Lilin

Bagai kelip-kelip yang terbang malam, apa saja bicara masih tersimpan rapi dalam hatinya. Kadang-kala rasa ingin diluahkan semuanya, namun dia tidak mahu menjadi manusia terlanjur. Biarlah api itu terus terpadam dari berterusan galak membakar sekam.

Dia sebolehnya mahu mengelak dan dijauhkan dari ribut yang bisa membuat pohon tumbang dan reranting menari dek angin yang kencang. Jika itu terjadi, maka pasti ingin berdepan pun dia sudah rasa tidak sanggup lagi. Biarlah apa yang ada dipatah; nanti jika ditunggu menjadi buluh, bisa melepuh sekalian jari.


Dia arif benar, kadang-kadang orang tak sedar peri pentingnya lilin yang menerangi gelap malam. Kuatnya lilin meski dibakar api masih mampu menerangi orang lain. Lemahnya pula meski menerangi orang lain dia pula terkorban dengan sendirinya.

Iya, mereka masih memandang pada dirinya yang tiba-tiba menyisih di balik jendela. Dia cuma mahu ingin lebih berjaga-jaga, kadang deras itu datang pasti dalamnya akan terkena jua.

49 comments:

Tunsha Ayunie said...

deep :) walaupun takut gelap... tapi aku masih terus berjalan.... wahhh gitu :)

Fidah Shah said...

A candle loses nothing by lighting another candle....

Scha Nazri said...

kkdng ada yg pandang enteng kat lilin even jasa di besar

Unknown said...

hebatnya lilin, semoga kita mengambil iktibar daripadanya

SukaSedap MY said...

xpaham . huhuuu

Hana Syed said...

Jadilah lilin yang menerangi sekeliling membakar diri sendiri.. relevan lagikah perumpamaan ini

Unknown said...

Salam kenal...
Jemput join http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/10/9-awesome-blogs-of-month.html...

Nurulhidayah said...

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan..
**Tiba-tiba lagu lama ni terngiang-ngiang ditelinga... Salam Selasa Gee :)

Kira Sakura said...

tinggi bahasanya ni :)

tapi kalau bebudak suka main lilin sampai terkorban jari kena lilin hihihihi

Yana Yani said...

entry di atas tak berapa nak paham
tapi akak tahu mulianya pekerti lilin
sanggup menderita untuk menerangi orang lain

Anonymous said...

suka n3 ni, sebab diri KA sendiri pun dh selalu jadi lilin tuk orng len... suka style & cara u menulis dik !

Azian Elias said...

salam kenal dear..sorry baru boleh follow you..

thanks for the comment..

dear anies said...

tabahnya sang lilin...

Unknown said...

there're people who cant survive because of the cruelty of reality. sad truth. :')

OKje said...

Tetiba teringat masa darjah 6 masuk peraduan karangan hari guru....guru umpama lilin....diri sendiri terbakar tp menerangi yg lain....huhu

Gee Lion said...

takkan nak berhenti semata2 kerana gelap kan puan sha..
masa masih ada.. ^_^

Gee Lion said...

i agree with you.
she won't lose anything.
the people around her who will lose once she dies..
and maybe she will inspire others to be the candle..

Gee Lion said...

orang tak sedar sampailah mereka bergelap suatu hari nanti..

Gee Lion said...

inshaAllah Ibnu ^_^

Gee Lion said...

haha..
dah agak..
entri ini tidak sesuai utk mereka yg berjiwa straight.
but you've read it, thank you!!
^_^

Gee Lion said...

relevan cik Hana,
especially pada mereka yg jujur melaksanakan tugas seperti guru, polis, ibu, bapa, kakak, abang dll yg sewaktu dengannya ^_^

Gee Lion said...

Waalaikumussalam cik Su,
Thanks sudi ke mari,
Telah pun berkunjung ke blog cik Su sebentar tadi.
InshaAllah saya join jika sempat.
^_^

Gee Lion said...

biar masa berlari,
dan kau terus mendaki,
aku tenang disini,
dengan sabar menanti,
tanpa dendam dan benci,
andainya kau terjatuh,
terluka dan tersungkur,
ku rawat biar sembuh...

aku takkan bertanya,
apakah nanti balasannya,
setiap pengorbanan,
setiap pemberian,
demi satu ikatan...

keikhlasan di hati,
walaupun sering kau ragui,
pada suatu masa dan suatu ketika,
akan ketara jua...

*gigih copypaste dari uncle google.. hehe.
ha'ah baru teringat lagu ni, dah lama tak dengar.. penuh makna. kena dgn jiwa.. :')
salam selasa tu cik Nurul juga =)

Gee Lion said...

itu memang sengaja mengorbankan jari tanpa faedah tu cik kira,
kena halang,
kang tak pasal2 jadi OKU pulak..
huhu.. t_t

Gee Lion said...

kadang2 tu kan,
kita tak sedar ada orang di sekeliling kita yg menjadi lilin.. :'(

Gee Lion said...

terima kasih KA,
alhamdulillah, selagi ada ilham utk menulis akan terus semangat nak berkarya. kalau tak.. ke lautlah kita... >.<

Gee Lion said...

waalaikumssalam kak yan,
thank you sudi ke mari =)
salam perkenalan juga dari saya ^_^

Gee Lion said...

itulah lilin.. (':

Gee Lion said...

Truth is not necessarily a happy one, cik Iris.
Sad though.
:'(

Gee Lion said...

menang ke idok kak?
^_^

Fatimah Nabila said...

baca lilin2 ni teringat guru yg sentiasa diumpamakan sebgai lilin..kan3..

Cik Balqis said...

haha..betul..ingtkn cite guru bagaikan lilin..lebih kurang :P

Unknown said...

simpan, tapi jangan padam. :')

Invisible Me said...

Tersirat dalam kata tersurat dalam jiwa ;)

Gee Lion said...

Haha.. lebih kuranglah, boleh juga diaplikasikan sebegitu.
Anggaplah dia itu juga seperti guru.. ^_^

Gee Lion said...

Boleh juga kalau nak diaplikasikan begitu..
Kerana di luar sini, dia juga adalah guru kepada orang lainnya.. ^_^

Gee Lion said...

Tak terpadam rasanya cik Aisya.. :')

Gee Lion said...

Memang penuh tersirat.
Hanya orang tertentu dpt memecah kodnya.
Tapi tak susah, sebab saya menggunakan peribahasa yg kita belajar zaman sekolah. Kalau tahu makna peribahasa itu, tahulah apa yang saya katakan.. ^_^

Amelia said...

wah, dalamnya kata-kata tu.. tersirat betul.

kalau mengikut gambar tu, betul. x semua orang mampu meneruskan hidup sebab mereka asyik dihina, dihentam, dikeji dan direndah-rendahkan martabat mereka. saya x pernah tengok depan mata, tapi saya banyak baca cerita dekat Tumblr. ramai bunuh diri sebab x mampu bertahan.

Amelia said...

kiranya dalam entri nak cakap pasal ni lah erk.. kita suka menolong orang, kita guide dia, kita support dia. tapi bila dia dah berjaya, dia lupa pada lilin tu. dan lilin tu akhirnya terbakar sendiri. terluka.

even dia tahu dia tidak akan dipedulikan oleh certain manusia, tapi dia tetap membakar diri sebab itulah nilai murni yang sentiasa tersemat dalam diri dia ^^,

eMMe said...

Lilin ni kite gambar kan, sebab penyelamat kita bile dlm kegelapan, blackout contohnya...tapi awas la... lilin yg api nya kecil itu boleh jadi musuh dan lawan kita... hati2 la heee...

Gee Lion said...

ramai yg angkat bendera putih sampai bunuh diri, yup betul tu. ada insan yg tidak setabah insan lainnya dlm mengharungi kehidupan ni. ironinya, walaupun dgn membunuh diri mereka rasakan keperitan sudah berakhir tapi sebenarnya, itu hanyalah satu permulaan kepada kesengsaraan yg lain; bahkan kali ini buat selama-lamanya..

cik amy juga boleh tafsirkan begitu, sebab kisah lilin ini kadang kala begitu rapat dengan diri kita. kadang2 kita yg menjadi lilinya, adakalanya orang lain yg menjadi lilin pada kita :')

ye, itulah sifat lilin cik amy, walaupun dia tidak dipedulikan namun dia tetap membakar diri demi orang lain kerana itulah nilai murni yang diajar pada dia sejak kecil lagi..

p/s : saya rasa ini first time saya nampak cik Amy kat belog ni? ye ke? hehe.. welcome! thanks sudi singgah blog buruk ni! salam perkenalan!

^_^

Gee Lion said...

iye, bisa menjadi musuh kerana mungkin selama ini, dia merasakan pengorbanannya dilakukan tidak mendapat ganjaran setimpalnya. dlm erti kata lain, mungkin selama ini dia tidak ikhlas.. astaghfirullahalazim.. moga kita dijauhkan dari sifat tidak ikhlas seperti ini kan cik emme.. :'(

Unknown said...

Deep ayat kak Gee. Bagi saya lilin boleh bawak kesan positif dan negatif :)

drshikinzainal @ ekin said...

There is light if you see shadows near you.

Gee Lion said...

positif yg bagaimana?
negatif yg bagaimana pula?

anamizu said...

bila part lagu tu otomatik mmg teringat hari guru hehe

Gee Lion said...

tau takpe.. hehe.. lama tak dengar kan.
kalau cik Nurul tak habaq kat atas tu, saya pun tak ingat.. hehe.. ^_^

drshikinzainal @ ekin said...

Aku x mampu menjadi seperti lilin,
Membakar diri demi menerangi insan lain.