Engkau mungkin akan berkahwin dengan lelaki yang sangat keji, sebagaimana Asiyah berkahwin dengan Firaun tetapi itu tidak sedikit pun mengubahnya & keimanannya kepada Allah.
Engkau mungkin akan berkahwin dengan lelaki yang sangat soleh sebagaimana Nabi-nabi Allah namun itu tidak mampu menyelamatkanmu dari seksaan & kemurkaan Allah seperti isteri Nabi Lut AS.
Engkau juga mungkin tidak berkahwin dengan mana-mana lelaki pun sepanjang kehidupanmu sebagaimana Maryam AS, namun Allah telah mengangkat darjatnya melebihi mana-mana wanita di dalam dunia ini & menghuni syurgaNya yang abadi.
Sahabat muslim dan muslimah.. Ketahuilah keutamaanmu. Mengapa terus membiarkan diri terus memikirkan siapa dia yang engkau kahwini atau bakal kahwini hinggakan engkau terlupa untuk bermuhasabah merenung diri ;
"Siapakah aku di hadapan Allah? Adakah Allah sedang meredhaiku?"
25 comments:
Allahu... Malu dengan Sang Pencipta...
Saya setuju. Kebanyakan orang berfikir perkahwinan itu menyempurnakan kehidupan terutama perempuan malah masyarakat juga meletakkan tanda aras yang sedemikian. Realitinya dalam kehidupan di dunia ini, bukan semua orang direzekikan jodoh oleh Allah s.w.t.
Setuju, lebih baik tilik diri sendiri dulu biar lebih baik, nanti pasti Allah kirimkan orang yang terbaik menjadi teman.
SEMOGA MAMPU BERFIKIR WARAS SEIRING MAHUNYA....
Ramai juga yang tidak fikir bahawa onak ranjau berliku-liku dalam rumahtangga. Ada dugaan yang menanti..
Sebelum menjalani bahtera rumahtangga, perbaiki diri agar lebih dekat dengan Allah.. Menjadi hamba yang soleh/soleha..
Salam.
Semoga jodoh kita adalah orang yang terbaik dan sesuai untuk kita.
Alhamdulillah, sekurangnya kita masih punya rasa :")
Cik Misstree,
Jika tidak di sini, di sana sudah pasti. Tapi tak ramai yg bersedia dengan hakikat ni.
Reen,
Pendek kata, jika menginginkan pasangan seperti Saidina Ali, maka diri itu sendiri haruslah bersiap sedia menjadi seperti Fatimah. Tapi, juga tak ramai yg menyedari hakikat ni sebaliknya sentiasa mengharap berjumpa dgn lelaki yg mampu menjadi imam mereka sedangkan diri.. Hurm, teringat pula saya pada kata-kata dari Fatimah Syarha;
"Telah tercatat seungkap nama pasangan di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu."
Betul tu NM =)
InshaAllah akak ^_^
Juga yg mampu mengingatkan kita pada Dia.
InshaAllah.
Ya, di akhirat itu pasti. Berkahwin itu sebahagian daripada nikmat di syurga. Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (Hadis Riwayat Muslim).
oohhh, so deep. menusuk sampai ke sanubari. betul apa kak gee cakap. ada kaitan dengan entry kita tadi.
iyela. macam best je buat 1 entry pasal cerita ni. kisah pakcik saya yang sudah meninggal dunia
tapi tak menyentuh terlalu dalam. cuma kisah cinta sahaja
tak pe dik.. mungkin jodoh adik sesat.. hee~ in shaa Allah.. perjalanan kehidupan yang baik baik untuk adik..
Mendalam maksudnya ni, Gee. Jangan terlalu mendengar kata orang di sekeliling. Orang berkahwin, kita pun nak berkahwin juga. Tengok diri sendiri dan tengok lelaki yang bakal menjadi pasangan kita. Semoga pilihan kita yang terbaik untuk diri kita.
Semoga apa yang baik dijadikan panduan ye Amy ^_^
Saya dah bertemu jodoh pun Atie.
Heeheee..
InshaAllah MD. Saya pun masih mendidik diri menjadi isteri yg baik utk suami begitu juga suami. Masing-masing dlm proses membaiki diri, menyedari kekurangan masing-masing dari masa bujang yg mungkin boleh menjadi penyakit dlm keluarga yg baru dibina.
setuju dgn kata2 misstree
Peringatan yang bagus.. Sama2 kita berusaha ke arah yang lebih baik..
I loike!
betul. dari sibuk memikirkan apa apa untuk akan datang. baik cuba perbaiki masa sekarang kan :)
Ya Allah tq zie untuk entry ni...
Post a Comment