Mr.Teksi 1

Panggilan haji... Telah tiba lagi..

Khamis, HBA 4*42

Hari Ahad ni hari raya ka? Itu raya besar ka?

Yup, raya haji. Biasa je, tak lah sebesar sambutan hari raya puasa.

Apa itu?

Hari raya aidiladha ni untuk menyambut musim haji dah tiba. Umat Islam ke Mekah untuk buat ibadah.

Ada apa kat sana?

Itu kaabah ada. Kiblat orang Islam. Memang satu dunia, kalau sembahyang memang ngadap situ. Pastu adalah beberapa benda yang dorang buat kat sana. Macam lawat makam nabi, melontar batu ke..

Itu Nabi memang ada kat Arab ke? You oll memang kena pergi sana ke? Wajib ke?

Nabi ramai, tapi yang wajib tahu beberapa kerat je. Yang ni 'special'. Taklah semua pergi, mana yang mampu saja. Kalau tak mampu, tak pergi pun takpe.

Ohh... hari tu, saya pon ada pergi itu makam. Kat Port Dickson. Pergi sana, memang banyak lucky. Hari tu saya ada court case, balik dari sana semua settle. Adik saya nak jawab exam, pergi sana exam bagus. Banyak A.

Makam sapa tu? Kat mana?

Aiyo, saya sudah lupa nama. Sultan Aziz Shah ka? Sekarang itu tempat kerajaan ambil buat muzium. Tapi kalau nak masuk boleh je. Memang ramai Indian pergi sana. Tiap-tiap tahun penuh je itu tempat.

Errmmm.. Oh macam itu ke? I see..


Raya haji ada buat itu korban kan? Apa you oll buat sama itu daging?

Daging tu untuk diagihkan kepada orang-orang miskin.

Saya pun pernah sedekah daging. Itu orang tempat saya selalu buat korban daging bila raya haji. Everytime buat macam hidup pun jadi senang, banyak dapat job.

Sebenarnya uncle, bila tiba musim haji, memang akan ada upacara korban. Simbolik kepada peristiwa ketika Nabi Ibrahim diperintahkan untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail. Tapi disebabkan keikhlasan yg ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim & Nabi Ismail, maka Allah gantikan dengan kambing kibas. Maka di situlah bermulanya upacara korban ini dan menandakan yang musim haji telah tiba.

Perbualan itu terhenti di situ. Aku hanya mampu menerangkan dalam bahasa ringkas yang termampu dihadam oleh seorang non-muslim seperti dia. Kelihatan pemandu teksi itu termenung, berfikir dalam dunianya sendiri..

Selamat hari Raya AidilAdha. Kita doakan mereka yang pergi menunaikan haji dapat melaksanakannya dengan jayanya.. =)

29 comments:

Unknown said...

Selamat menyambut raya aidil adha ... semoga berbahagia bersama keluarga ... done follow sini .

Inani Hazwani said...

selamat menyambut aidil adha :)

cEro said...

Jarang ada orang bukan Islam yg berminat (secara trivia) nak tahu pasal agama Islam...
Well done explaining to him.

Selamat hari raya AidilAdha :)

Jejari Menaip said...

salam aidiladha cik Gee..:D

Gee Lion said...

@Vee Sandi thanks ms vee, selamat hari raya korban.

Gee Lion said...

@Nur Inani thanks cik inani, selamat hari raya korban. =)

Gee Lion said...

@cEro yups, jarang sangat kan. but so far, yg selalu tanya bab2 ni memang driver indian.. thanks cero. selamat hari raya korban. =)

Gee Lion said...

@ikhwan yusuff salam aidiladha utk en.Ikhwan & isteri.. eh.. en.Ikhwan & sekeluarga.. =)

Gee Lion said...

@Muhammad Khairuddin Lim selamat hari raya korban kpd En.Khai juga. dari saya dan keluarga.. =)

Unknown said...

Salam aidil adha ... Buat apa ja raya ni ? Hehe ^_^

Fidah Shah said...

Selamat hari raya aidil adha Gee...

Afiqah said...

selamat hari raya aidiladhaa :D

Adriannasyaz said...

assalammualaikum gee..miss u.hehe..lama tak bw sini..salam aidiladha gee..: D

Unknown said...

Selamat Hari Raya Aidiladha awak :')

Gee Lion said...

@nurul hidayah lepak2 je kat rumah.. maleh nak g jejalan. dok umah layan tetamu datang.. heheeee =)

Gee Lion said...

@Fidah Shah selamat hari raya aidiladha to cik fidah too.. ^^

Gee Lion said...

@Afiqahselamat hari raya cik afiqah.. =)

Gee Lion said...

@adrianna syaz waalaikumussalam cik adrianna, memang lama. saya pon lama tak bw rumah cik adrianna.. hehehe..

salam aidiladha to cik adrianna too.. ^^

Gee Lion said...

@Iezwa Razk Selamat hari raya Aidiladha kepada awak juga.. ^^

Sally Samsaiman said...

Salam Aidiladha Gee sayang!

Gee Lion said...

@Sally Samsaiman Amboi diaa.. bersayang2 pulak di hari raya ni. Takde takde.. tak dapeknyer duet raya.. Huahuahua..

Yana Yani said...

good explanation
harap paham ler uncle tu =)
salam aidiladha gee

Gee Lion said...

@yana yani inshaAllah dia faham ~.~'
salam aidiladha buat kak yana juga.. =)

Unknown said...

naniey pun akan tergagap nak terangkan kalau non muslim tanya...

Gee Lion said...

haha..
begitulah perasaannya..
but so far bila jumpa non muslim, masih boleh jawab lagi..
pernah ada sorang kawan non muslim tanya tentang kisah adam & hawa..
lagilah haru nak menjawabnya... mwahaha... ^_^

OKje said...

Gee.... kalau awak naik teksi uncle tu jauh sikit.....harus masuk Islam uncle tu hehe
Gee tak rasa kecik sangat ke tulisan blog ni?...

OKje said...

Sama jugak kekdah komen dia kan....just terus taip utk komen....kalau nak kena tulis tulis nama bagai tu leceh jugaklahi

Gee Lion said...

Subhanallah, indahnya jika begitu. Dapat pahala sikit buat bekalan kat sana.. Huhu..
Tapi tidak.. lepas je perbualan tu masing-masing diam. Tak lama selepas itu, saya pun tiba ke destinasi..

Kecik ke akak? Saya dah besarkan kepada 13px. Kecik lagi ke? Alamak..

Tak buat keputusan lagi tentang sistem komen ini.. masih 50-50.. Hurmm..
Thanks ye sudi bagi pendapat.. ^_^

Qaseh Vee said...

my ex bos cina , pernah perlekehkan haji . katanya ramai org mati kat sana . sis jwb ,org yg pergi sana klu blh mmg nak mati kat sana ...