Inikah pengakhiran?

Penceraian itu perkara yang halal namun ia juga adalah perkara yang paling dibenci oleh Allah swt. Katanya, bergegar tiang Arasy setiap kali isteri membentak meminta cerai daripada suaminya.

Dan dialah isteri yang derhaka itu.

Seboleh mungkin, dia mengikhlaskan segala yang telah dia berikan seperti mana dia pasti suaminya juga mengikhlaskan diri berkorban untuknya. Bukankah perkahwinan ini terbina atas dasar cinta? Bertiang serikan kasih sayang dan perjanjian untuk hidup susah senang bersama-sama ke akhirnya?

Namun hari ini, mengapa dia membentak?

Dia lari, meninggalkan segalanya. Dia hanya memohon agar diberikan ruang untuk berfikir dan masa untuk bertenang. Risau terlanjur kata, melukakan jiwa. Tapi tidak, permintaannya tidak diendahkan. Handphone dibelek dan didapati satu kiriman Whatsapp; yang telah memutuskan segala-galanya.

Dirinya sudah biasa dituduh, dia sedar bahawa dia adalah manusia jahat bahkan banyak sekali kesilapan yang dilakukan sehingga memperjudikan nasibnya sendiri. Dia sudah biasa disalahkan untuk segala-galanya namun kali ini, mengapa mesti dari insan yang dia utamakan lebih dari segala-galanya? Perasaan benci kian menguasai, menolak kuasa cinta ke tepi.

Paling penting, mengapa dia lega? Apakah ini pengakhirannya?

4 comments:

Warisan Petani said...

Lamanya menghilang.
Jangan fikirkan pengakhiran,
tetapi bertekadlah untuk sebuah permulaan.

Warisan Petani said...

Mungkin hanya satu pengakhiran episod duka
Semoga episod seterusnya hadir bahagia.

Wak Lat said...

perkawaenan adalah projek usahasama., kalo laki salah isteri jugak salah., dua2 syalahhhh

Gee Lion said...

Tau takpe.. sebab ia memerlukan persetujuan dua manusia untuk menjadikan sebuah akad nikah sempurna dan berjalan lancar. ^_^