Penghabisan

• Gee Lion • 15:12:00 • 43 Sembang

Tiba-tiba saja. Takde angin takde ribut. Banyak perkara yang terjadi kebelakangan ini. Entah tak tahu nak mula dari mana.

Oh ye aku ada terima offer dari Zalora, untuk iklankan produk mereka di blog terpicis ni. At first, yeahhhh.. bestnya..

But on the second thought..

Actually aku dah malas nak tulis blog ni. Mungkin aku akan delete, mungkin private je sampai suatu masa.. atau sampai bila-bila. IDK yet. Memang aku rindu nak menulis tapi cukuplah kot aku tulis dalam diari je dan kalau malas sangat, maybe tulis dalam otak je.. macam mane tu?

Lu pikirlah sendiri..

So yeah.. hari masih redup ketika aku menaip entri ini. Tak banjir macam kat Kelantan. Burung-burung masih berkicauan tapi tetap tak boleh lawan bunyi hon kereta yang bersahut-sahutan di luar office sekarang.. Dan Thailand telahpun berjaya menjulang Piala AFF.. di samping Safee Sali yang tak habis-habis mengundang caci maki orang ramai sampai rasa nak letak kaki je kat muka dia..

Namun aku.. masih teguh berdiri di sini, mendepa tangan dan dada menerima segalanya…


Thank you to all bloggers yang tak jemu-jemu bertandang ke sini dan meninggalkan komen-komen yang memeriahkan rumah ni, InshaAllah kita ketemu di Sana nanti..

Selamat tinggal 2014. Semoga tahun 2015 dan tahun-tahun yang akan datang menjadi lebih baik berbanding tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya..


~ TAMAT ~

  1. tempat cik manis pun hujan tak berhenti henti lagi :)

    ReplyDelete
  2. kak gee!! baru hari ni ada update blog!! menghilang kat mana?? jangan la tutup blog >.<

    ReplyDelete
  3. kak Gee, nak pergi mana? sedih lak baca entry akak ni.
    walau apa pun, didoakan semoga akak sentiasa cekal menghadapi kehidupan yang makin menggila ini. moga kita jumpa disana nanti andai tuhan izin. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari kekuatan selepas bertubi2 kesilapan dilakukan.. :')

      Delete
  4. lama Gee hilang. sepi. ke mane?
    hurmm macam heavy je bunyinye.
    janganla delete blog ni. kan mana nk cari Dandelion :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tibe mase dandelion terbang .. :')

      Delete
  5. MENULIS LAH DGN SBB MINAT N SUKA BKN SBB TERPAKSA GEE...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada unsur keterpaksaan di sini.. cuma ada masanya kita perlukan masa untuk bersendirian.. (':

      Delete
  6. Baru je tergerak hati nak minta number kak gee untuk contact thru whatsapp ke etc (sebab rasa macam nak sharing something dan rasa macam u'll hv the same feeling as mine). Tup tup buka blog kak gee sekarang ni, kak gee nak stop writing pulak T_T

    Harapnya everything's ok. Kuatkan semangat, semoga segalanya dipermudahkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. stop for a while.. will continue when I have more good & motivational story to share with.. =)

      Everything is okay cik iqa.. and I pray for you too.. maybe someday, somehow.. our paths will cross.. =)

      Delete
  7. Laaa, dah kenapa nak delete blog?
    Takpe tak selalu tulis pon, kadang2 datang tulis pon tak apa. Tak ada siapa marah. Tapi jangan laa delete blog. Ramai yg akan kecewa tau :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. seorang blogger tutup blog, beriban lagi akan muncul cerO.. hiii.. (;

      Delete
  8. ni apa ke hal lain macam aje ni
    dah tu camne nak keep in touch ni
    sedihlah pula rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sedih2.. inshaAllah, Allah akan sentiasa menjaga saya, kak yana & semua :')

      Delete
  9. Jangan la pergi lagi...nanti berbulan tahan rindu! :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe.. berbulan bukan bertahun.. hihi.. :')

      Delete
  10. alah cik Gee.... takkan nak buat penghabisan begitu saja.. Sayang klau niat tu diteruskan.... xperlulah nak delete blog ni.. tpi keputusn ditngn anda! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak delete pun.. nak bersembunyi je dulu.. (:

      Delete
  11. ala, kak Gee nak delete blog ke? sebab tu ke dah jarang nak update? hmm. xpelah, bergantung pada setiap orang. yang penting, dia tahu apa yang dia lakukan..

    sesuailah gambar first dengan lagu blog ni ^^, saya suka. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang update sebab.. nak muhasabah penulisan dulu.. inshaAllah bila dah ready, akan berkarya semula.. bukan apa kadang2 manusia macam kak gee ni, selalu terleka menulis ikut suka..

      Delete
  12. moga segalanya akan semakin pulih...dan lebih baik dari sebelumnya...

    ReplyDelete
  13. penghabisan? tanpa salam terakhir? gee, semoga kembali. kerana setiap pena gee di sini penguat semangat hana sebagai seorang pejuang. jika gee gugur di pertengahan, bagaimana kita akan bertemu di persimpangan? semoga gee kuat semula harungi liku2 perih. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekiranya gagal jua bertemu di persimpangan, semoga kita berjumpa di garis penamat.. inshaAllah, seandainya berjodoh tidak ke mane.. (':

      inshaAllah saya kuat cik Hana.. terima kasih.. (':

      Delete
  14. hi, lama tak singgah sini...bye 2014..hello 2015..moga ada permulaan tahun yang baik..InsyaAllah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah ke sini walaupun sy dah lama tak berblog.. (:

      Delete
  15. Assalam Gee.. jumpa di tahun baru 2015..semoga sukses dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  16. Selamat tahun baru Gee.. moga tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. Nurul suka baca tulisan Gee.. sayang juga kalau diprivatekan.. tak dapat la menikmati karya Gee

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah.. kita bertemu lagi di lain waktu.. hohoho..

      Delete
  17. Woi woi nak hilang ke mana oi!!!!
    Kak geee ples la jgn menghilang hm :(
    hehe continue pretty pleeeess heheehe

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. menghilang utk bersendirian seketika.. happy February 2015 cik qila =)

      Delete
  19. selamat tahun baru Ros ucapkan :)

    ReplyDelete
  20. dah lama x singgah sini.. sekali singgah, dah nk penghabisan dah..? alaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap penghabisan adalah permulaan kpd sesuatu yg baru.. :')

      Delete
  21. Maaf lama x singgah ke sini. Tapi blog ni tetap di hati KA... samalh kita mood berblog dah down sgt2 skag ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Down sebab hal2 yg tak dapat dielakkan kan KA.. semoga kita berjaya mengharungi apa jua halangannya.. aaminn.. (':

      Delete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...