Curiga # 2

• Gee Lion • 08:30:00 • 27 Sembang
Radio yang bermain di telinga aku matikan. Suara DJ membingitkan telinga aku di waktu fikiran aku sudah tidak mampu lagi menghadam lagu yang dimainkannya. Terdorong, aku mengikuti jejak langkah remaja tersebut.

Perlukah aku menegur?
Hish.. Buat apa, bukannya aku kenal dia pun?

Biarkan saja?
Kalau benar apa yang aku fikir, bagaimana?
Apa akan terjadi pada bayi itu?
Ke mana dia akan dibawa?

Bagaimana dengan masa depannya?

Namun, hati kecil aku semakin lurut dan kecut. Aku tak berani untuk bertindak berlebihan yang menyanggah perbuatan manusia seharian. Ya benar, tidak pernah ada manusia akan menegur seseorang yang mereka tidak kenali di laluan pejalan kaki, melainkan untuk bertanya arah. Itukan lumrah?

Lalu, aku biarkan sahaja. Aku tidak perlu ke mesin membeli token. Kad Touch & Go aku keluarkan, sebaik melepasi kaunter, seorang big brader ku kira pekerja di kaunter terbabit bersedia bersama walkie talkienya. Matanya tidak lepas dari memandang remaja terbabit bersama bayi tersebut.

Mulutnya riuh menyampaikan maklumat barangkali.

Aku terus menuju ke eskalator. Sebaik sahaja sampai di pertengahannya, aku terdengar bunyi bising orang berlari-lari. Jeritan seorang lelaki "Hoi, jangan lari!! Kejar dia!!" menggamatkan seketika suasana. Nasib suasana di stesen ketika itu tidak ramai dengan manusia, ku kira hanya beberapa orang sahaja itupun bukan orang Malaysia.

Detik hati ingin menjenguk, apakan daya eskalator sudah sampai ke hujungnya serta pintu LRT dengan megah telah terbuka. Aku lupakan kisah 15 minit yang lalu, dan aku teruskan hari itu.. seperti biasa. Apa yang berlaku? Aku pun tak tahu.
  • Mungkin bayi itu diculik. Dan hendak dijual. Remaja itu cuma pekerja 'transit'.
  • Mungkin remaja itu abang kepada bayi tersebut.
  • Mungkin kerana dia abang, dan mereka hidup miskin maka dia tiada pilihan melainkan membawa bayi tersebut ke mana sahaja. Dan bagi mengelakkan kemungkinan berpisah dengan adik kesayangannya, dia memilih untuk melarikan diri. Kan selalu bayi seusia itu akan diserahkan ke rumah kebajikan masyarakat. Tinggi imaginasi aku
  • Mungkin jeritan "Jangan lari" itu bukan ditujukan kepada remaja lelaki tersebut tetapi pada pencopek jalanan kat situ. Kan kat situ ramai pencopek?
  • Mungkin .. mungkin.. dan mungkin...

Farah, 24 tahun (bukan nama sebenar) menghela nafas panjang setelah selesai bercerita. Dia termenung seketika. Mungkin mencari bait-bait kata yang sesuai sebelum menyambung semula bicaranya. Jelas Farah, sehingga hari ini situasi itu masih bermain di ruangan matanya. Jauh di sudut hati gadis kecil molek itu, sebenarnya dia berasa terkilan kerana dalam keadaan curiga sebegitu, dia harus buat sesuatu. Sekurang-kurangnya, sesuatu. Namun dia bertindak untuk tidak ambil tahu. Apa salahnya mencuba, sekurang-kurangnya jika benar anggapannya, dia mungkin dapat menyelamatkan satu nyawa?

Kata orang, masyarakat hari ini bertambah parah penyakit sosial dan moralnya. Mungkin ini salah satu penyebabnya. Keengganan seseorang individu itu untuk mengambil berat terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya menyebabkan jenayah mudah sekali berleluasa. Asal institusi masyarakat sebenarnya ditunjangi oleh orang perseorangan yang bersedia berkhidmat dan berpadu di bawah paksi yang sama. Namun andai individu ini berpecah belah, maka bagaimana institusi masyarakat mahu berdiri teguh?

Bukankah sepohon pokok yang subur itu datangnya dari akar yang kuat dan kukuh?

Namun, tak salah juga untuk berfikiran positif. Kata-kata dari +Ai Syah ada benarnya, husnudzon itu lebih baik. Atau bak kata +Sally Samsaiman, lebih baik dengar headphone dan layan diri sendiri daripada judging orang.

Sekian. The End.
Entri sebelumnya : CURIGA # 1

  1. ni sambungan dari entri sebelum ni kan gee? jika curiga baik menegur dan bertanya sahaja.. kalau berdiam diri pasti kita akan bersangka buruk terhadap beliau..

    ReplyDelete
  2. pikir positif je..curiga sikit2 takpe...hiiiii ..gee tak mau terbit novel ke??hehe

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang sifat curiga tu agar wajar juga dilayan
    mungkin ianya akan membawa kepada sesuatu
    siapa tahu kan? =)

    ReplyDelete
  4. stuju dengan Ai Syah tu.. husnuzhon.. tapi x salah kalau sekadar berjaga-jaga.

    ReplyDelete
  5. zizie pernah baca kisah yang serupa, tapi situasi berlainan iaitu menyesali selepas apa yang berlaku. insyaAllah, mungkin ada hikmahnya kenapa kita tak terdorong untuk membantu ketika itu. doakan sahaja bayi itu baik2 sahaja.

    ReplyDelete
  6. uiks...true story ke nie??mungkin remaja itu masuk stesen tanpa membayar tambang kot..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. semuanya mungkin..harap baby tu dalam keadaan selamat.. kalau Fiza di tempat tu pun tak tahu nak buat apa.. jangan cari pasal kalau tak buruk padahnye.. bunyi seperti pentingkan diri sendiri.. mungkin boleh tolong repot polis jer...

    ReplyDelete
  8. ha ah kan. seriously i imagined myself be in tht situation. haih confirm ee pun biaq pi je even duk curious sebenarnya apa. entahlah ni habit ke masalah jiwa raga ke amenda. hahaha.

    ReplyDelete
  9. you better be...sbb bila kita start judging org..kita takkan nmpk buruknya yg ada pada kita

    ReplyDelete
  10. yeah..ada betul nye..kadang kalau ada dlm situasi begitu kita akan rasa bersalah..meminta2 utk kite bertindak sesuatu .. sekurang2 nya mencuba . tp kalau kite xdpt nk bertindak atau kalau2 tindakan kita akan menyebabkan sesuatu y lebih merbahaya .. jgn bertindak secara terus, kite serahkan pd y lebih berkuasa..

    yup..betol..sebenarnya kite kena alert dgn keadaan..=)

    btw, suka ayat ni, "sepohon pokok yang subur itu datangnya dari akar yang kuat dan kukuh" ^_^

    ReplyDelete
  11. Kalau pada Nurul, memang dalam dilemma.. nak ambil tau, takut dikata sibuk jaga tepi kain orang, bila dibiarkan pula, kata tak ambil tahu masyarakat.. bila ambil tahu, dah masuk kes gossip2 pula.. alahaiiii.. aptb laa.. *ikut pertimbangan sendiri saja lah

    ReplyDelete
  12. setuju juga apa yang disampaikan ..semua pihak harus mainkan peranan

    ReplyDelete
  13. curiga sentiasa ada dalam diri kita dan ada kalanya itu membawa kebaikan di masa hadapan kerana kita tak tahu isi hati orang lain walauun dia tidur sebantal dengan kita...

    Assalmualaikum Gee

    ReplyDelete
  14. org Malaysia lbh suka jaga diri sendiri . tak muafakat utk membantu bila perkara sebegitu berlaku ditempat awam .

    ReplyDelete
  15. setiap manusia ada rasa ingin tahu tapi2 kdg2 terhalang dek kerana takut d cop penyibuk.. kalau anne mungkin akan terus tertanya2 & menyesal sbb tak gi ambik tahu.. hihihi..

    ReplyDelete
  16. Wow.... Too many unsaid thoughts.....
    Sigh. Mungkin dia?
    Ataupun?

    Hm. Curiga curiga. Qila pun tak tahu lah nak cakap apa.
    Kesian pulak baby tu ehehe.
    Hm. Society. Susah kan. Payah sangat. Sometimes takleh nak jaga tepi kain orang.
    Sometimes terjudge. Tapi entah lah. Lebih baik ikut cakap Kak sally mungkin? Ihihik.
    Kak gee i misschu <333

    ReplyDelete
  17. banyak kemungkinan..harap bayi tu tak jadi apa2 :')

    ReplyDelete
  18. bersangka baik kan......bnyk betul mungkin dan mungkin...

    ReplyDelete
  19. Wah...Gee ada bakat tulis novel ni....nice entry...

    ReplyDelete
  20. Setuju dengan komen Mizz Aiza tu...dpd terus bersangka elok tanya jer

    ReplyDelete
  21. Yup selalunya macam tu la, kita selalu terlepas pandang... terlepas dengar atau tak ambil perduli. Bila benda tu dah berlaku baru timbul penyesalan

    ReplyDelete
  22. gee...tulisan awk sgt bgus..wat novel lah? hehe

    ReplyDelete
  23. kalau jumpa kes mcm ni mesti ramai org buat tak kesah saja.. nk tegur nanti laki tu ckp apa plak. hati jd berbelah bagi. harap2 bayi tu tak ada apa2. masalah moral mkin teruk skrg ni kalau keluarga pun xamek kisah

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...