Dalam hidup ini, sifat itu adalah satu mandatori. Tanpanya, apa pun yang kita buat mungkin pahala cuma sekecil biji sawi. Masih ingatkah pada kisah seorang pelacur Yahudi, diberi minum air pada sang anjing yang kehausan sehingga segala dosanya diampuni? Iye, itulah berkat sifat Ikhlas yang tersemat dalam diri.
Kadang kala apa yang kita dapat dalam hidup ini, bukanlah apa yang kita inginkan. Kadang kala kita lupa bahawa Allah turunkan ujian untuk menguji setinggi mananya ikhlasnya kita. Tidakkah terasa begitu canggung pada nilai sebuah doa andai akhirnya rungutan juga yang engkau berikan?
Iya, dengan masa segalanya berkemungkinan. Moga masa itu menyebelahimu, selagi mana daunmu di Luh Mahfuz masih belum ditakdirkan untuk gugur kekeringan.
50 comments:
ikhlas di mulut itu kacang, tapi ikhlas di hati? huhu
Berikhlas dgn semua perkara yg kita lakukan. InsyaAllah ;)
Belog Miss Balqis
Kadang kala apa yang kita dapat dalam hidup ini, bukanlah apa yang kita inginkan,..tetapi itulah sebaik-baik anugerah yg Allah kurniakan buat kita :)
hebat betul la ayat kak gee ni. hihihihi
ujian dan keikhlasan...berlari seiringan
tapi yang ikhlas dan sembunyi itu yang paling susah nak kita buat kan hurmmm
aku ikhlas komen ni...
sedang berusaha memperbaiki diri untuk kurangkan merungut & mengeluh.. :)
awk dtg kelantan ke? mehla jenguk2 kita.. hikkk..
betullah tu kan
keihklasan tu perlu dalam kehidupan ni
ALLAH bagi ujian sebab sayang dekat kita =)
keiklasan itu walau x kelihatan namun terserlah kemurniannya....
Best je akak baca Gee... ayat mu begitu puitis.. nnt ajar la akak tulis begini, heeee~
Akulah orang itu barangkali...
Yang sering merungut & merungut.
Ampunkan aku, Ya Allah.
ikhlaskah aku? =.=
tu la pnh dgr psl kisah seorang pelacur Yahudi yg beri anjng minum tu. betapa ikhlasnya dia.
cantiknye purple pinky gittew blog Gee!
cantik! cantik! cantik! nak jugak cecantik gini huwawa
ikhlas itu datang jauh dari sudut hati...kadang kala kita sendiri tidak sedar sama ada kita ikhlas atau tidak melakukan sesuatu perkara itu
Hanya yg empunya diri ada jawapannya..
Thanks :)
InshaAllah ada ganjarannya.. cuma lambat atau cepat sahaja (:
Kita merancang, Allah juga merancang.. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang.. ^_^
Alhamdulillah.. ilham dari Dia.. :')
mungkin itu perkara pokok dlm hidup kita.
jika ikhlas, sembunyi atau tidak bukan persoalannya.
sudah tentu juga sukar utk berlaku ikhlas dan dlm masa yg sama sembunyi..
persoalannya, kecoh bagai nak rak tapi rupanya tidak ikhlas.
opsss..
Terima kasih TK..
saya pun ikhlas membalas kunjungan sebentar lagi.. ^_^
samalah.. saya pun.. istiqamah memang susah... tapi memperbaiki, inshaAllah.. =)
yups, ada urusan kerja sikit.. pergi pagi Isnin, balik petang Selasa.. fuh penat..
hujan 24 jam.. nak kerja pun jadi maleh.. hehehe..
chic na kat Kelantan tu kat na? saya pergi area Bachok and KB.. sempat singgah Pasar Siti Khadijah je jalan2 before fly balik.. ^_^
dengan ujian juga dapat menempatkan kita dalam kelas yg tersendiri. sama ada kelas atas atau kelas bawah?
jeng jeng jeng..
kerana itulah disebut sebagai keikhlasan.. ^_^
haha.. nak ajar guana tu kak emme? bukak kelas ke? hehe.. ^_^
mungkin itu sifat hamba yg lemah.. dan sememangnya kita adalah hambanya yg lemah.. yg penting, istiqamah dlm membaiki diri kan kak shikin.. huhu..
Hanya cik Fafa dapat menjawabnya.. Haha.. ^_^
Kan? Kalau kita belum tentu. Bahkan stigma anjing itu begitu melekat di kepala..
Alhamdulillah.. petaknya tetap sama rasa.. Hehe..
Kadangkala memang saya tak sedar.. Hanya bila difikirkan semula, buat saya tertanya-tanya tentang niat sebenar..
haha. takpa dah dapat jawapan dah. ^_^
Ikhlas patutnya tak perlu diluah
Tapi bila tak diluah buat orang fikir salah
Hanya Tuhan yang mampu nilai ikhlas kita
Bukan manusia yang hanya menuding jari mencari salah kita.
Seharusnya tidak diluahkan, bahkan kadang melakukan satu pekerjaan tidak pernah terlintas apa-apa sekalipun. Sehingga kita sendiri sedar, bila orang berkata tentangnya. Masih tak dapat menangkap maksud mereka.
ikhlas tu, ALLAH je tahu kan. macam orang lain buat something kat kita, biarlah kita bersangka baik. maybe dia memang suka menolong orang. bukan sebab ada udang di sebalik batu... tapi susah nak jumpa orang yang benar2 ikhlas dah. xtahulah... terlalu takut maybe..
Gee...wah penuh maksud tersirat ni ...
Semoga ibadah yg kita lakukan ini semuanya ikhlas kerana Allah. Namanya pun manusia ada kalanya kita tersasar jauh dari landasan tapi Insyallah moga Allah terima taubat kita....
Keikhlasan, hanya Allah yang tahu..istiqamah-istiqamah-istiqamah..huhu..
Betul, Gee. Yang penting kalau kita benar-benar ikhlas dengan apa yang berlaku atas diri kita, kita tidak akan berasa sakit.
Insyaallah...
Ikhlaskan hati dalam apa juga yg kita lakukan...nampak senang..tapi sebenarnya susah
Mengungkap ikhlas mudah tp setinggi mana nilai ikhlas hanya Allah yang tahu. Tak nampak di mata manusia, tinggi di pandangan Allah ;)
Kata orang seikhlas hati itu kadang2 si pembuat itu sendiri tak perasan akan keikhlasan hati nya itu... :D
jika ikhlas dalam semua hal baru tidak terasa sakit di hati :-)
insyaAllah, buat apa-apa pun mesti ikhlas :)
ikhlas itu tersimpan dan lahir dari hati...
hanya kita dan ALLAH yg tau..
sebenarnya , apa pun yg kita lakukan perlulah ikhlas kerana Allah . bkn krn sesuatu , bkn krn nak membalas jasa , bkn krn nak membantu atau sebagainya ...
ikhlas memberi kita kekuatan sama ada teruskan niat atau berhenti tengah jalan. :')
apapun yg penting apa yg kita lakukan kena ikhlas !
Post a Comment