" Mesti kau dah dengar tentang cerita aku tu kan, Milah?"
Jemilah menarik nafas panjang.
" Aku rasa kau patut bagi peluang kedua pada dia.." Segera ingatan Jemilah terbayang pada wajah kecil molek milik Rania, memang benar Rania melakukan kesilapan tapi sebagai seorang teman yang telah lama berkawan wajar sekali peluang kedua diberikan pada dia.
" Sometimes, there's no second chance Milah. It's now or never! Aku rasa kau pun tahu perihal ini. Kalau dia orang lain takpe lagi, dia kawan aku Milah, sahabat aku yang aku percaya bulat-bulat!"
Agak tinggi nada suara Nabila di situ. Jemilah masih menjawab dengan tenang.
" Semua orang deserve second change Nabila. Kalau bukan kita kawan dia yang bagi dia peluang, siapa lagi? "
Kelihatan Nabila menonjolkan wajah yang kurang puas hati pada reaksi Jemilah. Jemilah mendekati Nabila seraya berkata, " Kita.. Masing-masing insan berdosa Nabila.. Kita masing-masing dah pernah buat dosa. Aku tak berada di tempat kau, jadi aku tak tahu apa yang kau rasa..
Tapi kalau kau nak dosa kau diampunkan, kau mulakanlah dengan memaafkan kesalahan orang lain.."
Nada tegas Nabila seakan terkesima mendengar bujukan lembut dari Jemilah. Dia kembali merenung buku di tangannya, sedang fikirannya kini menerawang jauh..
70 comments:
Sukar tuk memaafkan..
Sha boleh maafkan orang, tapi bukan bila flesh and blood yang mengaibkan sha... rasa macam satu kesalahan memaafkan diorang yang tak pernah rasa nak mintak maaf dengan sha.. bukan sekali, bukan dua kali... malah berkali2....
pada insan seagama yang lain, insyaAllah, dengan rela hati maafkan :)
Betul tu. 2nd chance supaya die bole baiki kesalahan dia pd kita. maaf bermaafan kn amalan mulia :)
Belog Miss Balqis
Manusia tak pernah lepas dari melakukan kesilapan....
Persahabatan baik saling nasihat-menasihat seperti Nabila dan Jemila
Betul bukan mudah memaafkan tapi menjadi mudah andai ada penasihat terbaik seperti dua sahabat ini.
sambungan plisss.. seronok lak baca.. hehehe..
Setuju..... sapa lagi nak bagi peluang kedua kalau bukan kita .....Manusia tu tidak sempurna, tak mustahil kita jugak akan melakukan kesilapan dan kita mungkin akan memerlukan peluang kedua, ketiga dan kempat jugak....
benarlah kita bukan insan sempurna sering juga berdosa...
akak pernah berada di dalam situasi ni
untuk mengatakan maaf tu mudah, tapi melupakan tu yang susah
sampai sekarang tak boleh lupa walau mulut dah mengatakan maaf
hina pula rasa diri ni
tetapi, sesungguhnya memaafkan itu sukar untuk dilakukan lebih2 lagi, luka itu masih lagi berdarah... :'(
Salam singgah petang dik...
peluang kedua boleh, yang ketiga tu tak boleh ehehehe
:)
Forgiveness is happiness hehe
nice sharing
memaafkan org itu kewajipan kita . cuma bila dah terasa hati , blh menjauhkan diri tapi jgn membenci ... kita manusia tak sempurna ...
dan nescaya ketenangan akan mulai menjengah. :)
nak memaafkan mungkin mudah.. nak melupakan tu yang susah sikit..
pendapat peribadi - setiap orang memang layak utk dapat second chance... tapi cuma tu saja... dua kali... kita pun bukan Nabi yg ada kesabaran yg tinggi... dua kali cukup... kalau sampai dia kenakan kita lebih dari tu... tu bagaikan isyarat bahawa dia bukan lah kawan kita... berpindahlah ke kawan lain
yes..semua orang deserve second chance..
jenjalan kesini baca pasal jemilah ni
bukannya mudah untuk memaafkan seseorang, apatahlagi orang yang kita percaya, harapkan dan sayangi....
perkara ini pernah berlaku pada MET. Sakitnya hati.....setelah 10 tahun berlalu, MET pun maafkanlah dia, terasa hati tenang dan lapang....
sesungguhnya, kemaafan adalah dendam yang terindah....
Ada orang.. Dah bagi berchances chances (word apekah?) peluang,
Tapi, still tak mahu berubah..
sebesar mana pun kesalahan seseorang kepada kita, maafkanlah kerana kita juga bukan insan yang sempurna kan Gee :)
wuu. scha pernah rasa bagi 2 kali chance kt kawan. nasib baik tak sampai 3 kali chance.
kadang2 agak susah nak memaafkan. mulut mmg sng cakap. kan?
Kata-kata yang ini "Tapi kalau kau nak dosa kau diampunkan, kau mulakanlah dengan memaafkan kesalahan orang lain.." menyentap ruang ingatan Nurul.. dan fikiran Nurul pun turut menerawang jauhhhh...
ahhh :9 kena dgn situasi df sekarang ni. kawan menyepi kan diri. ditanya banyak kali tak jawab dan balas. hmm sedihh
pernah selalu dengar pasal kisah macam ni. termasuklah experience saya sendiri. tapi bila berdepan dengan situasi ni sendiri, rasa terluka... mungkin second chance akan diberi but it takes time. second chance tetap akan kita bagi sebab manusia memang x sempurna. hati terluka x mampu nak diubati kali kedua or beberapa kali dah...
memang agak sukar utk memaafkan orang tetapi jika disimpan lagi sakit rasanya baik lepaskan sahaja perasaan marah itu...maaf kan lah
salam kenal n follow sini gee :)
memaafkan adalah lebih baik. walaupon susa. tp ia dah ckup menenangkan hati kita :)
maaf tu mungkin senang nak buat, tapi nak lupa tu yang payah. mesti ada terkesan jugak kat dalam hati.
itu perkara biasa..
Selalu yg terdekat itulah yg selalu akan melukakan.. Tapi akhirnya juga akan membahagiakan.. Mungkin buat masa ini, itu adalah ujian utk Sha..
Samalah kita, inshaAllah.. :')
inshaAllah cik Balqis.. ^_^
Kita lah juga manusia itukan kak Fidah..
Jika berteman dgn si penjual minyak wangi, nak tak nak pasti akan terpercik sedikit baunya.. ^_^
Segmen Spontan tiada sambungan cik Na. Cuma babak yg tiba-tiba terbayang di fikiran..
Tapi lumrah juga manusia ini sifatnya pelupa.
Bila diberi kemaafan akan diulang lagi olehnya..
Sampai berkali-kali tak insaf lagi.
Mungkin itu yg ditakutkan oleh Nabila..
Ye, betul kak PI.
saya ulangi komen saya dari entri selepas entri ini..
maaf itu perkara yg sangat subjektif.
bukan kata kita tidak memaafkan dia bila mana kita masih ingat segala perilakunya yg melukakan hati kita..
cuma mungkin, kita hanya ingin berjaga-jaga
takut nanti jika alpa dan terlupa, bisa terulang kesilapan yg serupa..
hina? kita semua hambanya yg hina kan kak yana.. :')
mungkin bukan sekarang,
mungkin esok.
mungkin lusa.
mungkin.
selamat malam cik diana ^_^
there's a reason why people call it as SECOND chance.
Bak kata siapa entah, kemaafan adalah anugerah dendam yang terindah..
Wah gitu.
hai cik qila, lama tak nampak ^_^
mungkin dia akan menjauhkan diri kerana ingin menjaga hati,
yang tiada siapa ingin menjaganya..
biarkan aku menjaga perasaan ini hooo..
menjaga segenap cinta yg telah kau beri...
macam tu lah lebih kurang bunyi lagu dia..
hohoho..
inshaAllah.. jika dia bisa melelapkan mata..
sesaat yg kurang dan sesaat yg lebih..
endingnya, sama saja..
hai en.Najib,
welkam to da blog. ^_^
setuju dgn pendapat tersebut.
lagipun, adalah lebih baik menjaga hati sendiri kan.
kalau marah and berdendam nanti, kita juga yg berdosa.
jadi lebih baik membawa haluan sendiri lepas kena banyak kali.
maybe yes.
maybe no.
maybe.
hai cik Jie,
thanks ye.. inshaAllah akan menjengah cik Jie sekejap lagi ^_^
Ye, kata-kata itulah.. kata-kata yg menghantui dia sekarang..
Mungkin dia takut akan terluka lagi.
Mungkin dia takut dia tidak ikhlas.
Entah, dia tak pasti apa yg dia rasa MET.
10 tahun itu tempoh yg agak lama kan.. mungkin, dia juga memerlukan masa selama 10 tahun.. huhu.. (':
Memang orang macam tu..
Orang atau nama lainnya manusia..
Memang selalu terleka..
Macam kita..
Setuju tu cik Puteri.
Bak kata Jemilah, jika ingin dimaafkan; mulakanlah dgn memaafkan orang lain...
Hurmm...
that's why we called it as SECOND chance.
Maaf perkataan yg senang diungkap dan ditulis.
Penghayatannya itu lebih penting.
Di sinilah, faktor masa memainkan peranannya..
Jangan jauh sangat.. kang tak jumpa jalan balik *pangkal jalan* kan susah..
Hehehe.. ^_^
Mungkin dia busy.. atau sekadar ingin menjaga hati semua pihak..
bila dah selalu terluka mungkin dah tiba masa utk bawa haluan sendiri.
kadang-2 hati yg selalu disakiti menyebabkan luka dendam yg tak mampu dirawat di kemudian hari. jadi lebih baik belajar utk melepaskan dia pergi, daripada terus simpan jadi barah dalam hati.
inshaAllah dia akan maafkan..
waalaikumussalam..
thanks sudi singgah sini..
inshaAllah bakal menyusul ke blog cik sal sebentar lagi..
salam kenal ^_^
Iye, inshaAllah..
Hati juga memerlukan masa.. masa utk menerima segalanya..
Setuju dengan Cik Fafa..ucap kata-kata maaf tu myb boleh tapi nk melupakan tu susah skit..sebab skali terluka parut tu masih ada..
sudahlah ada parut, bila terkena berdarah pagi.. memang takkan sembuh lah parut tu kan.. huhu..
Penceritaan yang diolah dengan baik. Saya kagum dengan bakat kak gee. Kalaulah saya mampu bercerita sebegini. Kena berguru r pasni. Hehe.
Saya ok je nak maafkan orang, tapi lepas maaf tu jgn harap saya nak percaya dia balik sbb luka lama susah mau sembuh ma. Hehe. Tapi saya boleh je move on dgn syarat kawan biasa2 saja lah. Dah cari pasal tetiba nak kamceng balik macam susah kot.
Kekdg di mulut je ckp maaf, dlm hati seolah² dinding yg telah dipaku.paku dah tiada, tapi kesan masih ada..
Tapi memang berat kan kalau kita nak maafkan seseorang yg dah buat salah yg sgt perit mndalam... huhuhu...
Testing
Post a Comment