Penghabisan


Tiba-tiba saja. Takde angin takde ribut. Banyak perkara yang terjadi kebelakangan ini. Entah tak tahu nak mula dari mana.

Oh ye aku ada terima offer dari Zalora, untuk iklankan produk mereka di blog terpicis ni. At first, yeahhhh.. bestnya..

But on the second thought..

Actually aku dah malas nak tulis blog ni. Mungkin aku akan delete, mungkin private je sampai suatu masa.. atau sampai bila-bila. IDK yet. Memang aku rindu nak menulis tapi cukuplah kot aku tulis dalam diari je dan kalau malas sangat, maybe tulis dalam otak je.. macam mane tu?

Lu pikirlah sendiri..

So yeah.. hari masih redup ketika aku menaip entri ini. Tak banjir macam kat Kelantan. Burung-burung masih berkicauan tapi tetap tak boleh lawan bunyi hon kereta yang bersahut-sahutan di luar office sekarang.. Dan Thailand telahpun berjaya menjulang Piala AFF.. di samping Safee Sali yang tak habis-habis mengundang caci maki orang ramai sampai rasa nak letak kaki je kat muka dia..

Namun aku.. masih teguh berdiri di sini, mendepa tangan dan dada menerima segalanya…


Thank you to all bloggers yang tak jemu-jemu bertandang ke sini dan meninggalkan komen-komen yang memeriahkan rumah ni, InshaAllah kita ketemu di Sana nanti..

Selamat tinggal 2014. Semoga tahun 2015 dan tahun-tahun yang akan datang menjadi lebih baik berbanding tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya..


~ TAMAT ~

43 comments:

Inani Hazwani said...

tempat cik manis pun hujan tak berhenti henti lagi :)

Unknown said...

kak gee!! baru hari ni ada update blog!! menghilang kat mana?? jangan la tutup blog >.<

Unknown said...

kak Gee, nak pergi mana? sedih lak baca entry akak ni.
walau apa pun, didoakan semoga akak sentiasa cekal menghadapi kehidupan yang makin menggila ini. moga kita jumpa disana nanti andai tuhan izin. :')

anamizu said...

lama Gee hilang. sepi. ke mane?
hurmm macam heavy je bunyinye.
janganla delete blog ni. kan mana nk cari Dandelion :(

paridah said...

MENULIS LAH DGN SBB MINAT N SUKA BKN SBB TERPAKSA GEE...

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

nice sharing

Affy Afiqah said...

Baru je tergerak hati nak minta number kak gee untuk contact thru whatsapp ke etc (sebab rasa macam nak sharing something dan rasa macam u'll hv the same feeling as mine). Tup tup buka blog kak gee sekarang ni, kak gee nak stop writing pulak T_T

Harapnya everything's ok. Kuatkan semangat, semoga segalanya dipermudahkan :)

cEro said...

Laaa, dah kenapa nak delete blog?
Takpe tak selalu tulis pon, kadang2 datang tulis pon tak apa. Tak ada siapa marah. Tapi jangan laa delete blog. Ramai yg akan kecewa tau :(

Yana Yani said...

ni apa ke hal lain macam aje ni
dah tu camne nak keep in touch ni
sedihlah pula rasanya

Sally Samsaiman said...

Jangan la pergi lagi...nanti berbulan tahan rindu! :(

Jejari Menaip said...

alah cik Gee.... takkan nak buat penghabisan begitu saja.. Sayang klau niat tu diteruskan.... xperlulah nak delete blog ni.. tpi keputusn ditngn anda! :D

Amelia said...

ala, kak Gee nak delete blog ke? sebab tu ke dah jarang nak update? hmm. xpelah, bergantung pada setiap orang. yang penting, dia tahu apa yang dia lakukan..

sesuailah gambar first dengan lagu blog ni ^^, saya suka. hehe.

HeNRieTTa JoSe said...

moga segalanya akan semakin pulih...dan lebih baik dari sebelumnya...

Anonymous said...

penghabisan? tanpa salam terakhir? gee, semoga kembali. kerana setiap pena gee di sini penguat semangat hana sebagai seorang pejuang. jika gee gugur di pertengahan, bagaimana kita akan bertemu di persimpangan? semoga gee kuat semula harungi liku2 perih. :')

Mime MF said...

hi, lama tak singgah sini...bye 2014..hello 2015..moga ada permulaan tahun yang baik..InsyaAllah..:)

suka suka said...

Assalam Gee.. jumpa di tahun baru 2015..semoga sukses dunia dan akhirat..

Nurulhidayah said...

Selamat tahun baru Gee.. moga tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. Nurul suka baca tulisan Gee.. sayang juga kalau diprivatekan.. tak dapat la menikmati karya Gee

Aqilah Azmi said...

Woi woi nak hilang ke mana oi!!!!
Kak geee ples la jgn menghilang hm :(
hehe continue pretty pleeeess heheehe

Aqilah Azmi said...

And haappy new year kak gee!!!

Cik Rose said...

selamat tahun baru Ros ucapkan :)

Pha Is said...

dah lama x singgah sini.. sekali singgah, dah nk penghabisan dah..? alaaa...

Anonymous said...

Maaf lama x singgah ke sini. Tapi blog ni tetap di hati KA... samalh kita mood berblog dah down sgt2 skag ni

Gee Lion said...

Hai cik Manis =)

Gee Lion said...

Kalah dgn permainan dunia (':

Gee Lion said...

cari kekuatan selepas bertubi2 kesilapan dilakukan.. :')

Gee Lion said...

Dah tibe mase dandelion terbang .. :')

Gee Lion said...

Tiada unsur keterpaksaan di sini.. cuma ada masanya kita perlukan masa untuk bersendirian.. (':

Gee Lion said...

thanks..

Gee Lion said...

stop for a while.. will continue when I have more good & motivational story to share with.. =)

Everything is okay cik iqa.. and I pray for you too.. maybe someday, somehow.. our paths will cross.. =)

Gee Lion said...

seorang blogger tutup blog, beriban lagi akan muncul cerO.. hiii.. (;

Gee Lion said...

jangan sedih2.. inshaAllah, Allah akan sentiasa menjaga saya, kak yana & semua :')

Gee Lion said...

takpe.. berbulan bukan bertahun.. hihi.. :')

Gee Lion said...

tak delete pun.. nak bersembunyi je dulu.. (:

Gee Lion said...

jarang update sebab.. nak muhasabah penulisan dulu.. inshaAllah bila dah ready, akan berkarya semula.. bukan apa kadang2 manusia macam kak gee ni, selalu terleka menulis ikut suka..

Gee Lion said...

inshaAllah.. aaminn.. :')

Gee Lion said...

sekiranya gagal jua bertemu di persimpangan, semoga kita berjumpa di garis penamat.. inshaAllah, seandainya berjodoh tidak ke mane.. (':

inshaAllah saya kuat cik Hana.. terima kasih.. (':

Gee Lion said...

terima kasih singgah ke sini walaupun sy dah lama tak berblog.. (:

Gee Lion said...

terima kasih kak mar.. (':

Gee Lion said...

inshaAllah.. kita bertemu lagi di lain waktu.. hohoho..

Gee Lion said...

menghilang utk bersendirian seketika.. happy February 2015 cik qila =)

Gee Lion said...

terima kasih cik ros =)

Gee Lion said...

setiap penghabisan adalah permulaan kpd sesuatu yg baru.. :')

Gee Lion said...

Down sebab hal2 yg tak dapat dielakkan kan KA.. semoga kita berjaya mengharungi apa jua halangannya.. aaminn.. (':