Naga

Dari jauh dia mendengar dan memerhati sang manusia matang yang mengaku dewasa. Mereka adalah darah sepelukannya. Mereka adalah tumpangan rahim bersama. Kadang-kala yang singgah di kuping bukanlah hal yang manis-manis, bukan yang enak. Dan apa yang diperlakukan juga bukan hal yang baik-baik.

Pasernya tidaklah semampai itu pada sang kedaluwarsa. Hati tidaklah semapan itu untuk terus ampuh tanpa dirempuh. Kertas sekali renyuk walau digosok tidak akan lagi kembali ke sosok awalnya. Dan kau mahu bicara soal hati, yang lebih rapuh sifatnya dari si kertas. Ya rapuh, maaf dia tidak sekuat kau.


Mengapa harus bercintakan geliga di mulut naga? Padahal kau sendiri memberitahu naga itu menunggu mutiara di dalam gua? Sedangkan yang ada di depan mata tidak kau jaga sebaiknya?

Dari jauh dia mendengar dan memerhati sang manusia dewasa yang mengaku matang. Ada yang tegang. Ada yang regang. Berlaman-laman helaian pun tiada guna, ada orang depannya manis belakangnya memberitahu seribu satu macam perkara. Namun seteru jauh sekali, kerana nyatanya perasaan hormat itu masih berbaki dalam hati.

50 comments:

Unknown said...

suka baca entri kak gee! ayat yang penuh dengan maksud tersirat..

Yana Yani said...

boleh tahan juga cerita ni
baca banyak kali still tak faham

Akupenghibur.com said...

jangan biarka nnaga menghempus nadanya...berlari ke langit mengejar sesuatu yang realiti

p/s : harap dapat vote blog acik untuk favorite lifestyle blog di media social awards. cara-cara ada di blog acik

Jejari Menaip said...

perasaan hormat masih berbaki di dalam hati.. :D

Aqilah Azmi said...

ingat pasal naga raya cina hihi rupa2nya...

hm
selalu cemtu.
Bila dah ada depan mata, tak dihargai.
Bila hilang baru lah terkial2 nak cari hm

Mirza Rohizat said...

tula,kadang-kadang manusia depan baik,belakang kita tak taw kan :)

Vee said...

I. Dont. Understand. o.O Kiasan power sgt.. Huhuhuh.

Unknown said...

hati mmg kdg2 rapuh tapi kdg2 perlu kuat sbb xsemua org phm hati kita . Kalau dibiarkan terus rapuh . Kita y merana . =)

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

wah...menarik

Anonymous said...

jap2... siapa sang naga ni sebenarnya hehehe

Azlan Strider said...

kekadang manusia terlalu fokus terhadap benda lain sampaikan lupa apa yang ada padanya...

Regards,
-Strider-

dear anies said...

bercintakan geliga di mulut naga?

Unknown said...

kak gee best entry... bila baca mula terbayang masa sekolah kena baca depan semua budak2 kelas dgn guna ayat bahasa melayu sgt :)

Mime MF said...

manusia matang mengaku dewasa...emmm dewasa tak semestinya matang..kadangkala perkara simple boleh jd rumit..

Gee Lion said...

@Iris JasmineThank you cik Iris.. *blushing blushing*

Gee Lion said...

@yana yani takpe tak faham cik yana..jangan dipaksa diri tu utk memahami.. hehe.. =)

Gee Lion said...

@Aku Penghibur apa yg dikejar rasanya takkan mampu dicapai acik. langit tu terlalu tinggi pd dia.. =)

p/s : dah vote dah.. :)

Gee Lion said...

@ikhwan yusuff harus.. kena ada rasa hormat pd mereka2 ni..

Gee Lion said...

@Akeyla Azmi dok eh.. hehe.. lumrah sifat manusia kan.. maybe one day, tiba giliran kak gee pula agaknya..

Gee Lion said...

@mirza syazwina biasalah tu.. nak selamatkan diri punya pasal kan..

Gee Lion said...

@Vee Tarleah Ricky takpe.. jangan dipaksa hatimu memahaminya.. mwahaha..

Gee Lion said...

@Ai Syah dia pun tak ingin berterusan mcm tu cik ai syah.. =)

Gee Lion said...

@Muhammad Khairuddin Lim alhamdulillah.. =)

Gee Lion said...

@Kesuma Angsana macam dpt tangkap sesuatu ke di sini? hehe.. >.<

Gee Lion said...

@Azlan Strider kdg2 saya takut saya akan jadi mcm tu juga suatu hari nanti.. :(

Gee Lion said...

@Khai♥Rin : anies silalah google maknanya cik anies.. hihi..

Gee Lion said...

@arina abdul rahman tak ke ada antara kita yg rindu utk berbahasa melayu sepenuhnya? tapi sayang, kita sendiri enggan berbuat macam tu.. saya sendiri pun kdg2.. :(

Gee Lion said...

@Mime MF simple kan? tapi apa yg dipandang simple itu lah yg rumit sebenarnya.. =)

OKje said...

Malam malam mcm ni minda dah tak mampu nak memahami bahasa puitis Gee hehe......yg pasti nak Zzzzz.....hehe

Anonymous said...

hana faham. hana faham. hana rasakannya. manusia sifatnya begitu. saat mutiara depan mata tak pernah dijaga dengan baik. cuba kalau pesaing tu mencuri? kan sudah putih mata? siapa yang susah?

suka suka said...

Kadang2 tu rasa hormat itu dah tak boleh nak tampung2... baik depan mata jeww ada maknalatu... sekali sekala kena bagi sedas dua das api naga tu...bagi sedor sikit he he... in real life kalau ada api mulut naga ni mau terbakar kening yg tebal tu kan :) atau bulu roma je yg tersambar?

Atien said...

Ingat naga tahun baru cina..kan tahun kuda..hehee.rupanya naga lain..mana gee dapat gambar animated mcm ni ye,buat sdri ke?

Unknown said...

betul tu kak gee.. tambah budak zaman sekarang kalau type sms.. sampai tak faham apa yg diorang tulis

Sally Samsaiman said...

manusia...kerap nampak yg rumit dr yg mudah...kerap lagi suka menyakitkan diri daripada biarkan bahagia :D

Cik Itah said...

salam. cerpen ya??

Nurulhidayah said...

Seekor burung ditangan lebih berharga dari seribu burung diangkasa... erkk.. ada kaitan tak? haha

Unknown said...

Is that Haku?

Gee Lion said...

hahaha.. takpe kak okje.. saya pun kalau ngantok memang otak terus jadi blur.. hihi..

Gee Lion said...

ada ada..

ada ada je cik Nurul ni..
hehehe. >.<

Gee Lion said...

mereka dan keluarga mereka yg susah cik Hana.. =(
dalam kes dia.. naga diminta keluar pd saat mereka sendiri tak mampu menjaga mutiara yg sedia ada..

Gee Lion said...

haha.. ni nak fire naga ke nak naga fire orang yg baik depan mata tu?

Gee Lion said...

ini naga import khas dari negara cina kak atien. @@,
saya kutip dari weheartit.com
boleh klik kat gambar tu utk redirect.. :)

Gee Lion said...

Boleh bayangkan tak suasananya dalam 30 tahun akan datang. Masa tu kita masing-masing dah tua. Bahasa apa agaknya yg akan jadi popular dlm kalangan anak cucu kita? Hurmmm..

Gee Lion said...

Mungkin dia tidak mahu melihat orang lain bahagia..

Gee Lion said...

lebih kurang.. ;)

Gee Lion said...

I think so.. ^_^

Mizz Aiza said...

ada maksud tersirat entri ini ya? sekali baca akak tak faham.. hehe..

Gee Lion said...

memang tersirat kak aiza.. jangan harap nak faham. mwahahahha..

Anonymous said...

Tak perlu menunggu seseorg itu dewasa atau sempurna utk kita menghormati mereka...hormati mereka sebagai insan..biarpun cuma seorg kanak2 berusia 5 tahun..belajar utk memaafkan setiap kesilapan..dari sini dtg segala2nya Gee ...di sini tempatnya....HATI....

Gee Lion said...

" Namun seteru jauh sekali, kerana nyatanya perasaan hormat itu masih berbaki dalam hati.."

:)