Mutiara

Perasaan itu kian beralih dari hari ke hari. Dah lama sudah dia menyedari, ada dunia yang lebih besar di luar sana untuk diterokai. Melihat kocakan air itu kadang kala menyedihkan. Bila terkenang bahawa segalanya sudah berubah. Benar orang kata, masa itu penentu, kadang kala mengubah segalanya.

Senang dikatakan bahawa kita mengambil sesaat yang lebih untuk melupakan seseorang, berbanding sesaat yang kurang untuk mengenali siapa dia. Kadang-kadang kita terlupa, perpisahan itu tercipta tatkala adanya pertemuan. Kita tidak bersedia, kita terleka.. Senang berkongsi segala cerita dan rahsia hingga akhirnya kenangan menghantui jiwa.


Sukar sekali dilepas pergi. Detik memejamkan mata adalah detik yang paling kejam, fikiran ini kebuntuan sedang hati sudah banyak kali menyakinkan, ada perkara yang lebih besar daripada semua ini. Sebenarnya, bukan soal memaafkan orang lain itu yang sukar. Tapi memaafkan diri sendiri, itu yang menyesakkan lebih dada ini.

Entah mengapa diri ini masih degil. Masih, mutiara itu ingin berjasa menggilapkan permukaan hati yang kekeringan..

58 comments:

sud@is said...

Ayat sastera jiwang jiwang,
Kalau nk pejamlah mata, esok bgon awal nk p keja..cakap macam tu kat mata boleh?
kasihani lah diri sndri. Pupuk jati diri patah tumbuh hilang berganti..

Kamsiah yusoff said...

akak surrender utk mengomen kt sini...tak tau berbahasa puitis segala bagai hehe

Cik nadya said...

itulah namanya kenangan.
walaupon keberadaannya hanya seketika. ia dah cukup menyesakan dada kite. wuu

Cik Fafa said...

semua bermula dengan diri kita sendiri.

anamizu said...

"Tapi memaafkan diri sendiri, itu yang menyesakkan lagi dada ini..." --- kena jugakla maafkan diri sendiri. sbb semua yg berlaku, ada sebab kenapa Allah izinkan ia terjadi. kan?

Fidah Shah said...

Sesaknya dada bila memikirkan masih ada lagi yang berbuku di hati...
Salam hujung minggu Gee..

licha said...

sedih jugak kalau teringat kisah2 dulu ni :)

Anonymous said...

perpisahan itu tercipta dengan adanya pertemuan.. i loooike. manusia memang meant to be together dan berpisah. tapi kalau diambil dari sudut positif.. perpisahan mengajar kita dari banyak sudut. memang perit. tak ada perpisahan yang seronok. namun kena yakin.. semuanya bersebab.

Izzati Amira said...

adakah hati cik Gee mudah rapuh?? take ur time... jangan biarkan mutiara itu sentiasa mengalir

paridah said...

kesilapan lalu kdg disesali sgt n xberupaya memaafkan diri sendiri....

Kira Sakura said...

tapi kalau dengan satu kesalahan orang boleh lupa sape kita kan? boleh lupa segala kenangan manis masa mengenali dulu

Cik Balqis said...

Huhu..sgt mnyentuh perasaan. Tp sy mmg susah sgt nk memaafkn drinya lantaran dek perpisahan yg trpkse sy putuskn demi mnjaga 4 hati yg merana. Hurmm..mgkin ada hikmahnya

Nurhaziq Abdul Hafiz said...

kata kata yang sungguh puitis tapi...saya tak berapa nak faham. Maksud sebenar entri ni ditujukan kepada siapa saya tak capai lagi. hehe

Affy Afiqah said...

Hikmah yang kita tak boleh nampak tu yang buat "meneruskan kehidupan" terasa payah. Sebab tak tahu sama ada apa yang kita tinggalkan baik atau tidak untuk masa akan datang :)

Gee Lion said...

Ayat sastera jiwang-jiwang mengada-ngada... hehe..
Boleh.. nanti saya pesan pada dia.. sebab mata itu bukan saya yg punya....

Gee Lion said...

takpe kak..
saya faham..
hehe.. ^_^

Gee Lion said...

apa yg bahaya bila membiarkan diri kita hidup terus diselubungi kenangan..
memang masa silam perkara yg baik utk refleksi diri, tapi bukan tempat tinggal yg bagus..

Gee Lion said...

setuju.
diri sendiri yg cari penyakit.
diri sendiri juga kena cari penawarnya..

Gee Lion said...

Sebab kadang kala walau berlaku atas keizinan Allah sekalipun, diri sendiri tidak pandai nak redha.. Masih beranggapan ianya tidak berlaku.. Pendek kata, mungkin dia masih enggan menerima takdir yg ditetapkan..

Gee Lion said...

Jangan sesak-sesak kak fidah,
nanti jadi macam orang dlm entri kat atas ni. hehe
salam hujung minggu ^_^

Gee Lion said...

kenangan....

Gee Lion said...

saya akan copy nasihat ini dalam hati.. ^_^

Gee Lion said...

hati dia boleh jadi seperti hati kita semua..
mungkin mutiara itu bagus buat hati yg inginkan perubahan selepas penyesalan..

Gee Lion said...

apa yg saya belajar dari kisah ini,
kesilapan memang tak dapat dielakkan..
penyesalan sudah pasti..
tapi segalanya terpulang pada diri sendiri..
sama ada ingin menyimpan atau memaafkan...

Gee Lion said...

Itulah namanya manusia cik kira,
kerana itu jangan dicari redha manusia..
carilah redha Allah..
secara tak langsung dapat menjawab segala persoalan dlm entri di atas..

Gee Lion said...

maaf itu perkara yg sangat subjektif.
bukan kata kita tidak memaafkan dia bila mana kita masih ingat segala perilakunya yg melukakan hati kita..
cuma mungkin, kita hanya ingin berjaga-jaga
takut nanti jika alpa dan terlupa, bisa terulang kesilapan yg serupa..

Gee Lion said...

takpe..
saya tahu akan ada pembaca yg tidak faham..
senyum aje lah MNH.. hehehe..

p/s : ditujukan pd kita semua..

Gee Lion said...

Mungkin sengaja disembunyikan utk melihat sejauh mana ikhlasnya kita..

NasQ said...

kena baca dua tiga kali... baru nak faham sikit...

Yana Yani said...

perkataan sesaat tu buat teringat lagu ramlah ram dengan sleeq pula
"sesaat kau datang..." pastu apa entah, lupa dah =)
yang pasti walau sedang membaca sepenuh jiwa, tak dapat tangkap

cuma nak kata cantik banner! =)

Akupenghibur.com said...

Di sebalik apa yang berlaku tersembunyi hikmah yang kita tak tahu.. bersangka baik dengan ALLAH

Afiqah said...

deepnya kata kata diaa. good jobb

Unknown said...

Eh ni kisah memaafkan kan ? Maaflahhh komen tak kena dgn tajuk pulak.. Heheheee

Cik nadya said...

setuju! sangat bahaya. wuu tuuyang rasa aduhh . aduh. jgn pikiq2 kenangan la. hoho

dear anies said...

tiada perpisahan... tiadalah pertemuan...

Umi Nazrah said...

kena redha. Allah Maha Mengetahui. kalau pun tak boleh nak redha, kena cuba. kena lepaskan. memang untuk pertama kali agak susah. tapi Allah Maha Mengetahui.

siapa kita nak melawan apa yg Dia rancang & sudah aturkan utk kita? :)

drshikinzainal @ ekin said...

Bila hati suka, kita memuja..
Bila benci bertapa, kita menghina..
Itulah lumrahnya..

Gee Lion said...

Kenangan bukan utk difikir.. tapi hanya utk dikenang.. kenang-kenangkan.. hehe..

Gee Lion said...

takpe eh tak faham pun.. haha.. nak buat acaner.. ^_^

Gee Lion said...

tulis juga dengan sepenuh jiwa.. agar orang tertentu dapat merasainya.. :')
thanks.. hasil tangan cik Maisarah.. ^_^

Gee Lion said...

Dia cuma gagal bersangka baik utk dirinya sendiri..

Gee Lion said...

Alhamdulillah.. thanks DF..

Gee Lion said...

kisah tentang dia dan kenangan yg tak dapat dipisahkan.

Gee Lion said...

setuju.. ^_^

Gee Lion said...

saya pasti dia redha.. dia cuma enggan memaafkan diri sendiri sahaja.
tidak juga dia melawan. mutiara itu adalah tanda keikhlasan dia terhadap aturan Allah padanya.

Gee Lion said...

lain pada dia..
dia tidak memuja, tidak juga menghina.. :')

Unknown said...

Kadang2 kita perlu guna mutiara yang ada sebagai penyembuh luka. Mutiara yang gugur itu bukan sebab lemah. Tapi sebab kita masih punya perasaan untuk mengenang. Apapun hidup kena move on kak gee :)

Yeah saya rasa saya dapat hadam entry kali ni :p

Gee Lion said...

Petunjuknya ada.. cuma minda kena kosong tatkala membaca entri kak gee.. InshaAllah ditunjukkan Allah jawapannya..

Apapun jika dapat menghadam maksudnya, sama-samalah kita mengambil iktibar ye.. ^_^

Amelia said...

aiyark.. mau komen apa ye. hehehe. hmm... betul. setiap pertemuan ada perpisahan. tapi setiap orang yang kita jumpa tu ada sebabnya. ada mengajar kita untuk menjadi sabar, ada mengajar kita jangan terlalu leka dengan dunia... mungkin perpisahan terjadi sebab ALLAH nak gantikan dengan lain pula. nak bagi kita pengajaran yang lain... kalau ada jodoh, bertemu semula..

OKje said...

Frust ke Gee.... dah cari jer orang lain hihi....
Tapi OKje mengakuinya bukan mudah nak melupakan orang yg kita sayang.....Sementara ada depan mata sayangilah ia semampunya....

Fatimah Nabila said...

Tak suka dgn kenangan lalu..pedih klau nk diingat..disbbkn knangan lalu..hati sntiasa perit utk mncipta knangan bru..biarlah diri ini trus sendiri..

Farrah MF said...

Perpisahan akan lebih mematangkan kita. Ada insan-insan tertentu yang akan singgah sementara sekadar untuk warnakan kanvas hidup kita :)

Invisible Me said...

Deep. Tapi kadang nak memaafkan diri tu punya rasa ragu meski tahu banyak salah pada diri sendiri.

Time Traveller said...

Kdng2 kenangan lalu itu biar ia berlalu sahaja...
Tak tahu nak komen macan mana huhuuu..

Jari Manis said...

jika 'syg' sudah berputik, jika 'perasaan' sudah jatuh ke dalam lubuk hati seseorang...saat utk melupakan mengambil masa yg lama dan sgt menyiksakan

Anonymous said...

sejak akhir² ini. itulah yang hana kerap rasai. hana sndiri tak tahu. dulu ingatkan bila tak hubungi walau bertahun memakan hari, mungkin bisa utk dilupai. tapi sayang. hana hanya kejam pada diri. bibir bicara benci sedang hati sangat lelah dalam menanti. ada bait2 rindu yang terukir suci. arghhhh. !!!

Jie said...

betul tu.tak mudah melupakan kenangan. kadang tanpa diduga teringat pada kenangn walau x dipinta. hehe

Anonymous said...

kekalkan kenangan yg ada..
jangan tercoret satu lagi kisah pahit yang memadam segala kenangan manis yg pernah terbina..

peluang kedua?
sometimes, it's now.. or never..
:')

ingat lagi kata² penguat cik gee pada hana di pena hana mengenai sembunyi? hana sendiri penat tertanya² betulkah kita akan kembali semula seperti dulu kerana kemungkinan itu ada. dan jika ya, kita kena bersedia hadapi derita jiwa yg berkemungkinan jua. :')