Beban

Cuba ambil segelas air.
Pegang.
Ringankan?

Cuba pegang lama-lama.
Seminit.. dua minit.. tiga minit.. lima.. lapan.. sepuluh.. limabelas.. satu jam.. satu hari..

Apa rasanya?
Makin berat kan?
Makin lenguh kan?

Berat gelas air tetap sama sebenarnya, tapi semakin lama kau memegangnya, maka beratnya akan menjadi beban.

Begitulah dengan beban masalah.
Jika kita membawa beban masalah kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Berat itu sentiasa ada justeru apa yang perlu kita lakukan supaya ia tidak berterusan menjadi beban?

Letakkan sekejap gelas air tersebut.
Berehat seketika bersama kitkat
Bernafas perlahan-lahan.
Dan sambung, angkat lagi.


Masalah tidak akan meninggalkan kita. Ia terpulang pada kita untuk membawanya bagaimana. Sesekali cubalah untuk muhasabah diri seketika agar kita merasa lebih kuat, lebih segar dan insha Allah dipertemukan dengan solusinya.

Untuk jawapan untuk entri GELAS sebelum ini, saya memilih komen ini untuk menjawab persoalannya kepada anda semua.

Saya jumpa cerita tentang bagaimana kita tengok hidup kita. Dari atas atau dari bawah? Kalau tengok dari atas memang terasa kosong, tengoklah dari bawah.. sebenarnya banyak nikmat yang kita dah dapat yang mungkin kita tak sedar.
+Ai Syah , 4 Feb @ 2133

Jawapan saya :

Positif adalah apabila merasakan hidup ini sudah penuh secukupnya, negatif adalah apabila melihat hidup ini serba-serbi ada kurangnya!

Sekian. Selamat Hari Ahad.

50 comments:

suka suka said...

Stay positive... kadang2 tu lari dari landasan juga... hmmm bekalan zikir 24jam insyaAllah membantu.. peringatan utk diri akak juga ni..

Fi said...

Yaaaa skong dengan pendapat akak .. Masalah takkan hilang , tapi tengok macam mana cara kita mengatasinyaa

Unknown said...

ha'a..betul sgt2..sy pun terfikir bile bce . gelas y ringan kalo pegang lama2 terasa berat . yeah! such an interesting analogy . =)
Jgn terlalu merasakan sesuatu mslh tu berat . Sbb segalanya ada solusinya . Keep calm .=)

eh..jwpn sy terselit di entry ni..hehe..terima kasih . ^_^ .

Jejari Menaip said...

beban itu pasti ringan bila kita berusha untuk membuangnya jauh-jauh.Sebenar diri kita yang suka untuk mencipta sebuah beban yang besar...Hanya dari sekecil2nya akhirnya menjadu besar sehingga kita terasa payah dengan sebuah kehidupan..:D

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

positif itu yang penting.

Fatin Wawa said...

walau tanpa gelas ditangan cukuplah hanya mengangkat tangan pun lama2 ttp akan terbeban juga... kan.. :)

Mirza Rohizat said...

lari dari masalah atau biarkan masalah tanpa selesaikannya bukan jalan yang bijak..
ap yang penting setiap masalah ad penyelesaiannya :)

Anonymous said...

terima kasih. hana makin faham. semakin faham. tapi kekuatan masih perlukan waktu utk dikumpulkan. biar akan datang tak terduduk terus bila masalah datang bertimpa seperti ombak. :')

Gee Lion said...

Inshaa Allah kak Mar, stay positive pun dapat membantu kita mengharungi saat-saat beban itu. Especially ditemani dgn zikir, confirm jadi kuat.. terima kasih atas peringatan ye.. =D

Gee Lion said...

terima kasih cik fiqah.. alhamdulillah.. muhasabah diri kala masalah melanda lebih penting berbanding fokus pd masalahkan.. :)

Gee Lion said...

You're most welcome cik Ai Syah, now that you know, don't forget to stay calm no matter in what condition. Inshaa Allah you'll find the solution.. :)

Gee Lion said...

Kadang-kadang beban itu bukan datang dari kita, tapi dari persekitaran. Tapi ia terpulang pd kita utk melihatnya bagaimana. Bak kata omputeh; It's Not What Happens to You, It's What You Do About It. ;)

Gee Lion said...

Yups.. :)

Gee Lion said...

see..? beban masih ada walau macam mana sekalipun.. =)

Gee Lion said...

betul tu cik Mirza. stay positive yups.

Gee Lion said...

waktu sentiasa ada utk kita cik Hana.
gunakan sebaiknya.
kalau dilengah makin terbuang.
jika disimpan makin berkesan.
yg penting cik Hana tahu apa cik Hana lakukan.
itu saja mencukupi..

Yana Yani said...

betul tu...pilihan ada dekat tangan kita sendiri =)

Azhafizah MN said...

walau ape pun dugaan kita kena hadapi dan bukan lari masalah..setiap permasalahan ada jalan penyelesaian..cuma kita perlu bijak menyelesaikan :)

Azlan Strider said...

satu contoh yang menarik nie...tapi kadang2 ada juga situasi dimana kita tiada tempat untuk meletakkan gelas terbabit..hehehe

Regards.
-Strider-

Aqilah Azmi said...

Thanks kak gee.
Thanks................... <3

Sally Samsaiman said...

stay positive...all the thing that you need to do...and keep believe in Allah :)

OKje said...

Kedua dua kata kata tu mmg best ..... menyimpan seribu makna yg penuh pengertian

anamizu said...

setiap mslh yg dtg, kita tempuh.
inshaAllah kita jd lebih berani :)

Mime MF said...

oh...so kn stay positif la dgn apa yg berlaku dlm hidup kita...dlm erti lain belajar mensyukuri..huhu :)

Mizz Aiza said...

pandanglah maslah itu dari sudut pelbagai sudut yang berbeza.. setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.. sama seperti penyakit yang ada ubatnya..

Nurulhidayah said...

Masalah tetap masalah.. pada kita untuk melihatnya bagaimana.. kalau berat, beratlah ia, kalau ringan maka ringanlah ia..

Pha Is said...

perbandingan yg baik..

Atien said...

Makin di simpan makin berat.bercakap tak semudah yg menghadapinya.:)

sobri yaacob said...

seberat2 air yg dipegang..lagi berat beban yang bakal ditanggung mendatang ! wah puitis :P

Gee Lion said...

jadi terpulang pd kita nak buat bagaimana kan..?

Gee Lion said...

lari dari masalah buat masalah tu makin besar je kan? =)

Gee Lion said...

kat atas lantai tempat kita berdiri kan ada.. jangan kata takde..

Gee Lion said...

you're welcome.. but why?

Gee Lion said...

you're absolutely right.. =)

Gee Lion said...

opkos kak okje.. ;)

Gee Lion said...

inshaallah cik ana.. =)

Gee Lion said...

lebih kurang macam itulah en.Sobri.. :p

Gee Lion said...

lepaskan sekali sekala. dah cukup kuat hadap semula..

Gee Lion said...

tenkiu en.Pha Is, alhamdulillah..

Gee Lion said...

betul tu cik Nurul.. moga mendapat ilham hasil dari tulisan ini... =)

Gee Lion said...

kalau sesekali terasa berat, rehat seketika bersama kit kat.. =)

Gee Lion said...

begitulah ceritanya cik Mime. ada masalah, kita sentiasa ada masalah. tapi jangan lupa, sesekali kena berhenti 'muhasabah' diri seketika. kerana diri kita begitu berharga.. hehee.. :3

Mizz Aiza said...

hehe.. betul juga ya.. :D

Scripters said...

Janganlah kita terlalu mengikuti keinginan hati atau nafsu, tapi ikutilah segala apa yg telah dan akan terjadi (keinginan Allah). Lalu terimalah dgn ikhlas sabar dan tawakkal.

Chic Na said...

think positive.. be positive.. :)

Anonymous said...

Gee...ada org anggap ujian sebagai satu masalah,apabila ianya dianggap sebagai masalah ianya akan menjadi beban..,akak tk pernah rasa hidup akak bermasalah dan akak tk pernah anggap ujian itu satu beban sebaliknya ianya adalah krn kasihsayangNYA.....,

Gee Lion said...

InshaaAllah cik Ida.. inshaaAllah.. :')

Gee Lion said...

Yups! So true!!

Gee Lion said...

bukankah kerana kasih sayangNya maka ada ujian tersebut kak Wir, justeru anggapan kak Wir langsung tak salah. bahkan digalakkan utk setiap manusia.. (:

" Tahu tak apa yg Allah buat bila Dia rindu pada hambaNya? Allah akan kirimkan hadiah istimewa melalui malaikat Jibrail yang isinya adalah ujian dan dugaan hidup. Allah berfirman melalui Malaikat Jibrail "Pergilah kepada hambaku dan kirimkanlah ujian kepadanya sesungguhnya aku rindu akan rintihannya."

...

Anonymous said...

Betul tu Gee...Allah rindu dgn rintihan kita sebagai hambaNYA dan sepatutnya kpd Dia kita merintih di setiap saat...ketika mengadapNya...tp akak tgk ramai dikalangan kita yg merintih dn keluh kesah di laman maya ciptaan yahudi ini....akakpun kdg2 tk terkecuali....