Kaku

• Gee Lion • 20:51:00 • 28 Sembang
Sebolehnya, dia ingin lari dari semua pandangan orang di luar sana. Membina sangkar hanya untuk dia seorang berada di dalamnya. Damn. Manusia terlalu cepat mengadili. Dan dia pula terlalu cepat beremosi.

Sebolehnya, dia ingin lari dari semua pergaulan orang di luar sana. Membina istana hanya untuk dia seorang berada di dalamnya. Damn. Manusia tidak akan pernah puas. Akan diasak, diasak, malah diasak lagi, bertubi-tubi, 'mengapa semua ini terjadi?' Dan dia terlalu cepat menyerah diri.


Sebolehnya, dia ingin menjelaskan keadaan kepada semua orang. Membina talian hayat hanya untuk dia seorang berbicara mengenainya. Damn. Manusia terlalu cepat berprasangka. Alasan mahupun dolak-dalik adalah kerelevanan yang bertapak di hati mereka, menidakkan penjelasan yang lebih kukuh, jelas dan nyata.

Dan dia, masih teguh kaku di sini.

  1. kadang2 berperasaan gitu juga...hanya ingin berada dlm dunia sendiri.

    ReplyDelete
  2. Gambar pompuan tu mmg sesuai untuk tajuk entri ni Gee hihi.....
    Berdiri kaku ditengah lautan manusia....

    ReplyDelete
  3. bukan mudah untuk orang memahami kita . ada kalanya kita rasa nak menjerit kerana kita bukan seperti yg mereka fikirkan . cumanya , ada ketikanya kita lbh suka memendam . ada sesetengah perkara memang tak boleh nak kongsi . malah jauh di sudut hati , kita juga mahu jadi seperti orang lain ...

    ReplyDelete
  4. Dari dulu lagi akak memang suka baca catatan Gee....

    ReplyDelete
  5. @paridah tapi.. we know its impossible.. ia hanya keinginan dan impian, bukan kenyataan..

    ReplyDelete
  6. @Qaseh Vee kadang2 sy hairan bila ada orang tak faham, sebab disebalik semua ini, mereka juga ingin difahami..

    ReplyDelete
  7. @Aisya A. sebab tu dia manusia.. bukan haiwan.. apatah lagi tumbuhan.. hehe.. ^_^

    ReplyDelete
  8. sometimes kita memang need space for our own.. bagus juga. untuk reflect n buat perkara yang kita suka..

    lagi penting untuk kita jadi diri sendiri.. bila kita alone =)

    ReplyDelete
  9. Itulah lumrah manusia.
    Kadang-kadang tak tahu sama ada riasnya adalah wajah sebenar ataupun sekadar topeng yang mungkin berlapis-lapis.

    ReplyDelete
  10. @cEro sampai sekarang, aku pun masih fikir; mungkin aku yg bertopeng selama ni?

    ReplyDelete
  11. Bukan mudah nak sentiasa hidup sendiri...hakikatnya manusia...perlu antara satu sama lain...menyendiri cuma mampu lari dr realiti, baik hadapi daripada lari kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah pun hadapi.. jadi sekarang masa utk bawa diri.. :')

      Delete
  12. Perjalanan hidup dengan bermacam2 jenis ragam manusia memang banyak cabarannya. Kita yang harus pandai meletakkan diri ini di posisi yang tepat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakalanya terlanjur juga.. biasalah manusia tidak sempurna..
      Yg penting, kita buat yg terbaik kan?
      :')

      Delete
  13. Kekadang kita macam membatu. Macam tak tahu nak buat apa. Ada banyak benda yang tak kena kan?

    Dugaan dunia :)

    GEE, jemput join GA Sayang oleh Scha eh? :)

    Giveaway Sayang by Scha Nazri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah kan, dugaan dunia.. Rupanya halnya mudah saja.. Tergelak je bila ingat semula.. =)
      Thank you cik Scha.. InshaAllah.. ^_^

      Delete
  14. manusia terlalu cepat berprasangka... itu tak dinafikan

    ReplyDelete
  15. Wahh..lme xbce puitis dr gee. Singgah mmbaca :)

    ReplyDelete
  16. kita rasa nak bersendiri kadang-kadang or most of the time mesti sebab kita rasa xde orang akan faham kita nak apa sebenarnya.. ada masanya bukan xnak bercerita, tapi fikiran manusia yang suka mencari kesalahan buat kita jadi lesu nak ucapkan apa2 dah..

    ReplyDelete
  17. tulah kehidupan...kita rasa kita aje baik
    orang lain jahat...sifat prasangka tu yang kadang penyebab kita ke neraka
    tanpa kita sedari...sekarang akak tengah dalam peringkat untuk tidak assume
    assume maksudnya ASS between U and ME =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. First dengar word break ni masa di U, gulpp tertelan pahit air liur ni kak..
      Betul tu kan, jangan2 memandai prasangka dan lagi parah membuat cerita yg tak betul hanya kerana orang di sana malas memberikan penjelasan. Sebab orang di sana tau, cakap bagaimanapun perkara akan tetap sama..

      Delete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...