Cukup

• Gee Lion • 22:00:00 • 22 Sembang
When it's time for me to walk away from something, I walk away from it. My mind, my body, my conscience tell me that enough is enough. - Jerry West


Tiada kata-kata yang lebih tepat untuk menggambarkan perasaan aku kali ini. Lega? Far beyond.

Semua orang akan berdepan dengan satu situasi turning point dalam hidup. Hurm, yang akan menyebabkan dia terharus memilih antara dua, mungkin tiga, mungkin lima.

Apa pun pilihan yang aku buat, aku masih didorong oleh rasa setia untuk berpegang pada prinsip yang selama ini membentuk siapa aku hingga ke hari ini. Mungkin tidak bagus dan tak cukup bagus untuk semua orang, mungkin juga tidak cukup bagus untuk diri aku sendiri tapi selama mana hasilnya mampu mendatangkan ketenangan pada diri ini, aku takkan keberatan melakukannya.

Dan ketenangan pada diri bukanlah bermakna melakukan apa saja yang mewajarkannya sehingga membuatkan orang lain berasa hati, dan kita pula bahagia kerana kesakitannya. Ketenangan itu hanya akan bisa diperoleh apabila diri kita sendiri mencuba mendatangkan ketenangan dan kebahagiaan pada diri orang lain.

Segenap penjuru bermula bulan September tahun lepas, aku tersedar diri ini berada dalam situasi yang tidak diingini namun masih mampu memejam mata hati, untuk berbohong seketika pada diri bahawa permasalahan ini tidak bererti. Hanyalah sebuah batu loncatan untuk mengasah lebih bakat dan peluang untuk membaiki diri.

Tetapi bulan ke bulan sehingga beranjak tahun, aku sedari situasi masih lebih kurang sama bahkan tekanannya semakin bertambah. Aku rasa harus aku minta maaf pada diri sendiri kerana rupanya tidak secekal seperti dianggapi, namun rasa ini tidak menipu. Aku masih dalam ruang yang kaku, yang menghalang aku dari menzahirkan apa yang ada dalam kalbu.

Selepas berada dalam situasi yang sudah tidak mampu aku kira dengan jari keberadaannya, aku telah menjumpai tiga soalan yang membantu aku mengenal pasti bahawa; apa yang sudah cukup, maka ia cukup sudah.

1) Apakah tindakan mereka seringkali kontra dengan perkataan?
2) Adakah aku seringkali memberikan alasan pada mereka, untuk diri sendiri atau untuk orang lain?
3) Adakah mereka sentiasa membalik-balikkan situasi, seolah tindakan mereka adalah disebabkan kesilapan orang lain/aku?


Jika inilah yang dikatakan cabaran dalam hidup, sungguh aku kehilangan kata-kata untuk menceritakannya. Mungkin apa yang diperlukan hanyalah untuk memaafkan diri sendiri, juga memaafkan orang lain supaya aku boleh hidup tenang dan senang. Hidup ini masih panjang, rasa aku ini bukanlah destinasi cuma sebahagian daripada perjalanan menuju destinasi yang lebih abadi.

Orang-orang yang aku jumpai inilah yang akan mengajar aku erti kepercayaan dan pendirian dalam hidup justeru aku bersyukur, lebih daripada apa yang mereka dapat bayangkan. Dulu mungkin dalam hati ini ada sekelumit rasa kecewa dan gundah, tapi sekarang aku telah lepaskan semua. Benar orang kata, kemaafan itu adalah anugerah dendam yang terindah.

Meniti hari-hari yang berlalu sendiri membuatkan aku memperoleh senyuman ikhlas yang selama ini hilang dalam kemunafikan yang nyata. Aku bersyukur jika inilah pengakhiran bagiku, kerana aku percaya bagi tiap-tiap perkara yang berakhir, pasti akan ada perkara baru yang bermula. Untuk episod baru ini, biarlah ia terlakar dengan penuh riang dan gembira. Cukuplah apa yang berlaku itu berlalu dan menjadi sebahagian panduan dalam hidupku.

  1. lamanyaaa menyepi. moga terus kuat menempuh hari hari mendatang ^^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Gee...lama tak dengar khabar.
    Moga segala urusan Gee dipermudahkan...
    Setiap apa yang berlaku pasti ada penyebabnya..anggaplah ia sebagai pengajaran dan pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam cik Fidah,
      InshaAllah.. itulah yg cuba dipraktik & diingati sekarang..
      Trimas ^_^

      Delete
  3. assalam..berat tekanan perasaan tu cuba ringankan dgn zikrullah..insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kak paridah.. inshaAllah.. trimas kak paridah ^_^

      Delete
  4. kak Gee ^^, rindu kak Gee. lama dah tak dengar khabar.

    soalan2 kak Gee ajukan tu memang selalu berlaku kan. tindakan manusia selalu berbeza dengan apa dia kata. masa ni lah boleh tahu siapa yang betul2 kotakan janji, mana yang cakap tak serupa bikin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Especially from someone you respect the most.. :')

      Delete
  5. tak tau nak komen macam mana...bila yg tgh berat dada membaca...terasa segala ucapan tu tak selari dgn kepala, jauh lari dari jari menaip...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya bukan saya sorang berdepan perkara yg berat.. :')
      Say cheers to ourself ^_^
      Good luck to cik Sally too .. (:

      Delete
  6. Ada kalanya apabila tindakan diri cuba melawan naluri halus yg terpercik di dalam hati akibatnya senyuman yg terukir biar manis mana sekalipun akan menjadi hambar. Moga setelah ditimbang-timbang sekian kalinya kini senyuman yg terukir adalah senyuman manis yg luhur dari gambaran hati yg sebenar.

    Doa kakak mengiringi sebuah senyuman yg indah belaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kak zakie,
      setelah lamanya memendam dan terpendam,
      harapannya kali ini senyuman manis yang ikhlas dan tulus..
      #telus
      #smile

      Delete
  7. Lama tak dtg sini.....apa khabar Gee.....
    Amboi bermonolog nampak hihi.....
    Betul Gee....bukan mudah nak buat keputusan, boleh pening jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan selalu kan akak.. hehehe.. alhamdulillah dah buat keputusan yang perlu.. ^_^ pening memang pening, tapi perlu buat.. ^_^

      Delete
  8. jejak yang sudah ditinggalkan , biarkan ia hilang sendiri mengikut masa ... lihat kehadapan , atur jejak baru , cari kegembiraan , isi ruang kosong supaya menjadi sempurna , sebolehnya ... selebihnya serah saja pada yang Maha Esa . Tadah tangan , mohon padaNya semoga dipermudahkan perjalanan . tegarkan hati untuk meredah apa yang ada di sepanjang perjalan baru nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah nekad, itu yang telah dibuat.. ^_^

      Delete
  9. eh lagu sedih ni dri drama korea mana eh.. dahlah entri berbaur sedih... be strong. Maafkan org adalah yg terbaik. Allah takkan uji kita dgn sesuatu yg kita tak mampu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan, kemaafan adalah dendam yg terindah.. ^_^

      Delete
  10. Salam Gee.. ape kabar? terus tabah menghadapi apa pun cabaran dan dugaan.. memaafkan itu tak semudah menyebutnya.. ikhlaskan hati, redha dengan ketentuan illahi .. kita akan merasa lebih tenang.. in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Alhamdulillah.. sihat dah sikit.. Hehehe..
      InshaAllah, buat ape nak mengalah kan? Sikit je tu.. ^_^
      A discreet person are very cautious, reserved and modest, especially in speech.
      So yes, saya sebut dari dalam hati yg paling ikhlas dan dalam. Saya maafkan.
      Saya pun nak hidup tenang juga.
      ^_^

      Delete
  11. salam gee...lama tak singgah sini
    sebelum nak bebel panjang, nak komen pasal blog ko dulu
    CANTIK! seriously suka tengok! =)

    emm...kadangkan beban yang kita pikul mungkin nampak biasa pada orang lain
    tapi jiwa kita yang menanggung terasa tlalu berat untuk memikul
    akak doakan yang terbaik buat gee
    moga ketemu ketenangan yang dicari ye
    kalau perlu sesorang, carilah akak. akak ada aje
    insya ALLAH walau hanya setakat menjadi pendengar =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MASYEH KAK YANA! HIHI!
      Dan masyeh juga kerana sudi menjadi pendengar saya..
      Tapi isunya saya rasa lebih kepada saya sendiri, yg suka mengambil berat dlm segala macam hal.
      Namun, sekarang saya rasa lebih ringan & tenang.
      Mungkin keserabutan dulu mengaburi penilaian dan pandangan saya.
      Allah swt itu memberikan saya kemudahan dari jalan yg saya tak sangka..
      Biarlah apa orang nak cakapkan, saya tahu tiada guna berkompromi dgn maruah dan prinsip diri. Lebih penting utk kita punyai hidup untuk dirasai tiap detiknya drpd menjadi mayat hidup yg tiada perasaan.
      MASYEH KAK YANA! Dan kita berdua pun berhuhu..

      Delete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...