllah cik Puteri.. begitulah yg kita inginkan (:
Mungkin dia cuma membantu orang buta tersebut mencari rezeki?
Ermmm..
Itu..
Saya serahkan pada pembaca utk menilai..
Hihi.. (:
Mungkin dia 'abang'?
Ermm..
ohh... dia abang si bayi kot..tak biasa lagi kan dengan budak2 .. sebab tu kekok . hee.. kadang2 situasi mcm ni mmg buat kite berfikir bukan2..tapi husnudzon itu lebih baik .. =)
Kadang2 perlu curiga juga.. walau apa pun semoga semuanya baik2 aje... baru lepas ulang tengok 3 idiots... all is well katanya!
Haa itulah, mungkin dia abang bayi tersebut.. :)
Hehe.. Begitulah hendaknya kak Mar yg suka suka ajer.. :)
Wah, satu naratif penceriaan yang baik. Ada suspen pula ni. Dah boleh tulis cerpen ni.
Singgah baca entri dan follow di sini juga.
Alhamdulillah.. Ada idea lebih sikit, bolehlah nak tulis cerpen pulak, inshaaAllah.. (:
Terima kasih sudi singgah & follow sini.
InshaaAllah akan membalas kunjungan TI juga.. (:
semua org dah curiga.. tak kan adik dia kot...
kdg2 perasaan curiga itu perlu juga ada... milik siapakah bayi tu !
Bila nmpk org pakai selekeh,"kenapa pakai selekeh"
Bila makan dalam train, "tak paham bhs ke tak boleh makan?"
Bila nmpk org tua tak dapat duduk dan kita sedang berdiri, "tak kesian ke??"
etc etc...I'll keep doing it...without worries...so, I better asked my heart and my ears to listen to the music..not to listen what my heart and my brain mumbling with each other..
semua org boleh fikir macam-macam kan.. jeng2..
the answer is.. i don't know.. tetttt... :p
person really have different perspective what they thought when they see others.
yups, don't have to mumble.. doesn't need it.. (:
Post a Comment